Sebenarnya lama
dah lama nak review filem ni. Tapi tertangguh je.
Aku tertarik nak
menonton filem ni selepas menonton trailernya di YouTube dan dapat tahu bahawa
filem ni adalah Official Selection dari Indonesia untuk majlis Oscar ke 85 yang
lalu. Negara kita mempertaruhkan karya Dain Iskandar Said, Bunohan.
Filem yang
diangkat dari trilogi novel Ahmad Tohari ; Ronggeng Dukuh Paruk diarahkan
oleh Ifa Isfansyah ini menceritakan kisah Rasus dan Srintil yang hidup susah
pada waktu kecil di kawasan perdukuhan (kampung) Dukuh Paruk. Setelah kematian
penari Ronggeng lewat daripada tragedy penduduk kampung keracunan makan tempeh
bongkrek, Dukuh Paruk lembam dengan tiada lagi hiburan ronggeng. Ronggeng
dikira sebagai salah satu sumber ekonomi yang sangat baik di Dukuh Paruk.Mereka
hidup dengan seni ronggeng itu.
Konflik bermula
bila Srintil dipilih jadi ronggeng. Seorang ronggeng adalah pujaan seluruh
penduduk kampung. Para lelaki mahu memilikinya. Para wanita ingin memanjakan
dia dan mahukan si ronggeng tidur dengan suaminya (di malam Bukak Klambu)
Cinta terhalang
ini sudah dipersembah di banyak filem.
Disini
terletaknya bagaimana penulis lakon layar dan pengarah memberi nafas baru bagi
tema cliché ini.
Ifa Isfansyah berjaya mengaplikasikannya.
Persembahan Prisia Nasution sangat membanggakan. Aku wiki kejap minah ni. Wow! Asalnya dia seorang atlet yang sangat pandai
berpencak silat! Weehoooo!! Pasangannya
Oka Antara (Perempuan Berkalung Sorban) juga memberi persembahan yang
mantap.
Aku sempat baca bukunya. Kemiskinan, konflik dan hidup di
Dukuh Paruk sangat terkesan di hati.
3 comments:
di mana nak tengok fullomovie? buku tak sempat baca lagi huhu
Sy tengok dah dekat youtube lepaih abis baca review ini. Filem yang bagus walaupun sy langsung tak faham bahasa jawa. HUHUHUHU.
Assalam.
Saya belum nonton trailernya. Filem yang ada asalnya , jika sentiasa bernafas baru berlainan penerbit dan pengarah , biasanya tidak jemu menjadi penontonnya. Kerana walau susur jalan yang sama , meneliti sudut dan babak yang tiada satu sama lain amat tidak merugikan :)
Post a Comment