Tuesday, June 11, 2013

Shortie: Terbang


Hari ini bermula tayangan seluruh dunia, Man of Steel, sebuah filem reboot Superman--hero terkenal orang Amerika.

Dia gigih betul. Samsung Beam yang dibeli enam bulan lalu, kebetulan boleh menghubungkan dia dengan internet; salah satu keajaiban dunia masa kini, telah menghubungkannya dengan Majlis Pra Tonton Sedunia filem itu yang diadakan di Amerika Syarikat.

Di Amerika sekarang hujan lebat. Gila lebat sampai seorang pelakon Korea-Amerika Daniel Kim terpaksa dipayungkan. Kelihatan pula Kevin Costner yang memegang watak ayah angkat Clark Kent, superhero dari sebuah planet asing yang dihantar ibu-bapanya ke bumi.

Kevin Costner menjawab persoalan yang diutarakan wartawan dengan yakin.
Dia nampak faham dengan karakternya sebagai pelindung Clark Kent yang tersepit dengan kuasa anak angkatnya itu.

Matanya dan degup jantungnya sama seperi wartawan sekarang.

Menanti peranan utama Man of Steel, Henry Cavill.
Kerana dia dan Henry, mempunyai 'kemampuan' yang sama.

Betul.
Tak sampai tiga minit temubual singkat dengan Kevin Costner, aktor British, pemegang watak Clark Kent muncul. Accent Britishnya masih melekat. Ditanya bagaimana dia membentuk accent Amerikanya, Henry memberitahu bahawa dia sentiasa berlatih sambil dipandu oleh coach yang ditugaskan untuk mengawal accent nya iu.

Dia hela nafas.
Lega dapat tonton sendiri black-carpet Man of Steel di USA walaupun di telefon pintar saja! 

Connection diputuskan. Tiba masa untuk dia bersenam pagi, lantas dia ke luar kawasan rumahnya dengan hanya baju T dan seluar treksuit.

Kedua tangannya digenggam erat sebelum kepalanya didongakkan ke atas, menadang dada langit yang kusam dan sedikit berbintang.

Dia ukir senyum.

Seluruh tenaga dikumpulkan.  Adrenalin dipam ketika nafas berhembus laju. Dia mula melompat tinggi. Terlalu tinggi hingga tubuhnya terbang melayah terus ke menyapu awan.

Kan dah cakap, dia dan Henry Cavil ada "kemampuan" yang sama!

***

ps: Sempena tayangan Man of Steel minggu ini! Ta-Sabar okeh!


PROMO CERPEN: Kapsul Lupa 
Sekali lagi menyahut cabaran Geng Urban. Kali ini berkonspekan Sains Fiksyen. Ia menceritakan Izmir yang kematian isteri dan anak perempuannya serta kaitannya dengan manusia pembunuh bernama Sab. Bakal bersiaran Khamis ni! yeay!


No comments:

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED