Monday, September 19, 2011

Jauh Jauh Bau Bunga. Dekat Dekat…

Siapa dah tonton The Smurfs? Kucing ni ketawa macam shaiton.
(Takde kena mengena dengan judul entry)

Salam Syawal

Dalam menyambut kemeriahan Syawal yang masih berbaki, ada beberapa perkara yang mungkin dah terjadi pada diri kita.

Ok stop the intro.

Baru-baru ini ada tertonton sebuah paparan fiksyen. Kisah tentang bagaimana sebuah keluarga kecil, masih duduk menumpang di rumah ibunya selepas perkahwinan. Nak dijadikan cerita, suami (menantu ibu) kerja kampung. Pendapatan tak seberapa. Ibu mertua pula jenis nak tukar macam-macam masa raya. Isteri (anak perempuan) tersepit dengan tindakan memaksa ibu dan kemampuan suami sendiri. Klimaks bila si ibu mula membandingkan menantu pertama dengan menantu ke dua yang lebih berpelajaran. Ada degree. Kereta pun pakai Vios. Perbezaan layanan terjadi. Cucu jadi mangsa. Cucu dari anak kedua lebih diberi perhatian, lebih disayangi berbanding cucu dari anak pertama.

Faham ya ?

Mengakulah. Kita pun kadangkala mengalami ketidaksefahaman dengan keluarga. By rights, takkan ada keluar pepatah ‘cubit paha kiri, paha kanan terasa’, betul?

Ramai yang (mungkin) bersetuju jika kita tinggal dengan keluarga, semua perbelanjaan menjadi terkawal, tak payah bayar sewa semua. Pendek kata memang boleh savings. Ya. Aku bersetuju.

Tetapi bayangkan situasi di atas terjadi pada kau orang semua (yang membaca). Dalam cerita fiksyen di atas, emaknya suka show off. Rantai emas yang dipakai nak besar gedabak macam rantai basikal. Pulak tu suka benar perli perli anak sulungnya dan compared depan-depan mata cucu dan menantu sulung.

Nak bertelingkah, emak. Kau gila? Dosa besar tahu kalau meninggi suara dengan emak (nak kena panah petir ke apa?). Nak tegur baik-baik, for surelah takkan dia nak dengar. Siap kuar frasa ‘Kau budak-budak apa tahu?’

Jadi tinggallah anak sulung memendam perasaan. Inilah yang dinamakan ‘diluah mati emak, ditelan mati bapak’

Jujurnya, dalam hal sebegini, ibu dan bapa harus memainkan peranan. Mereka harus terima anak seadanya. Kalau dah takat rezeki dia sampai tahap tu, nak buat macam mana. Kalau dah semua kerja atasan, siapa pula nak kerja bawahan? Belajar untuk terima siapa anak-anak. Kalau dah jodohnya dengan petani, terima. Actually, saat anak dah kenalkan bakal menantu pada emak ayah, mereka dah boleh menerima perlahan-lahan. Actually pun, masa nilah emak ayah harus memberi khidmat nasihat pada anak-anak mereka.

Tapi, apa-apa masalah pun, boleh selesai dengan musyawwarah. Bincang elok-elok. By far, tak semua orang diberi peluang untuk tinggal dan jaga emak ayah dia, jadi peluang yang ada ni, abadikan sebaik-baiknya.

3 comments:

MR. SYAH said...

cerita cerekarama yerk.. xtg pun cuma tgk promo jer..

Faizal Sulaiman said...

MR. SYAH ---> hehehe ha'a. bara cinta ramadhan

NUke_Rude said...

hmm. yeah, ibu bapa x sepatutnya membandingkan anak-anak mereka.

begitu gak dengan anak-anak. tak sepatutnya membandingkan ibu bapa mereka dengan ibu bapa orang lain.


what goes around, comes around.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED