Wednesday, September 14, 2011

Kasi Potong! Dan Review Versi Seram ‘Clear Cut’


Salam Syawal

Agak lama jugalah tak update. Biarkan blog bersawang sekejap. Alhamdulilah ada juga yang singgah baca.

Semalam, sambil menanda tugasan pelajar, aku menonton drama ‘Dendam Sundelbolong’ (fanatic betul aku dengan hantu berlubang dibelakang tu.Ini kebetulan saja)

Drama Dendam Sundelbolong ini dekeluarkan oleh syarikat tempatan, Cube Films yang membawakan iklan raya meruntun hati lakonan mantap Wan Maimunah.

Kisah ini diambil dari root cerita SundelBolong itu sendiri, kisah seorang pelacur yang ingin hidup bahagia dengan menikah, tetapi musnah akibat hasad dengki orang sekeliling. Drama ini di twistkan sedikit bilamana pelacur tua, Erni (lakonan Didie Alias) yang of courselah dah tak laku, ingin laku semula di persada pelacuran.LOL (apa aku tulis ni?) Dan setelah merasa tercabar akibat dibayar lima ringgit untuk satu ‘sesi’, Erni membuat keputusan untuk memakai susuk sundelbolong.

Oh dah macam review pula.

Apa yang aku nak komen panjang adalah tentang versi ‘clear cut’ yang aku tonton malam tadi.Serius lah! Its quite pooping a shit!

Ok aku tahu, aku dah melepasi tahap S word. For that, I seek an apology.

Versi ‘potongan bersih’ ini seriously sangat mengganggu! Lebih lebih lagi aku tak dapat melihat dengan jelas ‘bolong’ (lubang) dibelakang badan Erni yang dipenuhi ulat. Apa guna clear kan benda tu sedangkan root cerita ini menceritakan tentang ‘SundelBolong’?

Lebih membengangkan, ada babak-babak penting yang di ‘clearkan’ supaya tidak nampak violent.

Ok beginilah. Kadang-kadang perkara ini (too violent, gory, horror) menjadi penghalang karyawan tempatan untuk bertindak kreatif. Aku masih ingat kekusutan pengarah Shuhaimi Baba tatkala menyudahkan skrip Pontianak Harum Sundal Malam I dan kekangan LPF supaya filem itu biar dibuat dalam bentuk ‘seram-mimpi’.

Pendek kata..seram-seram terjadi, rupanya mimpi di hujung cerita.

Sudahnya cerita seram tempatan, kelihatan tidak berapa nak seram di mata audien!

Kita ada klasifikasi 18 tahun ke atas ataupun PG (Parental Guidence), gunakanlah cencorship yang dah digunakan !

In fact, ada beberapa perkara hanging ketika menonton cerita tersebut akibat pemotongan tidak tentu hala ini.

Let just assume, perkara pemotongan ini adalah demi kebaikan bersama. Masyarakat sekarang dah semakin ganas. Dah semakin berfikiran selfish

Positive all the way..

4 comments:

Anonymous said...

err,,
takut r cite antu!

Anonymous said...

cite antu tempatan nak wat seram pun jadi komedi di mata penonton...baik wat komedi terus...

Faizal Sulaiman said...

Lelaki Ini---> rugi woooo

hehe

Faizal Sulaiman said...

♕ Mr.IX ♂ ---> see?kalau jadikan tak seram, citer hantu apa nama tu

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED