Thursday, November 24, 2011

Karat #12 : Terima Siapa Anak Kita Sebenarnya


Ok. Tajuk entry bapak sopan sial!

Rupanya ada yang minta gua menyambung menulis slot Karat di blog kawan gua ni! Gua terharu beb! Tahan ke lu semua nak dengar maki hamun gua lagi? Hehehe

Gua masih ingat situasi ketika mengambil keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Gua adalah umat paling cuak bila nak mengambik keptusan ni.

Jadah!

Untuk pengetahuan, gua memang lemah gila biawak dengan subjek B.I masa zaman-zaman remaja dulu.

Gua tak tahu kenapa. Mungkin:

a) Kat rumah mak bapak gua cakap melayu campur jawa. Mak bapak gua tak reti nak speaking-speaking ni kecuali beberapa patah perkataan:
- Oter (Outer)
- Obohol (Over haul)
- Peset Gaji (payslip)
- Buat dono (don’t know)
- Pesen (Fesyen)

b) Kawan kuat menganjeng. Kerja lain takda. Tahu menganjeng kalau gua salah sebut perkataan Inggeris. Macam mana gua nak belajar sial! Malu! (ok ni silap gua yang paling bangang. Jadah gua nak malu buat apa)

c) Sebab gua rasa Bahasa Inggeris susah. (jujur)

Paling gua ingat tatkala mengambik keputusan BI peringkat SPM.

Gua kalih keputusan BI dulu.

Tanda berupa cangkul tercetak disitu!

Sumpah.Gua rasa nak pitam jam-jam tu jugak.

Gua balik rumah sambil kira-kira mungkin gua akan mendapat peluang yang tipis untuk sambung belajar. Serius hati gua tak senang.Nak menjawab bebelan mak lagi.Ayah lagi. Arghhh kusut!!

Bapak gua pandang dari jauh. Gua respeklah semua mak bapak yang totally boleh faham perasaan anak-anak dengan tengok air muka saja.

Bapak gua tak banyak kira. Ambik terus keputusan SPM gua dari tangan sebelum meneliti semua keputusan.

Bila nampak symbol cangkul disebelah keputusan B.I gua, bapak gua senyum. Bukan sinis tapi ikhlas.

‘Kau dah usaha bersungguh. Tak apa dapat banyak ni pun’

Gua lega, Tuhan saja yang tahu.

Point yang gua ingin kongsi kat sini adalah tentang penerimaan mak bapak tentang siapa anaknya. Gua sedar mungkin mak bapak moden zaman sekarang sangat mementingkan IQ anak-anak mereka. Mak bapak pernah dengar peribahasa/proverb/bidalan ...

Dalam setandan pisang, tak semuanya elok?

Macam itulah ibaratnya anak-anak


Ini tak.Dihantar ke kelas itu, kelas ini. Kadang-kadang ada yang gua tengok si anak macam TERPAKSA je ikut semua schedule mak bapak. Dalam seminggu tu full schedule si anak mengalahkan bisnesmen drama swasta. Umur baru pat lima tahun!

Ada pulak siap marah-marah anak sebab tak menang sesuatu acara yang dimasukinya. Fahamilah wahai mak bapak sekalian! Jangan jadikan minda anda semua kelas ke tiga walaupun anda semua adalah pemegang ijazah kelas pertama.

Memang. Kita mahukan yang terbaik buat anak-anak. Siapa taknak, bai?

Tapi sekali lagi fahamilah keupayaan anak-anak. Jika kecik-kecik pun dah diterapkan ‘Kalau masuk pertandingan mesti menang’ maka kalau dah besar bila masuk pertandingan dan kalah,maka tak boleh nak terima kenyataan!

Terapkan nilai-nilai murni pada anak. Tak boleh tak apa. Peluang akan ada nanti. Jadah kau nak paksa-paksa buat apa?Biar dia mencorak masa depannya sendiri. Kita memantau. Mana baik, kita sokong. Mana tidak, kita tegur.

Jangan terlalu mencorak mereka mengikut kehendak kita. Gua yakin bila anak tu dah besar sikit, tak mustahil dia memberontak.

Sopan tak entry gua?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR