Thursday, November 03, 2011

Karat #11 : Sayang Bini Tinggal-Tinggalkan. Sayang Anak. Gua? Terajang!


Taip dalam keadaan laju bila si tuan blog sms gua petang semalam. Gua ushar blog dia dua hari lepas, update Ombak Rindu masih ada lagi. Kering benda nak merapu ke apa kawan gua ni ??

Dia tak update, biar gua update barang serangkap dua. Sesekali menulis, gua nak karang macam BM kertas dua!

Lu semua pernah dengar simpulan bahasa kat atas yang gua dah twistkan?

Alkisahnya gua bawak Kay balik kampung (bak kata tuan blog, gua macam nak bawak Kay kenalkan kat mak ayah sebagai menantu. Mangkuk ar lu!!!!). Sekarang musim hujan, jadi gua tak boleh nak hayak Kay kemana-mana. Apa barang ronda kampung naik Kelisa second hand gua? Walaupun boleh berlagak gilababi dengan orang kampung dan budak perempuan yang gua crush dulu (dia dah kawen sekarang dan anak tiga,gua pula masih bujang). Jalan berkepak dengan Kay! Bukan awek romantis!

Ok gua dah meraban.

Sambung citer.

Selang sehari lepak macam buaya tembaga dan Kay masih menyemak dinding FB, rumah gua didatangi Kak Mel, yang masih ada anak kecil. Anak dia kalau tak silap baya-baya anak sedara gua yang umur sembilan tahun. Nampak je gua lepak tertiarap kat ruang TV, slow2 dia bual dengan mak gua yang hidang baki goreng pisang dengan teh O panas.

Kal Mel bercerita tentang ketidakpuasan hati nya dengan sistem AUTOKRATIK lagi KUKU BESI di sekolah. Diceritakan lagi tentang bagaimana anak dia dirotan di tapak tangan sebab tak siap homework. Kesian sampai birat!

Ok panggil gua jumud, tapi gua rasa sistem mendidik dengan bawa rotan kemudian menghukum budak tak siap keje sekolah, main-main dalam kelas sewaktu belajar atau bertumbuk disekolah adalah sistem paling piau kalau nak jadikan budak sekolah lagi hingusan sebagai ‘manusia’

Katanya; Rotan tak releven di zaman sekarang. Hanya guru tertentu saja yang boleh bawa rotan. Rotan boleh nampak secara psikologi bahawa cikgu itu garang.

Ah shit! Kalau tak mahu didik anak dengan cikgu, pergilah homeschooling? Kan lagi senang. Anak lu pun terbela. Nyamuk pun tak berani gigit.

Gua dulu, kalau mengadu dengan mak gua. samada gua akan :
A) Dibebel balik oleh mak gua. Celotehnya je dah setengah jam dan membawak ke bapak gua.Bila bapak gua tau, itu dah jadi cerita lain bai. Yang penting bukan happy ending dengan bapak gua peluk cium cakap ‘alah siannya anak aku ni’

B) Mak gua ‘mem-padan-kan muka’ pada gua. Ayatnya begini ‘Padanlah muka kau. Siang kerja main sampai hitam! Malam melongo tengok TV. Padanlah muka! Kalau aku jadik cikgu kau, aku dah ganyang-ganyang dah kau ni!’

Jadi nak mengelak daripada dendaan makin bertambah, gua kunci mulut, bawak buku senyap-senyap dan siapkan kerja rumah

Sekarang bukan zaman rotan. Budak-budak sekarang kena dididik dengan psikologi.

OK! Sial la kenyataan ni. Masa kecik-kecik la nak lentur. Masa kecik-kecik nila nak rotan kalau malas buat keje sekolah, tak sembahyang, melawan cakap atau buat perkara tak elok.

Dah jadi kutu brahak nanti tak pasal ‘Tembak-mana-suka-anak-dara-orang’ lepas tu dapat ‘hasil’ gelabah tak tahu nak buat apa, tanam.

Fak !!! Lu ingat ni main tanam-tanam pokok ubi ke apa ?

Pergi jahanam dengan ‘tak boleh tegas sangat dengan anak nanti dia memberontak’. Sampai masa lu berlembut, berlembutlah dengan anak. Pandai-pandailan main suhu. Bila nak naik, bila nak turun. Jangan asyik naik je. Anak pun jadik benci. Jaga anak betul-betul. Harta tu der ! Mana boleh beli kat pekan sehari ?

Lu caya cakap gua, satu hari dia akan berterima kasih sebab didik dia macam tu.

Antara dendaan yang gua paling ingat
a) Kena cubit dengan cikgu BM di bawah ketiak sebab tak siap keje. Balik rumah mesti kat kawasan tu melecet dan pedih tiap kali mandi
b) Kena tampar dengan cikgu Sains sebab bising dalam makmal
c) Kena tulis ‘Saya Tak Ponteng Sekolah Lagi’ 1000 patah perkataan
d) Kena tampar (lagi) dengan cikgu apa ntah sebab sorokkan barang kawan

Cukupla empat je.Lebih-lebih kang nampak gua nakal nak mampus kat sekolah. Gua rasa kalau empat denda ni jadi kat kanak-kanak sekarang, mak ayahnya mesti yang lebih-lebih! Naik court! Cikgu bayar ganti rugi. Niat mendidik tak sampai.

4 comments:

Nazz@Purple said...

zaman berubah bro..cara didikan jga perlu berubah..memang anak2 skrang terlebih manjanya...tak bleh dirotan..tak bleh didenda sikit

Anonymous said...

betul!tak setuju gila! kalau tak mo kena rotan

dududk dlm hutan

MR. SYAH said...

haha.. masa sekolah rendah dulu selalu kena tarik sidebirn.. sakit tu.. bila naik sekolah menengah kena rotan kat bontot selalu.. tapi skang aku dgr bdk2 tak bleh nk sentuh dah.. cikgu slalu nmpk buruk.. kesian yg jd cikgu..

Muhamad Zaki Zafir said...

mak bpk dulu kena rotan tp harini jd org.budak2 zmn skrg xkena rotan+mak bpk berlmbut,ape pn x jd.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED