Tuesday, January 31, 2012

Shortie: Terakhir


‘Kau janji ini pertemuan terakhir?’
‘Entah!’
‘Kau tolonglah bagi jawapan pasti. Kenapa kau selalu bagi jawapan tergantung kat aku?’
‘Sebab aku tak tahu!’

Wajah itu keruh.

Aiman meraup wajah. Dia sendiri kurang pasti. Separuh hatinya mahu. Separuh hatinya enggan. Dia seolah berada dalam persimpangan. Memeritkan. Tapi jika diteruskan, bukankah ia lebih menyeronokkan?

Hidup sesekali perlu dicabar, kan? Tak hanya menurut pada kenyataan yang lurus tanpa ada garisan melengkung!

Jemarinya digenggam.Dilihat paada sinar mata bagai ada satu pengharapan yang kurang pasti. Tapi semakin lama ditenung, ia seolah mendatangkan satu keyakinan. Yakin bahawa jalan yang dipilih bakal membahagiakan!

‘Kita pernah tempuh hidup bersama dulu. Kau dah lupa, Man?’
‘Aku tak pernah lupa. Ia sebahagian dari kenangan’
‘Jadi kau nak lupakanlah?’
‘Tak mudah untuk aku lupakan!’
‘Habis? Kenapa susah sangat kita nak kembali macam dulu?’

Aiman mendengus. Rona mengharap depan mata itu dipandang tak mengerti.

Bodoh ke apa dia ni?

‘Kau ingat senang ke?’

Figura depan mata hanya senyum. Bapak sinis!

‘Dulu kita boleh? Keluar sama-sama. Tengok wayang sama-sama. Boleh je’
‘Kau faham tak yang aku dah ada bini? Dah ada anak!’
‘Dah tu kita tak da anak la? Mana janji kau nak besarkan Fahmi sama-sama?’

Aiman diam. Terbayangkan wajah budak lelaki comel yang berusia dua tahun ketika dia pergi konon-kononnya untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

‘Kau dah tak sayang aku ke Man?’

Aiman diam.

‘Kau dah tak fikir pasal anak kita ke Man?’

Bungkam lagi

‘Kau dah lupa yang kau dan aku nak sama-sama lihat Fahmi berjaya dalam hidup?’

Buntu lagi.

‘Berilah ruang untuk aku fikir’, akhirnya Aiman bersuara. Wajah bertentangan mula nampak sinar pengharapan. Walet dari poket seluar diraih pantas. Not lima puluh ringgit dikeluarkan. Disuakan segera.

‘Ambillah. Walau tak banyak, katakan pada Fahmi, tunggu kepulangan aku’

Aiman bangun. Dia senyum. Dia tak tahu sama ada perbuatan dia ini seolah-olah memberi janji palsu atau dia sendiri benar bersungguh sungguh lantaran kisah hati yang dah lama ditinggalkan.

Kisah hati antara dia dan Heykal Hakimi

Monday, January 30, 2012

Anak Sulung vs Anak Bongsu


Kita masih dalam bulan Januari. Pheww aku rasa bulan Januari ni panjang sangatlah.

Nak menceceh kejap.

Anak sulung, tanggungjawab besar. Jadik contoh pada adik-adik yang lain.

Anak bongsu, kecil mungkin manja. Dah besar tanggungjawab juga besar bila abang kakak dah kahwin, maka dia lah yang paling dekat nak tengok mak ayah.

Aku sendiri berhadapan dengan isu anak bongsu yang tersepit dengan keadaan keluarga dan kemahuan diri. Semua anak bongsu yang aku kenal ni sangat baik-baik belaka. Ada impian nak jaga mak ayah walau terpaksa kerja jauh jauh. Jadi kat sini aku boleh buat satu kesimpulan rawak, anak sulung dan bongsu mempunyai tanggungjawab yang agak berat.

Tapi ini tak bermakna anak-anak nombor lain boleh lepas tangan. Walau dah kahwin, anak dah dua tiga, sempat sempatkanlah, luang luangkanlah jenguk mak ayah. Jangan harap kat adik bongsu sorang. Haih! Mak ayah boleh jaga kita dari kecik, takkan dah besar nak pass sana sini kot?

Belajar untuk membalas budi emak ayah yang berpenat lelah membesarkan kita, tak kira kita anak nombor berapa. Pastikan kita jadi manusia yang boleh mak ayah gantung harap. By rights, kalau dah namanya anak, tanggungjawab jaga kebajikan emak ayah dah jatuh ke perkara wajib.

Tepat betul entry hari ni since Awan Nano menang malam tadi #AJL26.

Tak kira sesiapapun yang kita sayang, especially mak ayah; merekalah yang melindungi dan mengasihi kita maka, kepada merekalah kasih sayang kita sepatutnya lebih dicurahkan.

PS: Meh like fanpage KOPI ramai-ramai:) Promo pertama harini dah keluar!!

Friday, January 27, 2012

Ulasan: Lawak Kampus (Pelepas Tekanan) dan Promosi 'KOPI'


Selalu barang Jumaat saja, aku update post pasal review filem.

Banyak dah hutang filem janji nak direview tak direview lagi.

Well, aku ada bahan bacaan yang nak direkomendasi pada korang. Surely some of you know about this book.

Lawak Kampus pernah disiarkan dalam majalah super best Gempak tak silap aku lama dulu. Bagi aku, keluaran ilustrasi 4 kotak ini seringkali ditunggu-tunggu pengeluarannya. Kartunis dan penyumbang idea Keith sangat berjaya dalam mewarnakan karakter-karakter ini. Meh kita kenal setiap karakter dalam Lawak Kampus.

Vanness: Hero Lawak Kampus. Nakal, mata keranjang tapi kadang2 bijak
Aditas: Atlet sukan sekolah.Pakai singlet je gi sekolah. Sidekick Vanness
Froogy: Separa katak. Comel dan bijak. Boleh nampak hantu
Beepop: Kurang keyakinan. Banyak jerawat dan keyakinan tambah tinggi bila budak perempuan terima cinta dia terutama Lisa
Si Kosong: Loser dalam exam dan selalu dapat Kosong
Mr Noodle: Cikgu perasan hensem. Tulis buku My Life dan buku tu dibakar beramai-ramai
Xena: Dirujuk sebagai raksasa sebab figura besar dan sangat syok pada Vanness. Anak guru disiplin
Anthony: Hensem, pandai main musik. Cukup pakej tapi cintanya pada Xena sorang dan sanggup buat ape je demi Xena walhal Xena tak pernah terima.haha

Ada lagi sidekick. Kalau korang nak tahu leh la beli sendiri:)

Kat popular ada diskaun tau!haha

Enough with lawak kampus, meh aku nak cerita apa kebenda alah yang buatkan aku eksaited gila nak tunggu bulan Mac nanti.

Akhirnya antologi cerpen pertama aku berjaya (finally) dibukukan oleh penerbit novel urban FIXI.

Sebanyak 19 cerpen dari 19 penulis super duper talented menyumbang idea dalam penerbitan KOPI ini. FYI, antologi cerpen ni takkan dijual di kedai buku, sebaliknya dijual secara atas talian (online) bermula 1 Mac 2012 nanti. Pelancaran buku ini, InsyaAllah akan dilaksanakan pada Mac 24 atau 25 di Art for Grab, The Annexe Gallery dan Pekan Frinjan Shah Alam pada 30 Mac 2012. Meh serbu ramai-ramai!

Kenapa tak jual kat kedai buku? Terbitan edisi terhad ni eksklusif tau! Rugilah tak beli. Ada banyak cerita dalam tu ape?hehehe

Malah mulai Isnin ni (30 Jan 2012) akan ada promosi pada setiap cerpen yang ditulis dalam tu. Pheww takke kool namanya tu?hehe

Meh like fan page KOPI untuk tahu lebih lanjut:)

Tuesday, January 24, 2012

Shortie: Koleksi 15:Parte Un


Pheww..

Sedar tak sedar dah 15 siri shortie dah ditulis.

Well, mood nak menulis cerita pendek ni tiba-tiba hilang terbang dibawa naga air.haha

Few events happened jadi sikit sebanyak menganggu mood untuk menulis.

Jadi hari ni, aku postkan 15 koleksi shortie lepas2 yang mungkin korang tertinggal baca:)

Do enjoy the readings!!

#Umpan
#Roda
#@Noir
#Deus-Ex-Machina
#Sembang- Sebuah Adaptasi dari Lagu Joget
#Chantik
#Puas-Penyertaan Pertama Kontes Fixi Novel 'Tabu'
#Dua
#Seposen- Penyertaan Kedua Kontes Fixi Novel 'Kelabu'
#Adam
#Vie
#Baham
#Mana?
#Pusing
#Lupa


Sebenarnya aku agak teruja ngan sambutan yang korang berikan sepanjang penyiaran Shortie ni. Malah kegilaan menulis pendek-pendek ni makin bertambah seronok, sebenarnya:)

Dalam Shortie ni aku pelbagaikan isu yang aku nak ceritakan. Dari kisah mencuri kertas exam dalam Umpan, balasan wanita mempermainkan lelaki dalam Roda mahupun kecanggihan teknologi yang membunuh dalam @Noir.

Aku juga bereksperiman dalam penceritaan semula kisah benar dan pengadaptasian cereka seperti kisah wanita purdah dalam Chantik, Gelora jiwa penulis terkenal Virgina Woolf sehingga waktu dia membunuh diri dalam Vie, Lagu joget terkenal 'Pak Balik Pak' dalam kasta sosial masyarakat kampung yang pung pang pung pang lupa anak bini dalam Sembang.

Mainan jiwa tak terhenti takat tu ketika aku menulis shortie ni.

Citra masculinity dan feminisme cuba dirungkai tatkala menulis Adam (perang dingin antara anak lelaki dan bapanya), Baham (seorang ibu yang cuba stands on her feet after commiting a crime), Deus-Ex-Machina (obsesi wanita pada cinta), Mana? (pendirian seorang lelaki pada jenayah yang bakal dilakukan) takpun Lupa (pengorbanan ayah pada anak-anaknya)

Disebalik tu juga, aku ada menyertai dua kontes dari pengeluar novel Urban 'Fixi' dengan kisah laki bini yang tak puas di ranjang dan kisah pemberontakan kecil dari mata si mati:)

Shortie, selagi ada kudrat dan kemampuan yang kuat akan tetap diteruskan. Idea segar, tentunya..

Bersedia dengan cerita seterusnya lepas ni seperti kisah anak mencari ibunya, dilema seorang aktor kelas bawahan, dendam facebook atau mungkin tipikal kasta dua darjat? wewewewe.

Ni aku hadiahkan kat korang!




Which one is your favorite shortie guys?


Friday, January 20, 2012

Review: Moral Mak Bapa. Tunjuklah Contoh yang Baik (Carnage)


Kali terakhir menonton karya Roman Polanski adalah menerusi filem ‘The Pianist’ lakonan Adrien Broody (menganugerahkan beliau Best Actor in a Leading Role). Broody yang menjadi penerima paling muda waktu tu terus menjadi bahan bualan press Hollywood gara-gara ‘pelukkan dahsyat’ beliau dengan penerima Best Actress sebelumnya, Helle Berry (Monsters Ball)

Lupakan jap kisah insiden keterlaluan Broody tu although his performance in The Pianist consider as the best! Takpa. Melissa Leo lagi sempoi bila tersebut Fuck ketika menerima Best Actress in a Supporting Role menerusi ibu diktator Alice Ward dalam 'The Fighter'

Dah. Cukup menceceh!

Aku baru menyaksikan filem Carnage. Genre yang dipaparkan dalam medium ini adalah ‘dark comedy’

Citer ni simple habis. Anak kepada Micheal (John C Reilly) dan Penelope (Jodie Foster) dipukul dengan stick oleh anak Alan (Christoph Waltz) dan Nancy (Kate Winslet). Dua –dua mak bapa ni bertemu pada ketika Penelope menulis tentang laporan salah laku tu.

They all seems happy. At first.

