Friday, May 31, 2013

Sindrom Telefon Pintar

Sejak ada smartphone, aku ingat aku sorang saja yang "tak-berapa-nak-update". 

Rupanya ramai blogger jugak.

Sometimes I wonder myself:
A) Busy sangat ke aku?
B) Writers block?
C) Semangat nak blogging tu dah hilang?(OMG!)

Yang C tu minta elak. Biarlah aku blogging sampai ke tua nanti. Sekarang ni muda belia lagi.

Actually, dalam smartphone pun ada application blogspot, cuma gambar yang kita attached tu tak boleh nak edit macam kita edit gunakan computer.

Sometimes, technology can kill you.

Aku akui kenyataan ini.

Hah! Tengok! 2013. Sikit-sikit entry aku! Dulu kemain rajin satu hari satu entry. Wake up faizal! La ni ko pon dah jarang merayap ke blog orang lain.

 


Kadang-kadang being old school pun lebih baik berbanding terlalu moden ni.

Tuesday, May 28, 2013

Review: Antologi Seremmm (Takut Faces of Fear)


Bagaimana kita berdepan dengan ketakutan?

Mampukah kita berfikir?

Jarang. 

Sebab rasa takut tu dah menguasai seluruh emosi kita.

Inilah yang cuba disampaikan oleh 7 sutradara muda Indonesia dengan 6 filem pendek dalam Antologi Takut:Faces of Fear.

Setiap 'helai' antologi ini dihurai dengan sempurna baik dari kisah lelaki yang cuba menyorok kematian, gadis urban yang dirasuk kerana mempermainkan adat lama, Penghendap gila seks yang menerima tunai perbuatannya, komedi hitam tentang sepasang bekas kekasih yang akhirnya menerim padah dengan ilmu santau(santet), sekumpulan zombie yang dahaga darah akibat penyebaran virus dan kelicikan seorang perempuan mengumpan manusia tolol menerusi masakannya.

Whew! Menarik bukan?

Filpen-filpen ini diterbitkan oleh Komodo Films dan sudah ditayangkan beberapa tahun lalu di festival-festival antarabangsa luar Indonesia. Sambutannya baik!

Aku tertunggu jika sutradara muda (especially yang belum mainstrem untuk bersama-sama unite membikin filem seumpama ini). Antologi filpen ini sama seperti yang pernah dibikin sutradara Thai-HongKong-Korea satu masa dulu; Three.

Selamat menonton!

Antologi Takut: Faces of Fear
1. Show Unit: Diarahkan oleh Rako Prijanto
2. Titisan Naya: Diarahkan oleh Riri Riza
3. Peeper: Diarahkan oleh Ray Nayoan
4. The List: Robby Ertanto
5. The Rescue: Diarahkan oleh Raditya Sidharta
6. Dara (Dikembang kepada full length film Rumah Dara) : Diarahkan oleh The Mo Brothers

Paling best? Tentulah dari favorit director, Riri Riza (Titisan Naya)

ps: Aku cari filpen ni dah lamaaaaaa.

Friday, May 17, 2013

Review: Cinta Terhalang Kerana Kau Ronggeng (Sang Penari)



 Sebenarnya lama dah lama nak review filem ni. Tapi tertangguh je.

Aku tertarik nak menonton filem ni selepas menonton trailernya di YouTube dan dapat tahu bahawa filem ni adalah Official Selection dari Indonesia untuk majlis Oscar ke 85 yang lalu. Negara kita mempertaruhkan karya Dain Iskandar Said, Bunohan.

Filem yang diangkat dari trilogi novel Ahmad Tohari ; Ronggeng Dukuh Paruk diarahkan oleh Ifa Isfansyah ini menceritakan kisah Rasus dan Srintil yang hidup susah pada waktu kecil di kawasan perdukuhan (kampung) Dukuh Paruk. Setelah kematian penari Ronggeng lewat daripada tragedy penduduk kampung keracunan makan tempeh bongkrek, Dukuh Paruk lembam dengan tiada lagi hiburan ronggeng. Ronggeng dikira sebagai salah satu sumber ekonomi yang sangat baik di Dukuh Paruk.Mereka hidup dengan seni ronggeng itu.

Konflik bermula bila Srintil dipilih jadi ronggeng. Seorang ronggeng adalah pujaan seluruh penduduk kampung. Para lelaki mahu memilikinya. Para wanita ingin memanjakan dia dan mahukan si ronggeng tidur dengan suaminya (di malam Bukak Klambu)

Cinta terhalang ini sudah dipersembah di banyak filem. 

