Kali pertama aku mendengar bahawa Bollywood A-List Madhuri
Dixit bakal berganding bahu dengan seorang lagi Bollywood A-List Juhi Chawla
dalam sebuah filem adalah pada tahun lepas.
Since filem itu dari India, maka aku memutuskan untuk tak
menunggu mana-mana link untuk ditonton secara online.
Sehinggalah pada Ogos 11, aku berjaya menonton Gulaab Gang.
Filem ini antara lain adalah initipati kisah benar kehidupan
Rajjoo, seorang pemimpin wanita yang tak kenal erti takut dalam memperjuangkan
nasib wanita di kampungnya, bersama gang-gang beliau, wanita pemakai pink saree
dalam usaha mempertahankan hak pendidikan, mahar perkahwinan yang ditanggung
pihak perempuan, kes-kes rogol, penganiayaan wanita daripada lelaki selain isu
air bersih dan elektrik.
Di tangan Madhuri, watak Rajjoo nampak cemerlang. Well,
Madhuri kan? What do you expect? Imbasan Amitabh Bachchan versi perempuan turut
kelihatan ketika Madhuri melakukan sendiri aksi stunt dalam filem ini.
Namun, disebalik kemilau Madhuri, watak Juhi Chawla sebagai
Sumitra Devi; seorang ahli politik yang korup, ruthless, bercita-cita tinggi
dan keji dan berselindung di sebalik senyuman dewinya sangat mengesankan.
Juhi sangat menyinar dalam filem ini.
Harus diakui, watak Juhi dalam Gulaab Gang adalah yang
tebaik bagi penulis selepas Darrar, berbelas tahun dulu ketika Juhi cemerlang
sebagai isteri yang didera. Selepas Darrar, watak Juhi kurang menyerlah walau
diganding dengan SRK- Sonali Bendre dalam Duplicate atau SRK sekali lagi dalam
Phir Bhi Dil Hai Hindustani.
I am not fan her really.
Namun, dalam Gulaab Gang, Juhi membuktikan sebaliknya.
Gulaab Gang agak kacau dari segi susun ceritanya, namun ia diselamatkan
dengan jayanya dengan lakonan hebat Madhuri dan lebih-lebih lagi Juhi.
PS1: Tonton Gulaab Gang jika anda meminati Lajja.
PS 2: Kali terakhir review filem nustan adalah Guzaarish :D
No comments:
Post a Comment