Towards the middle of the story, penonton akan dibawa kepada kejelikan pasangan ibu bapa ni bagaimana egonya mereka menerima tindakan anak mereka yang salah, bagaimana mahu menangnya mereka jika anak mereka dijentik sedikit---walaupun untuk menunjukkan hidup ni bukan macam dongeng je, so siapa kuat dia menang---


Disinilah penonton akan dapat melihat betapa seksanya Nancy mendapat suami macam Alan yang sibuk dua puluh empat jam dengan cellphone! Bagaimana Penelope terpaksa menjadikan suaminya lebih patuh pada arahan. Bagaimana terpaksanya Alan berjumpa dengan pasangan Micheal-Penelope sedangkan dia banyak kerja nak di buat. Tambah buruk Alan dan Micheal seolah bersepakat bahawa perbuatan serangan atau buli budak lelaki di zaman sekolah adalah wajib disebabkan ‘nak dapat geng yang lebih kuat dan berpengaruh’. Nancy yang termuntah atas khazanah buku Penelope dan semuanya bertukar perang battle of the sexes!

Watak dikembang baik. Usah dipertikai peranan empat tunjang utama. Ke empat-empatnya pernah dicalon dan menang Oscar. They are superbly talented! Premis cerita pula sangat fresh! Polanski, walaupun aku tau ko tengah meringkuk tak boleh ke US sebab salah laku kau tu, kau mampu menghasilkan sebuah cerita ringkas, adaptasi dari play pulak tu (penulis asal adalah Yasmina Reza dari play God of Carnage-sebuah stage play dari French), kau masih boleh memukau pandangan mata penonton dengan pemilihan pelakon yang tepat selain penceritaan yang mendalam, dialog yang lucu tetapi tajam dan mesej yang jelas. Lokasi hanya tertumpu pada rumah Penelope-Micheal where Alan dan Nancy stuck sebab perbincangan yang tak ada kata putus sebab masing-masing tanak kalah.


Parents hanya conceal everything when they meet other family. Semua nak nampak perfect, decent and fabulous tapi once bila kelemahan dah nampak, there is no way to return back! Their fight lagi teruk daripada pergaduhan anak-anak mereka.

Wednesday, January 18, 2012

Review: Dari Penanda Glob Emas ke Patung Oskar (69th Golden Globe Award)


Ewah tajuk! Macam tabloid singgit satu je.

Kelmarin berlangsungnya acara gemilang di Hollywood, 69th Golden Globe Award..rasanya dalam blogging mungkin aku sorang je yang terhegeh-hegeh buat ulasan pasal benda ni.

Seperti kebiasaan, Golden Globe selalunya menjadi penanda aras pemenang Academy Award atau Oscar. Herannya, situasi ni tak berlaku dalam scene penganugerahan di Malaysia seperti Anugerah Skrin vs Festival Filem Malaysia.

Ok nuff said.

Penganugerahan kelmarin menyaksikan filem drama lakonan George Clooney ‘The Descendant’ dinobatkan sebagai Filem Terbaik Drama manakala filem hitam putih yang menceritakan dunia ‘silent film’ dari Perancis ‘The Artist’ diangkat sebagai Filem Terbaik Musikal/Komedi.







Kedua-dua pelakon utama ‘The Descendant’(George Clooney) dan ‘The Artist’ (Jean Dujardin) pula menjadi penerima Best Actor Drama/Musical.




Meryl Streep!! Apa lagi aku nak kata kat pempuan ni? Well, dengan mudah dia menang (Best Actress Drama) menerusi watak Perdana Menteri Britain Margerat Thatcher dalam filem ‘The Iron Lady’. Aku ada buatlah sikit-sikit kajian (literary cara Margerat Thatcher ni bercakap and amazingly, Meryl boleh tiru sebijik macam suara Thatcher!! Cool!)



Michelle Williams (yang sebelum ni aku agak sangsi tiap kali dia tercalon Oscar) membuktikan yang dia benar-benar berbakat. Janda hot mendiang Heath Ledger ini menang mudah dengan peranan tragik Marilyn Monroe yang dibawanya dalam filem ‘My Week with Marilyn’ seterusnya menganugerahkan Best Actress Musical/Comedy



Turut menepati ramalan adalah kemenangan Best Supporting Actress dari Octavia Spencer menerusi peranan maid yang berani mati dalam ‘The Help’. Well, aku dah tonton filem ni dan memang Octavia layak menang seperti kemenangan previous African American actress yang lain seperti Monique (Precious: Based on a novel Push by Sapphire) , Whoopi Goolberg (Ghost) atau Jennifer Hudson (Dreamgirls).

Apa yang menarik, Octavia sebelum ni hanya pelakon kelas bawahan yang sudah banyak (atau lelah mungkin) menjadi peranan pelakon pembantu atau watak cikai-cikai dalam drama siri mahupun filem flop box office.



On the other hand, filem ‘Beginners’ yang menobatkan Christopher Plummer sebagai Best Supporting Actor adalah sesuatu yang tak dapat dijangka. Sebabnya, aku belum lagi menonton filem hatta trailer filem tu, haha

Sesuatu yang mengejutkan, filem animasi Hugo mungkin akan mengungguli pencalonan Oscar sebabnya pengarah Martin Scorsese diumum Pengarah Terbaik lewat penganugerahan tersebut.

Satu lagi kegembiraan apabila filem Iran yang baru ditonton, A Separation menang Best Foreign Language Film

PS: Terimas korang sebab membaca cerita pendek semalam
PS 2: Thanks to the new followers
PS 3: Episod 3 segijiwa, esok. Eh! Ada orang nak cuba bongkar rahsia lah!

Tuesday, January 17, 2012

Shortie: Lupa


‘Kau selamba badak je tumpangkan pakcik tu?,’
Kamal angguk. Sufi memandangnya pelik.
‘Kau tak takut kalau-kalau dia nak rompak kau, ke?’,
Kamal senyum. Sinis.

‘Kau ni Pi. Suka sangat fikir buruk’
‘Baik pikir buruk dulu, der! Muka penyamun ni macam-macam pesen’

Terhenyek dengan sikap prejudis Sufi, Kamal ambil sikap tak peduli. Punat radio ditekan. Beribu Sesalan terpasang di udara.

‘Lagu fevret aku, ni!’, Sufi mencelah. Volume dikuatkan mempedulikan air muka tercengang Kamal. Mamat ni selalu layan HIM, Metallica, Flyleaf. Kejadah layan lagu pompuan! Jiwang pulak tu!

‘Come on, dude! Don’t give me that look. Asal aku tak boleh layan lagu ni pulak? Shila Hamzah hot tuh!’, Sufi membela diri. Kamal diam lagi usai mengambil simpang kiri, ke Pekan mengisi perut yang lapar.

Kelihatan seorang tua berjalan perlahan di ruang pejalan kaki. Lelaki yang sangat dikenali Kamal.

‘Eh tu orang tua semalam la, Pi!’
‘So? Kau nak tumpangkanlah? Dah jangan nak mengada! Entah-entah penyamun!’

Kamal mempedulikan tegahan Sufi. Ikut kawan yang sorang ni memang buruk sentiasa. Dia aje yang betul! Tak boleh ke fikir elok sikit? Jangan jadik tipikal boleh tak?
‘Eh Pak Man! Nak kemana ni?’, Kamal menegur selepas memerlahankan MyVi Hitamnya, mengekori lelaki tua itu. Sufi menjeling seolah berkata ‘aik? Dah tau nama pulak?’

Pak Man mengangguk. Air muka tuanya senyum.

‘Pakcik nak ke stesen bas depan tu. Anak boleh hantar kan?’

Kamal tak bersoal jawab. MyVi nya dihentikan. Pak Man lekas masuk, lalu ambil tempat duduk belakang.

‘Pak Man sihat?’
‘Alhamdulilah, nak! Baik. Tu yang kat sebelah tu kawan ke?’
‘Ha’ah Pak Man. Kawan pejabat saya. Sufi nama dia’

Sufi berpaling. Menghulur salam walau mukanya mengukir senyuman maha plastik.

‘Semalam kan Pak Man dah ke stesen depan tu? Nak jumpa siapa Pak Man?’

Kamal bertanya selepas Sufi tak mengambil inisiatif untuk berbual. Pak Man senyum nipis. Tegar tak nak menjawab.

Stesen bas yang dihajati Pak Man kelihatan dari jauh. My Vi kemudian berhenti di bahu kiri, tepi jalan yang nampak tak berapa sibuk itu. Pak Man keluar sebelum bersalaman dengan Sufi dan Kamal.

‘Moga Allah merahmati anak berdua’

Keduanya mengangguk. Sufi tampak kesal sedikit. Tapi entah. Lelaki itu semacam ego nak minta maaf sama seperti kesukaannya mendengar Beribu Sesalan!
Pak Man kelihatan berjalan sedikit ke bus station. Duduk seperti bakal penumpang yang lain, meninjau-ninjau bas yang ingin dinaiki.

‘Kamu berdua ke yang hantar pakcik tu ke sini?’, kedengaran seorang wanita berusia menegur Kamal di luar MyVi, sebelum Kamal menyambung perjalanan. Kamal sedikit tersentak dan lekas mengangguk.

Wanita itu senyum.
Sufi nampak sinis seperti berkata ‘kan aku dah cakap’
Kamal pula langsung tak kisah.

Wanita itu menyambung kata.

‘Dia tunggu anak dia tu’
‘Tapi semalam pun dia datang sini. Saya yang hantarkan dia. Anak dia tau kan yang bapak diaorang menunggu?’

Wanita itu mengangguk. Terserlah tudung kecilnya yang berselemu ditiup angin.
‘Pakcik tu selalu jalan kaki dari rumah semata-mata nak datang ke sini’
‘Semata-mata?’

Kali ini Sufi pula bertanya. Terlupa hendak menjeling sinis wajah sahabatnya.
Wanita itu mengiyakan.

‘Pakcik tu dah tua. Dia dah nyanyuk. Dia harap dengan berbuat begitu, salah sorang anak dia akan mengingati dia dan bawa dia tinggal bersama-sama mereka’
‘Salah sorang?’
‘Lima orang kesemuanya’

Sufi dan Kamal saling berpandangan sebelum kelihatan sebuah lori yang membawa lima ekor lembu yang akur dikurung memintas kenderaan mereka.

Jinak dan tak meronta…

TAMAT

Monday, January 16, 2012

Memori: 3315


Merujuk pada handphone Nokia 3315 yang dimiliki sekitar tahun 2004, lepas saja habis sekolah.

Well, aku mungkin tak macam remaja sekarang yang walaupun masih menuntut disekolah, sudah pakai handphone pelbagai jenis.

Ini handphone pertama aku. Dibeli sekitar RM 450!

Meh godam ciri-ciri handphone ni semasa berada di bawah ‘seliaan’ aku;

a) Handphone ni besar godang kalau dimasukkan ke dalam poket seluar. Kalau suar ditiup angin, nampak alur timbul pat segi telefon neh

b) Berat. Baterinya yang membuatkan handphone ni berat

c) Vibrator yang sangat mengejutkan. Bruup bruup nya boleh buat bangun tidur. Aku pernah melihat vibrator 3315 ni disalah guna. Hampeh punya budak itu. Lempias nafsu dengan vibrator 3315? Boleh? Haha

d) Banyak kali jatuh dan magisnya, tak pernah berkecai. Paling tak key pad tersembul je

e) Skrin banyak kali scratch dengan gugusan kunci dalam poket yang kecik

f) Benci membawa phone ni ketika kawad kaki, kokurikulum.

g) Ringtone monophonic dengan lampu lip lap, satu kaler, iaitu biru

h) Simkad pertama menggunakan nombor 012 dan 3315 inilah juga menghubungkan dengan cinta pertama. Ewah!

i) 3315 aku kerap kali mengalami masalah bateri mampus ditengah perbualan. Tiap kali ada perbualan penting, ye ye aku pergi cucuk charger untuk memastikan perbualan lancar.

j) Pernah chat dengan member sebelah katil (dengan aplikasi chat) sebab malas bual. Gila bazir kredit!

k) Forward mesej panjang-panjang atau mesej-mesej simbol-simbol menarik menjelang exam, hari raya mahupun birthday

l) Miscall dua saat (elak tolak kredit), khianat kawan sekelas especially budak pompuan. LOL

Handphone? Tak ada tapi perlu. Ia seolah satu kemestian kerana keperluan zaman sekarang. Dah jarang orang pakai telefon rumah sebab rasanya semua mampu pakai telefon tangan. Nak-nak dengan kad prabayar yang sangat berpatutan sekarang.

Dulu jangan harap nak beli kad top up sampai lima ringgit. Paling cikai sepuluh. Kaya sikit tiga puluh, dengan kad keras yang boleh cucuk pintu bilik jika terkunci atau terlupa bawak kunci

Friday, January 13, 2012

Review: Ia Adalah Hak! Hak Semua Manusia (A Separation)


Kali terakhir menonton naskhah dari timur tengah adalah menerusi filem ‘Osama’ beberapa tahun lalu.

A Separation (Jodái-e Náder az Simin) adalah garapan dari Iran menceritakan tentang pasangan suami isteri middle class yang melalui rough times dan memilih untuk berpisah. Nader, si suami yang sangat bertanggungjawab tetapi perlu menjaga ayahnya yang menghidap Alzheimer. Si isteri, Simin seorang tenaga pengajar mahu meninggalkan negara yang mereka duduki disebabkan mahu mendapatkan kehidupan yang lebih baik buat anak mereka Termeh.

Nader berkeras, lalu pasangan ini perlu berpisah sementara dan ini menjadikan Termeh tinggal bersama ayahnya (it’s a rule there, children below age;minor must stay with his/her father). Simin made her choice sebelum hiring a maid named Razieh before leave the family, staying with her parents!

Konflik Simin-Nader di Mahkamah


Konflik timbul bila Razieh yang hamil terpaksa menjaga ayah Nader yang nyanyuk. Isu berat terjadi pabila Razieh yang bukan muhrim terpaksa change a cloth of a senile man ketika ayah Nader terkencing dalam seluar.

Aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa isu yang dipaparkan!

Maka si Razieh yang tersepit ni terpaksa telefon sort of pejabat agama untuk meminta pendapat mereka yang arif terhadap hukum hakam agama Islam. Razieh berdepan dugaan lagi apabila ayah Nader tak sedar (ketika Razieh keluar sekejap untuk buat pemeriksaan doctor). Ada sebab Razieh kurung orang tua itu sebab ayah Nader merayau seorang diri pada satu petang. (ini satu lagi isu. Isu tentang amanah dan tanggungjawab)

Kalau kalian mengharapkan filem Iran banyak yang komersil hatta lagu-lagu arab, sila jangan expect begitu. Filem ini senyap. Ia langsung mengingatkan aku dengan filem arwah Yasmin Ahmad. Langsung tak ada music score, melainkan musik kredit di akhir filem. There are few strong women dalam A Separation ni. Simin yang berdiri di kaki sendiri apabila tuan hakim mengatakan yang dia harus ikut suaminya kemana saja. Namun, Simin juga bersama suaminya ketika Nader dituduh menjadi penyebab keguguran kandungan Razieh.

But most outstanding character adalah Razieh!

Razieh.Strong and loudspoken!


Dia hamil. Hayak anak perempuan dia kemana dia pergi hatta membuat kerja-kerja cleaning. Sanggup bersumpah dengan Al Quran sebab Nader tuduh dia mencuri, ketabahan dia pabila dapat tahu anak dia mati keguguran, menjadi tulang belakang suaminya ketika suaminya (yang banyak berhutang) hampir dipenjarakan akibat menumbuk Nader.

On the other hand, watak Nader juga dilihat menyerlah walau dia tersepit dalam banyak keadaan.

Dia dituduh menjadi pembunuh unborn baby Razieh (jika sabit kesalahan, Nader bakal dihukum penjara 3 tahun), bagaimana takutnya dia jika dia dipenjarakan, siapa nak jaga bapa dia yang nyanyuk? Siapa nak hantar dan jemput anak dia, Termeh pergi dan balik sekolah? Nader lelaki yang kuat. Tabah jaga bapa dia. Tenang ketika seluruh masyarakat sekolah menuduhnya sebagai pembunuh dan pendidik yang baik pada anaknya.

Satu nilai positif yang aku kenang dalam watak Nader adalah bagaimana dia ajar kepada Termeh (ironinya dia perempuan) supaya tak menerima saja apa yang datang dalam hidup. Tidak hanya pandai kata ‘ye cikguwithout even questioning why some things happen.

Nader menjadi tunjang utama pembangunan sahsiah Termeh untuk jadi lebih kuat. Ia seolah hakikat penciptaan Adam untuk Hawa supaya Hawa tak diajar untuk terima apa saja yang ada depan mata, tanpa fight untuk mendapatkan hidup yang lebih baik. Hak dalam kehidupan, kan? Semua manusia perlu rasa, bukan tahu terima.

Termeh. Tersepit antara bapa dan ibu


Towards the end, seperti mana kebanyakan filem timur tengah yang aku tonton, mempunyai banyak meaning yang tersirat. Babak terakhir adalah dimana Termeh diminta oleh hakim untuk memilih dengan siapa dia mahu tinggal bersama. Pilih sama ada ayah atau ibunya. Point terakhir dalam A Separation ini sangatlah effortless dan mengajar kita erti sebenar kehidupan, dimana kehidupan ni sebenarnya tak perlu dikongkong.



PS1: Filem ini tercalon dalam enam senarai akhir Filem Bahasa Asing Terbaik Academy Award, Februari depan! Lima calon lain adalah Pina (German), Le Havre (Findland), The Turin Horse (Hungary) ,Footnote (Israel) dan Where Do We Go Now? (Lebnon)

PS2: Agak-agak kalau filem genre begini ada ke nak tengok kalau dibikin untuk penonton tempatan?

PS3: Mungkin akan buat review filem A Skin I Live In (dan macam kebiasaan Pedro Almodovar mesti ada adegan seks terlampau), atau mungkin filem Melancholia, kisah tentang kemusnahan bumi (filem ni berjaya menobatkan aktres Kristen Dunst sebagai Best Actress Cannes Film Festival 2011) atau kisah wanita surviving dalam pakaian lelaki, Albert Noobs.

Wednesday, January 11, 2012

Lelaki dan Anime


Anime. Bahasa pasarnya kartun.

Kebanyakan penggemarnya adalah lelaki. No doubt sebab kartun lebih simple, lebih fantasize dan for sure digemari semua pemilik adam’s apple. Ahem #fantasize tuh!

Masa belajar dulu, aku ada seorang kawan yang sangat gilakan anime Japan. Naruto, Yakitate Japan, Slam Dunk hatta Pokemon, Digimon semua ditaramnya tengok. Not the choosy one berbanding aku. Hahaha. Aku tengok yang familiar saja.

Kegilaan kawan ini sampai mengumpul semua action figures yang ternampak di kedai. Well termasuklah anime kegemaran tapi jarang tengok, Gundam! Koleksi CD cerita anime dia dah dekat ratus-ratus riggit! Kaum perempuan jangan terkejut kalau ada BF, BF korang yang layan anime dan sanggup beli patung kecik (action figures) sebagai simpanan. Well macam korang beli mekap la kan.

For guys, who obsess with anime, itu adalah toys paling berharga bagi mereka. Samalah macam penggemar kereta ataupun kaki pancing laut dalam. Minat masing-masing der.

Tu belum masuk dengan koleksi komik atau majalah!!! Jangan terperanjat kalau ada sesetengah dari mereka mempunyai koleksi yang boleh dijadikan libry!!

Oh ya. Aku suka tonton anime Jepun ‘Ranma ½ ‘!! Yeah walaupun ada unsur biru pada anime tu, it makes me laugh everytime sebab theme femme fatale yang ada pada Ranma, tiap kali dia berubah jadi budak perempuan! Not forget anime Detective Conan. Tak pernah satu anime Conan yang bosan untuk ditonton. Sentiasa mahu berfikir!

What say u, readers? Are you a gila anime-ing??

PS: Gila anime-ing does not mean you have to avoid social interaction ya!
PS2: Terima kasih buat mereka yang baca Shortie semalam. Terlepas? Ce tengok side kiri korang. Ada nampak 'Latest'? Sila kilik kat Shortie: Pusing:)
PS3: Episod 3 Segijiwa esok dengan judul 'Dia'. 2 new characters will apear:)

Tuesday, January 10, 2012

Shortie: Pusing


‘Apa yang kau tak puas lagi hah?,’ tempiknya garang.

Perempuan itu masih selamba. Matanya mengerling tajam. Eleh! Kau ingat aku takut dengan jerkah kau tu?

‘I tak boleh hidup dengan you. You tak boleh bahagiakan I,’ balasnya senafas. Lelaki itu bagai ditampar.

Jantungnya luluh. Lapan tahun melayar bahtera suami isteri, ini yang dia dapat! Tak boleh bahagia? Watdehel?

‘Kalau macam tu, kau boleh pergi mati, Suzi,’ gerutunya perlahan sambil mengeluarkan sepucuk pistol, mengacukannya tanpa arah, sebelum melepaskan satu das tembakan tepat mengenai dada isterinya.

Tidak sempat menjawab, jauh sekali berbuat apa-apa, jasad Suzi terlentang ke lantai dengan darah merah pekat membuak tanpa malu. Wong menahan nafas pasrah. Dia mengangkat pistol, mengacukan pula ke kepalanya sendiri.

**
Seminggu Sebelumnya

‘Abang akan jaga kau,dik’
‘Walau abang tau saya akan mati?’
‘Kita kena usaha, dik. Hidup mati kerja Tuhan’

Alia genggam tangan Aswad, abangnya. Dia tak tahu berapa lama lagi dia harus menyusahkan Aswad dengan sakitnya yang tak sembuh-sembuh. Dia sebagai beban dan Aswad yang menanggung.

Aswad menyuakan sesudu bubur nasi buat adiknya yang terlantar. Alia menjamah dengan mata bergenang.

Abang, kau dah banyak berkorban.

Sesudu bubur nasi disuakan ke dalam mulut. Alia menelannya perlahan. Masin sikit. Kesian abang. Tak pandai masak. Tapi digagahi juga mereneh beras dengan air untuk dijadikan santapan.

Aswad senyum hasil air tangannya diterima Alia. Paling tidak, perut gadis itu terisi.

‘Abang dah makan?,’
‘Dah! Baru lepas,’

Dia tipu. Hakikatnya dalam poket ada RM 5 lagi. Ubat Alia tinggal sikit. Mana nak cekau duit untuk beli ubat-ubat mahal? Alia tu adiknya. Darah dagingnya. Sorang saja waris yang diamanahkan arwah mak ayah untuk dijaga.

Dan perut berkeroncong lapar.

Nokia cikainya berbunyi. Dia mengalih lekas selepas bubur sedikit masinnya diletak tepi.

Mana benda tu, der? Lu ni nak duit ke tak? Customer dah datang jauh-jauh lu pulak lambat

Aswad menekan-nekan punat telefon bimbitnya dengan wajah tampak gusar.

Gua datang skunk. Seploh minit

‘Abang nak kemana?,’
‘Keluar,’
‘Sorang?,’
‘Taklah. Dengan Muhaimin, kawan abang tu’

Alia mengangguk.
Aswad tipu lagi.
Barang dalam kocek jaket tebalnya digenggam erat.

**

‘Mana?’

Aswad menyerahkan barang itu pada taukehnya yang berbadan besar. Wajahnya bengis. Dia menyambar. Gelojoh lagi tak sabar.

‘Lu asal gua suruh datang port, ada je alasan,’
‘Adik gua sakit la der,’
‘Ah tak abes-abes la lu dengan adik lu. Carilah awek sorang. Bosan-bosan boleh henjut sekali dua,’

Dia kemudian terbahak ketawa dengan lawak bangangnya sendiri. Parut di pipi kanan terserlah tambah hodoh. Aswad mengerling benci. Tapi sebab barang, dia menolak untuk terus beremosi. Dia perlukan duit!

‘Gua dah nak jualkan barang lu ni kat customer. Lu dapat untung dua ribu setengah. Amacam?,’
‘Sikit la der. Lu tau kan gua tengah pokai skang’
‘Lu ni banyak cekadak la Wad. Gua bagi lu half pun lu komplen macam mak nenek. Heh! Lu boleh ubat adik lu tu bagi baik, maa. Lu kan abang yang baik!,’

Tau pulak mamat ni erti ‘kasih sayang’

Aswad cebik protes. Tu pun lepas taukeh serah wang dalam beg plastik hitam. Cash money dua ribu setengah.

‘Hah! Customer tu dah sampai’

Dua lelaki bersalam sambil dua-duanya bercakap Mandarin. Aswad bagai itik diantara dua ekor ayam tu. Butir kata seperti ni hao, laoban dan buxie kedengaran berkicau di udara.

‘Lu dah buat satu perkara baik untuk gua. Gua banyak terima kasih sama lu, Aswad’, customer itu kemudian bersalam dengan Aswad lalu meninggalkan taukeh yang tersenyum kambing mendapat pulangan modah lima kali ganda banyaknya. Tak sia-sia dia melabur banyak untuk barang yang Aswad bawa.

Seketika dia menepuk-nepuk bahu Aswad

‘Nama dia Wong,’
‘Nak buat apa dengan barang gua tu? Berkenan sangat gua tengok?,’
‘Nak ajar bini dia’

TAMAT

Inspirasi pergerakan senjata adalah dari filem ‘Babel’ arahan Alejandro González Iñárritu

Monday, January 09, 2012

Harga Diri, Bukan Ego, Bukan Juga Jual Mahal


Aku jarang tulis pasal perhubungan. Sesekali. Tak apa kan?

Dalam perhubungan kita perlu ada harga diri. Tekan perkataan ‘harga diri’ tu.

Bila kita syok kat seseorang, kita kena mulakan dengan langkah perlahan. Perlahan tapi beri impak, bukan habis perlahan-sampai-ke-sudah-la-hubungan-ko-tak-kemana-mana.

Kenapa perlu perlahan? Bukan apa, kalau gelojoh sangat, nanti kau juga yang tak dapat. Baru dua tiga hari kenal, dah nak ajak kahwin? LOL. Baru dua tiga hari kenal, let say lah melalui FB ke Twitter, dah minta number telefon. Aiyohh . Ce bawak bersabar sikit.

Jadilah orang yang ‘eksklusif’. Kalau betul-betul nak kawan dengan si polan tu, buat cara berkawan dengan betul. Letakkan nilai harga diri yang tak terbanding tu tinggi-tinggi sikit dalam hidup. Lebih-lebih yang opposite sex tu. Kalau betul nak jadikan si polan tu teman sehidup semati, mulakan dengan step yang betul. Ni tak. Memula je dah nampak gatal.

Kawan dulu. Kenal hati budi dulu. Letakkan syarat dalam memilih siapa teman hidup. Jangan semberono sakai je nak pilih siapa-siapa asal muka hensem-cantik maka layaklah nak dijadikan suami-isteri. Well, benda ni sounds lame kan? Tapi history sayang. It has a way to repeat itself, kan?

Saturday, January 07, 2012

V-Log: Ombak Rindu

Mic agak pecah (Jadi slowkan volume sikit) dan ada bunyi 'bintik'.LOL

Rangkap pertama dah di cut sebab tatau nak lembutkan hati siapa.hahahahaah

This is the way I reduce my stress after work. How bout you?


Friday, January 06, 2012

Review: Tiga Syarat Untuk Berjaya (My Kingdom)


Kali terakhir menonton filem berbahasa Mandarin ini adalah menerusi Perhaps, Love; sebuah muzikal cinta blockbuster lakonan Takeshi Kaneshero dan Zhou Xun yang diarahkan pengarah terkenal Peter Ho Sun Chan. Kali terakhir tau.

Banyak filem dari tanah besar China mahupun Hong Kong menjadi pilihan kalau aku bosan seperti Wu Yen (lakonan mendiang Anita Mui menjadi Maharaja Cina yang suka poya-poya), Turn Left Turn Right (filem usahasama Singapore dengan Hong Kong), The Red Lantern, House of Flying Daggers, Curse of the Golden Flower mahupun pilihan Oscar ‘Crouching Tiger Hidden Dragon’ dan ‘Heroes’

Nuff said.

My Kingdom secara kasarnya menceritakan kehidupan seniman terkenal (Opera Worriors) yang terpaksa menjalani kehidupan biasa setelah dikalahkan oleh seorang senior (juga seorang Opera Worriors) yang berebutkan plak teater berwarna emas. Seniman itu membesarkan dua anak angkat sehinggalah berjaya mendidik mereka menjadi hero di atas stage teater.

Plak berukir emas yang menjadi rebutan


Pesan si ayah angkat dijunjung untuk merampas semula plak teater ukiran emas yang diambil secara cabul selain menjadi bintang terkenal di Bandar. Tiga pesan si ayah perlu dipegang untuk kekal popular di atas pentas teater.
1. Never perform at lowly circus acts
2. Neve have affair with actresses
3. Never duel with Opera Worriors, sebab bila kalah dah tak boleh buat persembahan kat mana-mana stage! Hambik!

Lalu, dua beradik angkat ini (yang kecelaruan identity; seorang tak tahu mana ayah dan mak pergi—hanya dibekalkan sebentuk pendant, manakala seorang lagi mahu memburu si pemenggal kepala yang dah memusnahkan hidup kecilnya, ayah dan ibu serta adik perempuan)

Premis cerita ini cantik menelusuri perkembangan dua beradik Yi-Long (Wu Chun; he’s Brunei-Chinese Born) dan Er-Kui (Han Geng-ex Super Junior member) dari kecil dimana ibu bapa Er-Kui dibunuh kejam lalu Yi-Long meminta bapa angkatnya menyelamatkan Er Kui dari dibunuh disebabkan mempunyai suara yang merdu dan berpotensi untuk ke pentas opera.


Primadona yang menjadi rebutan

My Kingdom disifatkan sebagai sebuah karya yang menceritakan betapa tinggi nilai seni opera dalam masyarakat Cina, sejak berkurun lamanya. Beneath mekap tebal-tebal tu, all the actors and actresses sometimes fear of themselves (seperti watak Opera Worrior tua yang ketakutan ketika dua beradik datang nak dapatkan gold plak. Ironinya dia memakai kostum sepeti hantu rambut panjang!

Namun disebalik tu, rata-rata yang menonton pasti dah dapat mengagak bagaimana filem ni bergerak * hint; ada heroin cantik Barbie Hsu berlakon! Well of course there’s a triangle stuff, konflik with 2 brothers and what so ever. Yang menyelamatkan keadaan adalah konflik bagaimana si adik, Er Kui mencari pembunuh ayah dan ibunya lalu membawa kepada satu-satu musuh yang paling dia tak sangka. Well you can make a guess, perhaps?


