Friday, August 08, 2014

Hati-Hati Dengan Apa yang Kau Hajati (Teaser Trailer Into The Woods)


Jujurnya aku sangat menggemari musical. Terutamanya filem musical.

Ia bertitik tolak dari tontonan pertama filem Chicago menerusi rendition paling diingati "Cell Black Tango". Dan ia dihasilkan oleh pengarah kegemaran Rob Marshall.


Kali terakhir menonton musical Rob Marshall menerusi filem "Nine" yang dibintangi A-Lister Daniel Day-Lewiss, Marion Cotillard, Penelope Cruz, Nicole Kidman, Fergie, Kate Hudosn, Judi Dench dan Sophia Loren.

Kecuali Fergi dan Kate Hudson, kesemua pelakon pernah memenagi sekurang-kurangnya sebijik Oscar.
 

Pawer tak pawer la. Walaupun filem ni mendapat kecaman buruk oleh para pengkritik, aktres Penelope Cruz dicalonkan dalam Oscar  menerusi Aktres Terbaik dalam Watak Pembantu namun tewas di tangan well-deserved Oscar performance Mo'nique menerusi "Precious".

Tinggalkan filem Nine. Bakal bertemu kalian hujung tahun ni adalah filem musical yang juga membariskan pelakon A List seperti Pemenang Oscar Meryl Streep, Calon Oscar Anna Kendrick dan Johnny Deep selain Emily Blunt (Edge of Tomorrow) & Chris Pine (Star Trek Into the Darkness).


Berdasarkan teater musical pemenang Tony Award, Into The Woods mengisahkan Baker dan Isterinya yang disumpah oleh ahli sihir keji supaya tidak melahirkan anak. Namun, untuk mematahkan sumpahan itu, mereka berdua harus ke dalam hutan untuk mencari objek yang boleh meleraikan sumpahan itu. Dan disitulah mereka bakal bertemu karakter-karakter Grimm yang popular seperti Red Riding Hood, Cinderella, Rapunzel & Jack and The Beanstalk.


Oleh itu aku harus memberi amaran.

Amaran ini selalunya tak diendahkan oleh para peredah-tonton-filem-asal-tengok-filem-ada-bintang -poojaan-aku-berlakon-yaitu-Johnny-Deep.

Harus difahami ya. Genre filem ini adalah MUSICAL fantasy.

Maksudnya ada nyanyi-nyanyi. Setiap scene akan ada nyanyi nyani.

Aku nasihat sebab aku sayang korang. Ewah. Taknakla jadik macam penonton Les Miserables yang terpedaya dengan kekacakkan Hugh Jackman di poster filem maka berdedai-dedai pergi menonton lalu keluar di panggung sementara cerita masih berputar. Tak cukup dengan itu, maki hamun pulak. Nyesal tengokla. Apa la..

Reti?

Into the Woods hits theater 25.12.2014

No comments:

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED