Thursday, August 14, 2014

Enam Tahun Sudah




Pejam celik pejam celik dah 6 tahun umur blog aku ni, genap semalam.

So I guess, my little kid dah nak pi sekolah.

Be a good boy, sayang. Baba always loves you. (berangan)

Dalam enam tahun ni, aku boleh rumuskan:

1.       Di awal pembabitan, aku memang rajin. Diakui. Singgah blog sana. Singgah blog sini. Tujuan nak dapat follower. 

2.       Taip entry hari-hari. Terutama pada tahun 2010. Bapak rajin aku nih.

3.       Dan kerana blog juga, aku mengasah bakat menulis. (Sebab aku percaya yang jalan cerita tulisan aku masih belum mampu diterbitkan dalam rumah penerbitan arus perdana). Novel Sumbat dan Cerpen Faizal Sulaiman terhasil gara-gara blog ini juga. 

4.       6 tahun blogging dengan 1 interview suratkhabar arus perdana. Sungguh. Itu sudah cukup menyeronokkan.

5.       Dan dalam tahun ke enam ni, mood berblogging merudum jatuh. Banyak faktor. Faktor paling kuat tentulah smartphone.

PS1: Thank you for keep reading and commenting my post. Love yall! 

PS2: Tertanya jugak beberapa blogger yang aku follow dulu, sekarang senyap, mungkin busy dengan kehidupan masing-masing macam Cik Wana, Mr Ashaari, Ikmal Alif Jamaludin, Mya..gosh ramai k.

Tuesday, August 12, 2014

Pertemuan Dua Diva, Baik dan Jahat (Review Gulaab Gang)



Kali pertama aku mendengar bahawa Bollywood A-List Madhuri Dixit bakal berganding bahu dengan seorang lagi Bollywood A-List Juhi Chawla dalam sebuah filem adalah pada tahun lepas.

Since filem itu dari India, maka aku memutuskan untuk tak menunggu mana-mana link untuk ditonton secara online.

 

Sehinggalah pada Ogos 11, aku berjaya menonton Gulaab Gang.

Filem ini antara lain adalah initipati kisah benar kehidupan Rajjoo, seorang pemimpin wanita yang tak kenal erti takut dalam memperjuangkan nasib wanita di kampungnya, bersama gang-gang beliau, wanita pemakai pink saree dalam usaha mempertahankan hak pendidikan, mahar perkahwinan yang ditanggung pihak perempuan, kes-kes rogol, penganiayaan wanita daripada lelaki selain isu air bersih dan elektrik.
 

Di tangan Madhuri, watak Rajjoo nampak cemerlang. Well, Madhuri kan? What do you expect? Imbasan Amitabh Bachchan versi perempuan turut kelihatan ketika Madhuri melakukan sendiri aksi stunt dalam filem ini. 

 

Namun, disebalik kemilau Madhuri, watak Juhi Chawla sebagai Sumitra Devi; seorang ahli politik yang korup, ruthless, bercita-cita tinggi dan keji dan berselindung di sebalik senyuman dewinya sangat mengesankan. 

Juhi sangat menyinar dalam filem ini.

 

Harus diakui, watak Juhi dalam Gulaab Gang adalah yang tebaik bagi penulis selepas Darrar, berbelas tahun dulu ketika Juhi cemerlang sebagai isteri yang didera. Selepas Darrar, watak Juhi kurang menyerlah walau diganding dengan SRK- Sonali Bendre dalam Duplicate atau SRK sekali lagi dalam Phir Bhi Dil Hai Hindustani.

 

I am not fan her really.
Namun, dalam Gulaab Gang, Juhi membuktikan sebaliknya.

Gulaab Gang agak kacau dari segi susun ceritanya, namun ia diselamatkan dengan jayanya dengan lakonan hebat Madhuri dan lebih-lebih lagi Juhi.

 

PS1: Tonton Gulaab Gang jika anda meminati Lajja.
PS 2: Kali terakhir review filem nustan adalah Guzaarish :D
 

Friday, August 08, 2014

Hati-Hati Dengan Apa yang Kau Hajati (Teaser Trailer Into The Woods)


Jujurnya aku sangat menggemari musical. Terutamanya filem musical.

Ia bertitik tolak dari tontonan pertama filem Chicago menerusi rendition paling diingati "Cell Black Tango". Dan ia dihasilkan oleh pengarah kegemaran Rob Marshall.


Kali terakhir menonton musical Rob Marshall menerusi filem "Nine" yang dibintangi A-Lister Daniel Day-Lewiss, Marion Cotillard, Penelope Cruz, Nicole Kidman, Fergie, Kate Hudosn, Judi Dench dan Sophia Loren.

Kecuali Fergi dan Kate Hudson, kesemua pelakon pernah memenagi sekurang-kurangnya sebijik Oscar.
 

Pawer tak pawer la. Walaupun filem ni mendapat kecaman buruk oleh para pengkritik, aktres Penelope Cruz dicalonkan dalam Oscar  menerusi Aktres Terbaik dalam Watak Pembantu namun tewas di tangan well-deserved Oscar performance Mo'nique menerusi "Precious".

Tinggalkan filem Nine. Bakal bertemu kalian hujung tahun ni adalah filem musical yang juga membariskan pelakon A List seperti Pemenang Oscar Meryl Streep, Calon Oscar Anna Kendrick dan Johnny Deep selain Emily Blunt (Edge of Tomorrow) & Chris Pine (Star Trek Into the Darkness).


Berdasarkan teater musical pemenang Tony Award, Into The Woods mengisahkan Baker dan Isterinya yang disumpah oleh ahli sihir keji supaya tidak melahirkan anak. Namun, untuk mematahkan sumpahan itu, mereka berdua harus ke dalam hutan untuk mencari objek yang boleh meleraikan sumpahan itu. Dan disitulah mereka bakal bertemu karakter-karakter Grimm yang popular seperti Red Riding Hood, Cinderella, Rapunzel & Jack and The Beanstalk.


Oleh itu aku harus memberi amaran.

Amaran ini selalunya tak diendahkan oleh para peredah-tonton-filem-asal-tengok-filem-ada-bintang -poojaan-aku-berlakon-yaitu-Johnny-Deep.

Harus difahami ya. Genre filem ini adalah MUSICAL fantasy.

Maksudnya ada nyanyi-nyanyi. Setiap scene akan ada nyanyi nyani.

Aku nasihat sebab aku sayang korang. Ewah. Taknakla jadik macam penonton Les Miserables yang terpedaya dengan kekacakkan Hugh Jackman di poster filem maka berdedai-dedai pergi menonton lalu keluar di panggung sementara cerita masih berputar. Tak cukup dengan itu, maki hamun pulak. Nyesal tengokla. Apa la..

Reti?

Into the Woods hits theater 25.12.2014

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED