Dari Iqbal Abu Bakar |
Alhamdulillah. Sudah peroleh lima salinan percuma dari Buku Fixi semasa pelancaran Bola di Silverfish Book di Jalan Telawi 3 di Bangsar. Well, termasuk aku, Zara Syed, Syaihan Syafiq dan terima kasih Nizam Archibald (sebab bagi tumpang kereta) telah melakukan sort of tawaf selamat datang di Bangsar itu. Hehe..dan Eh..terjumpa pula House of Doll milik aktess Fazura.
Antologi ini adalah tulisan kedua
selepas Kopi sekitar Mac lalu. Well, aku siap beli sendiri sebab tak sabar nak
baca yang lain-lain tu! Lima salinan percuma sudah di allocate untuk
mereka-mereka yang banyak memberi sokongan dan dorongan for the past 3 years in
my writing. It is very great also dapat jumpa few writers macam Kak Dayang,
Shaz, Siz, Azmen, Nami, Ringo—selaku editor Bola dan abang Khairul Nizam
Khairani selaku penulis novel terbaru Fixi, Gergasi. Hidup Johor! Tetibe :D
Dan hey, aku dapat free okeh
hasil titik peluh jawab soalan dari big bos Amir Muhammad. Hehehe.
Meh ushar ulasan aku untuk buku
kecil molek ini.
10 Langkah- Adib Zaini
Wanita juga ada keinginan seperti
lelaki. Malah lebih baik daripada itu.
Rodong- Hasrul Rizwan
Bola dan percaturan hidup mati.
Satu cerita yang lari dari luar kotak tentang Bola yang selama ini sinonim
dengan sukan!
Liga Mandrem- Dayang Noor
Pesan Kak Dayang aku lewat
otografnya: “Yulida kirim salam”.
Well Kak Dayang. Memang saya obsess dengan Yulida. Haha.. Sebagai perempuan,
dia seolah senjata pada laki-laki disekitarnya. Motif? Dia nak team dia menang.
Diari- Raja Faisal
Kasih tak berpenghujung bapa
kepada anak. Bingkisan yang boleh mengundang sayu.
Sesaat ke Gawang-Faizal Sulaiman
Judul asal cerpen ini adalah
“Gawang” (Besides lagu Kak Melah dan Sleeq femes ketika itu. Kah kah kah. Okeh gurau
saja) dan aku memang sengaja tidak menamakan lelaki tua bernafsu binatang itu. Moga
korang terhibur dan #eh nantikan Sumbat juga, ya :D
Bola Api- Arif Zulkifli
Ini kisah masa depan bila bola
itu adalah objek yang diangkat tinggi bagi menentukan hidup mati dan maruah sesuatu
kaum.
Satu Sama- Asyraf Bakti
Signifikan “bola” dan kesumat
lama dua kawan, mengheret pada satu keputusan “seri” diantara mereka. Aku
senyum bila membaca cerpen ini.
Menjadi Tuhan- Fikri Misti
Satu cubaan berani bila
mengangkat figura hidup dalam cerpen ini. Tiada cacat cela. Cuma mungkin nak
nampak ke-Malaysia-an dengan menggunakan loghat Utara.
Burger Bola Special- Hani Amira
Suraya
Bila baca tajuk cerpen ni, terus
aku bayangkan Burger Bakar Abang Burn. LULZ. Satu modal terbaik yang perlu
digunakan untuk melamar #DearFutureWife kelak. He he he
Rusdi, Pemain Simpanan SK Parit
Kering- Mim Jamil
Panjang judulnya. Tertawa bila
membaca isi cerpennya. Rusdi si pemain simpanan tetapi cita-citanya tinggi
menggunung supaya dimasukkan sebagai kesebelasan utama. Well, tak dapat lead
pun, dia dah dapat sesuatu dari Siti Normah—ahli PBSM yang dia minat sangat. Seperti
Rusdi, aku juga sukakan Siti Normah.
Klasik sangat nama dia.
Keychain Bola Berbaju Pink-
Zulaikha Sizarifalina Ali
Kerana keychain hidup Zam tak
menentu pada satu malam bila diushar dua lelaki. Lelaki jambu pula tu. Olahan
yang baik tetapi agak pantas dihujung. Keseluruhannya, nice!
Aku Bookie Bolasepak- Nama Nami
Kisah seorang Bookie pengatur
perlawanan yang licik dan menang bergaya di hujung cerita.
Jersi Bola 7- Shafaza Zara Syed
Yusof
Kisah ini mudah. Antara pembunuh
bersiri dan polis. Ia diselang seli dengan mangsa dan monolong si pembunuh.
Diakhirnya, wow!
Oleh Bir dan Bola- Mohd Azmen
Konflik bekas pemain bola sepak
dengan seribu satu alasan. Bila badan dah kembang, stamina dah lari semuanya
sudah jadi kuca bara lalu kembali semula pada takuk yang lama.
Misi Bola Gila- Julie Anne
Sama seperti kisah Rusdi yang
mengundang tawa, cerpen Julie juga sama dan diakhirnya ia mengundang sayu.
Bukan Sebab Bola- Nadia Khan
Kisah pembunuh upahan dengan
kipas susah mati Man U.
Aku yang Kegersangan- Syaihan
Syafiq
Cerpen dari POV pandangan pertama
ini membuat aku banyak tersenyum walau sudah boleh diteka POV itu. Olahan yang
berkesan.
Sepak Bola- Ridhwan Saidi
Watak dengan nama pemain bola
tempatan femes dan misteri kematian yang berkait dengan Prof Mokhtar dan sebiji
bola. Tetap awesome!
Bahlul vs Beautiful- Shaz Johar
John dan Sophie mengumpan dan
mencari mangsa. Sapa bahlul, memang terkena!
Ambil dari blog Shaz Johar. |
9 comments:
limited edition ek...
Gitu untuk #DearFutureWife!
Wee hoo!
:D
zul---> yup. sila rembat,bro. rugi woo tak dapatkan
W. Hidney ---> hahaha..sila beli bang!
♛ LORD ZARA 札拉 ♛---> tauuu takpa!
terkilan tak dapat join.. :(
mohon sebuah buku wahai penulis...hehe
NY ---> takpala kak. tak ada rezeki tu:) nanti kalau ada lagi leh la datang :D
epol---> hew hew hew. emailkan aku alamat rumah mu :D
Post a Comment