Bila Jojo ajak tengok wayang cerita Twilight: Breaking Dawn Part 2, dia agak berat hati.
Tapi sebab Jojo sudah diisytihar teman hidup semati, dia gagahkan juga jengah panggung tengah malam demi melihat karya terbaru arahan Bill Condon itu.
Dia jemput Jojo jam 9 malam. Tiga puluh minit ke panggung. Beratur demi mahu dapatkan tiket sementelah dia ke kaunter membeli popcorn dan minuman bergas. Gurau punya gurau. Senda punya senda. Canda punya canda, tirai Breaking Dawn Part 2 dibuka dengan hampir separuh panggung penuh dengan penonton wanita yang berbisik-bisik teruja.
Terpapar roman Bella Swan sambil membelai anak perempuannya, Renesmee.
Hot betei!
Kristen Stewert dengan mata coklat walau lakonannya masih kaku seperti dulu-dulu. Cerita masih ditengah-tengah bila perutnya mula berkeroncong lapar.
Kristen Stewert dengan mata coklat walau lakonannya masih kaku seperti dulu-dulu. Cerita masih ditengah-tengah bila perutnya mula berkeroncong lapar.
Popcorn tak mampu menampung rasa laparnya. Apatah lagi minuman bergas. Dia toleh ke kiri. Pandang wajah eksaited Jojo. Perlahan-lahan beralih pula ke celah lehernya yang mulus--disapu losyen barangkali--samar-samar dipanah cahaya skrin panggung yang suram.
Hampir menitik liurnya. Kecur! Apatah lagi keenakkan merah pekat dari leher gadis itu dijamahnya dengan rakus.
Satu setengah jam je lagi. Sabar..
Apadehal?
2 comments:
mak aih, pontianak kah kekdahnyer? heheheh.. kisah benar yerk...
Moral of the story - berhati2 memilih teman supaya tak terpilih pontianak :D
Post a Comment