Poster paling cun setakat tahun ni |
Menonton filem Kil (dimana aku melihat trailernya kira-kira setahun yang lalu) merupakan satu pengalaman paling berbaloi untuk sebuah sinema Malaysia.
Mengambil latar seorang lelaki bernama Akil/Kil (dimainkan dengan cukup cemerlang dan beremosi oleh Redza Minhat) seorang yang dipresi dan mahukan solusi bunuh diri sebagai penamat riwayat. Muncul pula Zara (Cristina Suzanne) si gadis misteri yang seolah olah memberi cahaya kepada Akil untuk terus hidup.Tetapi, mampukah Akil mendapat 'sinar' hidup walaupun dia akan tahu bahawa dia akan mati tak lama lagi?
Pengarahan Nik Amir Mustapha sangat baik untuk sebuah debut. Ini terus mengingatkan aku kepada seorang lagi bakat muda penuh visual Zarina Abdullah lewat filem seram yang sangat cantik, Chermin, debut pertamanya beberapa tahun lalu.
Selain skor muzik yang sangat bergaya disusun baik dari Bedroom Sanctuary (Lagu), Seven Collar T-Shirt (Lights) mahupun ditutup kemas dengan Butterfingers (Mati Hidup Kembali). Terasa sangat feel "indie" dengan himpunan lagu-lagu ini.
Cerita ini berkisar tentang kehidupan dimana ia mengajar kita untuk lebih menghargai.
KIL tidak semata-mata sebuah filem tentang bunuh diri-bila-kau-sudah-bosan-dan-tertekan-dengan-hidup tetapi tentang bagaimana cara kita menghargai nilai kehidupan, orang sekeliling, selain bukan kita saja ada masalah yang berat tapi ada orang lain yang lebih berat dari kita.
KIL secara "jujur" menyelongkar beberapa budaya "typical" orang Malaysia yang memang pernah kita nampak sebelum ini. Secara "jujur" juga kita akan tersenyum sinis.
Skor 5 bintang untuk buah tangan berbaloi tonton Nik Amir Mustapha ini. Tahniah pada semua yang terlibat. Jujur juga, this is my favorite film!
ps: Penantian lebih kurang setahun menanti tayangan filem ni berbaloi.
ps2: Tontonlah KIL jika anda sukakan Twist dihujung cerita dan sudah muak dengan sinema hantu-rempit-gangster-ayah kawasan-bohsia. This is Highly Recommended!
8 comments:
Yup.
memang best. Sangt-tak-rugi MENONTON.. hehe.. thums up!!
tiada yang lebih berharga dari sebuah kehidupan. Biarlah sejauh dan sedalam mana pun kita terjatuh, asalkan kita kembali bangkit dan berusaha dengan cara yg betul, InsyaAllah, kejayaan, ketenangan hidup itu akan bersama kita. Allah kan ada. Sungguh indah aturanNya. =)
Alamak. membebel plak kat sini. asal nk leave a comment je.
hirmm..
diri terasa cam nk tonton lagi!
-seluk poket-
uik! takde duit. Cukup buat masa ni hanya sekali. Tengok di wayang.
Memang sangt berpuas hati.
berdoa jelah, mungkin ada yg nk belanja nanti?! *o* hehee..
gadis biasa? ---> setuju, saya pun macam nak ulang tonton lagi.hihi
komen tapi tk baca entry, bole?
sbb blom tgk lg, nnt spoil!
mmg sgt direkemen also by someone whose judgement i fully respect..
hope to see it very soon!
bru lps tgk tadi.. like it..
Ri--> you have to see it by yourself bang. This is a very awesome movie!
MR. SYAH ---> jyeaah
yeap. citer ni awesome. the best malay movie (so far) of 2013.
Nuke rude---> tau takpa!
Post a Comment