Disini terletaknya bagaimana penulis lakon layar dan pengarah memberi nafas baru bagi tema cliché ini.

Ifa Isfansyah berjaya mengaplikasikannya.

 

Persembahan Prisia Nasution sangat membanggakan. Aku wiki kejap minah ni. Wow!  Asalnya dia seorang atlet yang sangat pandai berpencak silat! Weehoooo!! Pasangannya  Oka Antara (Perempuan Berkalung Sorban) juga memberi persembahan yang mantap.

Aku sempat baca bukunya. Kemiskinan, konflik dan hidup di Dukuh Paruk sangat terkesan di hati.

Thursday, May 16, 2013

Dia Ke Johor!

Syapa dia?

Dia.

Si serigala yang culik buku tu la.

Syapa?

Nah.

Tengok!

The Big Bad Wolf (BBW) akan turun di Johor (Danga City Mall) pada 24 May-2 June 2013
See you there!

Aku nak serbu "serigala nakal" ni

Wednesday, May 15, 2013

Bahagiamu?

#berhantu!

Tuesday, May 14, 2013

Shortie: Pagi

 

Pagi.

Rezeki bermula.

Harus tersenyum juga.

Kerata dipandu laju di lebuhraya, segera diperlahankan bila tiba di jujukan berbaris kedai makan.
Entah rasukan apa, perut tiba-tiba berkeroncong lapar minta disuap. Tenaga diperlukan. Kerja yang menimbun di pejabat takkan usai lekas jika tembolok tak segera diisi.

Warung Pak Man dah jadi tempat wajib setiap kali bersarapan pagi. Rutin harian di kedai lelaki kepala botak tengah sudah dihafalnya. Punggung di labuh pada tempat duduk paling hujung. Sengaja. 

Dia mahukan privasi.

Dua minit menanti. Roti tampal kuah banjir siap terhidang dengan milo tarik dihantar Menah, anak dara Pak Man yang cantik, muda bergetah.

Dua butir manikamnya saja sudah banyak menangkap mata lelaki. Dia tak terkecuali.

Rezeki pagi.
Aku tak menolak!

Monday, May 13, 2013

Launch KLCC & Teater Gadis & 2 Menara

Pada 17 April lalu di Stor DBP KL, BukuFixi telah selamat melancarkan antologi baru mereka "KLCC".
 
Pelancaran bermula sekitar 8 mlm itu agak unik bila dimulakan dengan teater Gadis & 2 Menara dari Aloy Paradoks, based on Faratira Aimiza's short story in KLCC.

Kagum dengan keempat-empat pelakon teater yang berbakat selain menyampaikan dialog teater dengan sangat berkesan.
Aku rasa disitulah "seni" nya teater.

Di akhir teater, sempat juga tonton filpen Nadia Khan; Barah.

Sempat juga hai-hai kebanyakan penulis KLCC seperti Shaz Johar, Syaihan Syafiq, Nadia Khan, Hani Amira Suraya & Dayang Noor. Masa nak mingle mungkin limited kot sebab lepas habis semua nak rushing. He he he.

Terima kasih Mr Amir Muhammad kerana peluang menulis di Buku Fixi setiasa diberi. 

InsyaAllah, dari masa ke semasa aku akan perbaiki kelemahan dalam penulisan. Mekasih bang Razor Yusof sudi teman kita. hewhewhew

Hidup kan sentiasa belajar?

Sunday, May 12, 2013

Hari Emak 2.0

Hari ni hari mak. Sedunia.

Ada kata "bukan hanya setahun sekali ingat kat mak. Eloknya SETIAP HARI"

Betul. Sangat betul.

Tapi tak salah kan kalau ada 1 hari special bilamana semua adik beradik kumpul sama-sama, makan 1 famili, taking pics, gurau senda..aku rasa tak salah. Macam hari raya pun ada :-)

SALAHNYA bila kau orang ingat mak/ayah bila time hari-hari begini. Mak/ayah selalu diingat dalam doa, lewat solat kita. Itu kan lebih baik?

*Mak (tiri) aku ni dah 14 tahun dengan kami. Yeah. So many memorable things with her. Tahun kedua kami adik beradik giving her suprise. Thanks mom!

Ps: first time update dengan smartphone. Batak kejap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR