1998: Krisis Ekonomi,
Kampung Pekan Sepetang
Kampung Pekan Sepetang
‘Abang tak ke sawah? Anjang tanya saya semalam’
‘Malas saya nak menghadap muka si Anjang. Kerja tahu nak kompelin saja!’
Munah menghela nafas berat. Sejak pendapatan padi bulanan agak berkurang, dia sekeluarga bagai hilang punca. Suaminya, Seman nampak macam putus harap. Apatahlagi kerajaan telah mengumumkan kedudukan ekonomi yang sedang sakit, seolah dia, suami dan lima anaknya akan mati bila-bila masa!
Dia melihat wajah anak sulungnya, Melati yang masih gigih mengajar empat adiknya kira-kira. Dan dengan kepintaran Melati, dia yakin hanya pendidikan saja mampu mengubah nasib mereka sekeluarga.
Seman bersiap-siap. Rambutnya disikat tepi. Dua ringgit syiling perang keemasan sedikit hasil lepat pisang jualan isterinya, diambil dari atas laci meja solek sebelum melangkah keluar menuruni tangga teratak kayu mereka.
‘Awak nak kemana pulak tu?’, Munah bertanya dari dalam rumah. Seman menyorong Yamaha cupnya ke laman rumah.
‘Mengopi. Kopi rumah ni tawar’, balasnya selamba. Ditinggalkannya rumah dan hati Munah yang tersentap begitu saja.
Munah menggeleng kepala. Melati memandang ibunya berat.
‘Sehari dua ni, Melati tengok mak macam pening kepala je? Nak Melati urutkan?’, si anak bertanya manja. Munah menggeleng lembut. Nyata Melati pandai mengambil hati. Namun, itu langsung tak mengubat kegusaran hatinya sekarang.
‘Mak fikirkan ayah. Tak ada kerja. Dulu katanya ambil upah gali telaga. Lepas tu tak larat pula! Sekarang kerja dengan Pak Anjang kau. Itupun bertahan seminggu’, jelas Munah membiarkan natijah Melati terhadap ayahnya timbul untuk dipersoalkan.
‘Ayah tu asyik mengopi je kerjanya. Duit mak jual kuih juga diambilnya! Kenapa mak tak marah aje ayah?’, Melati mula bersuara keras. Wajah berceratuk emaknya dipandang dalam-dalam. Munah mengangkat wajahnya, sedikitpun tidak berang.
‘Isteri yang baik, takkan membantah apa saja yang dilakukan suaminya, nak’
Melati menghela nafas separa tidak berkenan.
Emak, kalau nak menurut pun, biarlah pintar! Ini bukan taat. Ini perhambaan!
Gadis itu menyelar tindakan ibunya, namun ia sekadar terpancar di hati kecilnya saja.
Munah bangkit dari tempat duduknya lantas memandang anaknya dengan penuh kasih sayang.
‘Mak nak ke dapur. Beras ada sikit. Pisang buat jualan lepat pun ada lebih sikit. Tengahari ni kita makan bubur pisang ya,nak. Melati kongsi lima orang dengan adik-adik ya’
Melati mengangguk sebelum terdengar lagi pesan ibunya yang sayup sudah ke dapur.
‘Panggil ayah tu balik. Mak takut ayah kelaparan. Nanti tak sempat makan, mukanya masam. Macam rimau kelaparan pula!’
Gadis itu mengangguk lagi. Lemah. Fikirannya lekas terbayang sosok ayahnya yang rancak bersembang di kedai kopi, kalah ahli menteri!
‘Pak menteri tahu apa? Cuba dia letakkan diri dalam situasi orang susah macam kita-kita sekarang n?’, suara Seman memecah kerancakan perbualan Musa dan Ghazali tentang dasar pembangunan ekonomi yang diperkenal kerajaann lewat berita yang ditonton jam 12 tadi.
Jamil yang duduk meminggirkannya mengangguk bersetuju.
‘Pak Menteri pakai BMW! Honda bulat buruk aku yang selalu aku kitai ke kebun getah tak pernah pun kompelin nak ganti baru!’
‘Aku setuju!’
Suara Sagof memecah perbualan panas itu. Meja kayu ditepuk-tepuk menambah provokasi Musa dan Ghazali yang semakin merah telinga.
‘Kita patut cadangkan pada kerajaan, kalau mahu kita undi mereka, mereka patut bantu golongan susah macam kita ni! Cakap saja tak guna! Bagi elaun bulanan dua ratus ke tiga ratus sebulan. Nak cantik lagi enam ratus sebulan. Cukuplah makan pakai!’
Seman makin galak mempedulikan anak perempuannya Melati menghendapnya di balik lalang yang mengitari Warung Kopi Wak Ma’un itu.
Ghazali memandang Musa dengan menjuih bibir.
Alah orang tak kerja. Berangan nak elaun. Kau ingat duit tu turun dari langit, tiba-tiba ada bawah sejadah? Potong burung aku la kalau jadi!
‘Wah. Kau cakap macam menterilah, Man! Aku tabiklah kau’, pekik Sagof kemudian saja menghulur salam sebelum Seman bangun megah langsung mendabik dada. Dia tersenyum menggeleber berkedut tatkala ideanya diterima baik. Satu tamparan buat Ghazali dan Musa yang akhirnya panas punggung, bangun menginggalkan kedai Wak Ma’un.
‘Tu! Dah kalah la tu. Lari sembunyi bawah ketiak bini!’, sindir Seman sambil disambut deraian ketawa Sagof dan Jamil.
Seman menghembus nafas kemenangan. Jari telunjuknya diangkat ke udara mengisyaratkan Wak Ma’un untuk menambah segelas lagi kopi. Papan karom dicapainya sebelum mengajak Sagof dan Jamil bermain bersama. Masing-masing dengan gaya tersendiri.
Melati yang melihat dari jauh sangat terpempan. Sayat hatinya melihat perbuatan ayah yang dianggap tidak bertanggungjawab.
Lupa segala anak isteri, Makan minum isteri yang cari, Minum kopi duit isteri yang bagi, Tak bagi duit isteri di caci Pak balik pak, bubur pisang dah masak. Balik cepat pak cepat, Jangan terlambat. Pak balik pak, kita menggali ubi. Nanti malam perut kita tak berisi…
Tweet

**

TAMAT
Kisah ini diadaptasi dari lagu joget Pak Balik Pak. The reason I choose this song is because of kritikan sosial pada lagu ini. Settingnya simple pada kehidupan masyarakat kampung. Utamanya adalah pada kehidupan suami isteri dan anak-anak. If u have a chance one day, InsyaAllah; your children needs and wants selalunya didahulukan. Tanggungjawab itu penting. Sayang bagi mereka yang menganggap perkahwinan hanya untuk berseronok-seronok. Ingat! Tanggungjawab berumahtangga adalah sangat berat!Bersedialah memikulnya.
Sembang-sembang juga.Tanggungjawab jangan lupa
19 comments:
aku sgt2 salute gaya penulisan kau..
suka sgt2..
sian mak munah tu haa....ape laaa laki dia tu..baik BABAI kan jeee laki cm tu mak minah oiiii...
*suke gile short novel kmu ni pejal!!! best!!!!
menarik faizal..suke;)
Lelaki Ini---> Terima kasih umar! selalu membaca ye:)
Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) --> Munah., She's an obedient wife yang sangat taat pada laki dia.kita boleh tengok wanita mcm ni banyak ada sekarang.
kesian kan?
Nazz@Purple---> Terima kasih nazz:)
penulis juga ya?
saya penulis kanak2 (kecuali ketika menulis diblog, agak kedewasaan haha)
:-)p
x tau la apa aku nk komen klu bab penulisan ni....hoho
follow ur blog... buleh follow my blog ada kat belah kiri, bawah my header title..
do keep in touch dude. baideway, mana shoutbox u?
:D
ohhh lagu tuuu
ingat2
hehehe
short but full of msg...good job faizal =)
akak suke cite ni..simple tp padat.bntuk pnulisan pun akak suka.bley imagine suasana kedai kopi pak ma'un tu..heheh
Asrul "iLham" Sany---> dah cek blog u tadi.amazing gila boleh tulis cerita kanak2.siyesh
saya writer dlm blog je:)
♕ Mr.IX ♂ ---> tau dah mal. tau dah. deme baca pun, kawe dah beruntung tau:)
Asrul "iLham" Sany ---> :) dulu letak tapi bila letak banyak spam dan iklan2. Bukannya blogwalking. No worries dude,I dah letak link u dalam senarai wajib baca:)
mr.syazwan ---> kita kan around age je(eh)hehehe
lagu ni catchy dan meaning nya dalam:)
NY---> cerita2 desa macam ni banyak yang realiti kan?:)
terima kasih kak:)
i wish i can write like u...
ami manaf---> Mesti boleh ami. try first:)
Wah, seronok baca karya di sini! Ini wmemang blog kategori wajib baca. Alhamdulillah, jumpa sahabat hebat!
*geram dengan watak Seman. Hati penuh kata maki. Mengapa si isteri tega diam dan patuh?. Ugh!
Post a Comment