Kisah dua beradik

Kat sini baru aku faham peranan Opera Cina dalam membentuk budaya masyarakatnya. Bila kalah dalam duel, kau dah tak boleh lagi berperanan sebagai Opera Worrior lalu tugas kau kena duduk rumah dan cari rezeki lain atau bunuh diri. Ketaksuban dalam sesuatu, especially seni dalam My Kingdom sebenarnya dah dilihat dalam banyak kali medium filem sebelah sana (China dan Hong Kong). Mereka devote pada apa yang mereka ceburi dan sesekali tidak mengaku kalah.

**
2012’s Waiting List Movies:
- The Hobbit: An Unexpected Journey
- Hanyut
- The Dark Knight Rises

Wednesday, January 04, 2012

Ulasan: Tabu (Tak Salah Jadi yang Berbeza. Unik Apa?)


Judul: Tabu (Novel)
Penulis: Shaz Johar
Keluaran: FIXI
Halaman: 312 helai

Ini adalah segmen pertama ulasan dan pertama kali diadakan dalan blog ni. Jujur aku katakan, FIXI dah membuatkan aku untuk membaca semula.

Tabu. Semua orang ada tabu. Specific dalam kes ini wanita. Tabu Wanita? Menjadi gemuk dan tidak menarik. That’s the fact yang dibawakan terang terang dalam novel ini. Realistic.

Tabu dicorakkan dengan penceritaan Bibi seorang BBL (Big Beautiful Lady)—disini aku membayangkan wanita berangka besar seperti figura Kimora Lee Simmons (get-it?) mandiri dalam kepompong hidupnya yang memaksa untuk diet, drama cintanya dengan lelaki bangsa asing atau hidup gembira dengan rakannya yang bermulut cabul, Kim—which is sama je saiz dengan Bibi, cadang pada Bibi tak payah nak berdiet bagai. Sehinggalah kematian misteri terjadi dalam kehidupan kecil Bibi yang menyebabkan dia berhubung dengan semua manusia-manusia berkait dengan kehidupan si mati.

Bagi aku itu satu ironi. Bibi kurang communicate dengan public, hatta si Precious Anne (Why Anne dipanggil begitu, well cari sendiri ya), dan bila musibah datang menimpa, Bibi stands out of her own mencari kebenaran disebalik misteri itu. Aku suka karakter Bibi sejujurnya. Dia independent girl, brave of her own style walaupun dia taklah secantik top model. Dalam kehidupan seharian pun, kita boleh tengok wanita pesen ini dimana-mana. Tak cantik dimata takpa. Jangan bodoh dikepala.

Tabu dimulakan perlahan sehinggalah tiba ke titik klimaks pergaduhan Bibi-Kim-Anne membawa kepada kematian tak terduga dan penyiasatan Bibi mencari kebenaran. Disini lah Tabu menjadi a page turner sehinggalah membawa kepada perjalanan Bibi mengenali lelaki-lelaki yang hadir sengaja atau tak dalam hidupnya yang mula nampak rompong.

Penulis Shaz Johar seakan memasukkan few homage/tribute kepada artis Malaysia, tabu orang tua-tua (aku perasan ada dua diselitkan dalam Tabu; which is brilliant for me cause kau bayangkan tajuk novel ni Tabu dan Shaz berjaya memasukkan tabu orang melayu kita di dalamnya—maknanya judul ini tidak kosong) selain sikap typical Malaysian.

Characters represented people yang mungkin kita dah tengok dan pernah jumpa. Mana yang suka manipulate, hipokrit, miang, jujur tulus, betul betul ikhlas dan spontan. Dalam dunia ni ada hitamnya tapi sikit-sikit pun ada juga yang bertompok putih kan? Kan?

Towards the end, Tabu diakhiri dengan satu perkataan yang memberi satu kesimpulan makna yang jelas (korang carilah dan bacalah sendiri). Bibi mahu terus hidup, mahu terus hirup udara segar, mahu terus berdiri atas kaki sendiri biarpun dia gemuk, tinggi, let people said. Ada aku kisah,nok?

Tabu hadir dalam nuansa komedi gelap yang aku sangat sukai. Few times aku rasa curious, few times aku tergelak, few times aku rasa cuak especially tang sapa yang membunuh tu.

Untuk penulis, tahniah!

Page Fevret # 1: 143
Page Fevret #2: 271-272: (Kalaulah si aktres fevret aku Maya Karin membawakan watak Bibi, aku nak dia mesti gedempul macam Charlize Theron dalam filem Monsters). Bukan Gemuk macam Erra Fazira dalam Cinta Kolesterol tuh ok!

*
# Jangan lupa episode 1 Segijiwa, esok jam 7 pagi:)

Monday, January 02, 2012

Apa Pentingnya New Year? Edisi 2012


Ketika entry ni ditulis well ada sejam lagi nak new year 2012

Few of us dah install atau mungkin re-install semula new resolutions.

Apa pentingnya new year resolution? Ok call me orang terkebelakang sebab tak da azam. Perlu ada azam tahun baru ke kalau azam lama pun terbalik kongkang? Well just saying.

Aku selalu membayangkan jika aku bangun di tahun baru, muncul skycrapper atau kereta berjelujuran di langit seperti filem-filem masa depan. Tapi ada ke?

Mana yang tercemar, makin tercemar. Mana makin jahat, bertambah jahat. Mana makin miskin, tambah miskin. Mana yang kaya, buat- buat lupa yang miskin. Mana yang banyak buat dosa, tak reti reti nak minta ampun. Banyaklah contoh.

New resolution is not about a-damn-resolution-only tapi how you transform menjadi a new you (bukan tukar jantina itew). Dari baik, bertambah baik. Dari negative bertukar positif and all that. Sebagai contoh, if you are having a feeling to someone, why not you say it without fear? Fear of rejection? Biasalah. Tak semua suka kita kan?

Things never change if we not in plan to alter it. Jangan tahu berazam. tapi diri sendiri pemalas nak ubah Sampai di bulan Februari, kebabom hilang ditiup angin petang. Poetic kan ayat aku? Mihahahaha

Azam ini sangat yang nak dikejar. Azam buku lama ditukar pada buku baru dah ubahsuai belom? Let me give u a hint. Tahun ni kita akan sambut pada 15 November 2012.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED