Thursday, November 10, 2011

Shortie: Deus-Ex-Machina

Siapa kau ni?

Orang yang sentiasa mengekori kau. Macam bayang-bayang kau !

Jantung Rizal berdegup kencang ! Sudah tiga kali dia menerima mesej asing daripada satu nombor telefon bimbit yang langsung tidak dikenali. Ikutkan hati, mahu saja dia buat laporan polis. Hidupnya tertekan. Fikirannya buntu. Dek kerana reputasi dia sebagai CEO SoundFex, sebuah syarikat audio terkenal Malaysia, dia sanggup mendiamkan segala gangguan yang mengganggu hidupnya itu.

Lebih-lebih lagi dari pengetahuan isterinya, Sofia.
Atau lebih teruk, si pengirim misteri memberitahu Sofia tentang hubungan sulitnya dengan Gina, model terkenal majalah Man Juice, separa playboy versi tempatan.

SMS alert dari telefon bimbitnya berbuyi. Tangkas jemarinya mengimbas skrin telefon.

Apsal diam?

Dia membalas geram

Eh Sukahati akulah, mangkuk! Yg kau sibok sangat pasaipa?

Wajahnya tegang. Kurang lima minit, si penghantar membalas. Siap ada smiley di hujung SMS menyakitkan hatinya itu.

Marah. Tau pulak marah ! Yg kau sakitkan hati bini kau sapa suruh ! Jangan ingat aku tak tahu. Spy aku merata. Aku spy lelaki gatal miang macam kau ni yg tak cukup sorang ni!

Rizal semakin sebal. Hendak saja dilontar android ke dinding. Biar berderang terhempas pecah.

‘Abang okey ke? Muka ketat saja ni? Ada masalah ke?’, suara Sofia melayah menerjah telinga. Android yang menjadi peneman lekas disimpan ke dalam poket, lantas memandang wajah isteri tercinta. Rizal senyum. Cuba menyembunyikan resah seribu yang bersarang di hati.

Kalaulah you tahu I ni buat dajal dengan you, Sofi! Nak ke you maafkan I?


Sofia mengurut bahu suaminya. Lemah lembut.

‘Abang penat ni. Tak banyak rest.Almaklumlah CEO kan?’

Rizal tersenyum lagi. Pandai Sofi melayan. Tapi kenapa dia harus curang ?

‘CEO dari syarikat ayah Sofi juga ? Kalau ikutkan abang ni eksekutif biasa je’

Sofia mengeluh nafas berat.

‘Abang ni ! Pleaselah ! Don’t say anything about that. You deserves it, bang. Sofi bangga punyai suami seperti abang. Bukan macam Fikri tu. Tak sudah nak mengampu ayah. Dah dapat jawatan eksekutif tu sudah-sudahlah!’

Sofia tiba-tiba naik angin pabila mengenangkan sepupunya Fikri. Lelaki yang cuba merampas dia dari tangan suaminya. Lelaki yang tak habis-habis melobi bapanya untuk mendapatkan jawatan CEO SoundFex. Malah menjadi duri dalam daging setiap kali suaminya membuat presentation dihadapan ayahnya.

Entah apalah yang hendak dikondemnya! Abang dah buat yang baik. Tak sudah-sudah nak dengki!

‘Abang nak minum?’, Sofia bertanya lembut. Memandang wajah Rizal, hati marahnya lekas surut. Lelaki ini ada magnet, barangkali. Tarikan yang kuat untuk melegakan tekanan.

Rizal mengangguk. Sofia lekas berlalu, lekas ke dapur.

Gelas highball diambilnya dari tempat letak pinggan mangkuk. Jus oren Marigold dipandangnya sepi tatkala pantas membuka peti ais dua pintunya. Melilau-lilau arah matanya mencari sekotak susu UHT kegemaran suaminya sebelum tersenyum memandang jenama Dutch Lady tersusun kemas di antara Jus Buahan Campur Peel Fresh dan sebotol besar Squash Lemon.

Telefon rumah yang diletakkan di dapur berbunyi minta dijawab. Sofia lekas meraih sebelum meletakkan ganggang itu ditelinganya.

‘Sofia bercakap. Siapa di sana?’

‘Fikri’

Sofia berdengus tidak berkenan.

‘Kau nak apa?’
‘Saja telefon malam-malam’
‘Banyak cantik muka kau nak telefon aku malam-malam. Aku ni isteri orang!’
‘Isteri bos aku je pun. Kau tetap sepupu aku’
‘Dah dah dah ! Jangan nak mengada-ngada boleh tak? Kalau penting nak bercakap dengan Abang Rizal, kau telefon esok.’
‘Aku bukan nak bercakap dengan dia. Aku nak cakap dengan kau’

Sofia hilang sabar. Nafasnya berhembus di hujung kata.

‘Kau ni tak faham Bahasa Melayu ke apa ? Aku kata esok. Esoklah!’

Ganggang diletakkan kasar. Meluat kalau melayan Fikri lama-lama. Buat menyakitkan hati buat apa?

Sofia lekas ke ruang atas banglo dua tingkatnya, mempedulikan tentang berita yang hendak disampaikan Fikri kepadanya. Berita tentang hubungan sulit Rizal dengan Gina!

**

Rasa bersalah dengan isteri sendiri?

Eh kau jangan masuk campur dalam urusan aku boleh tak, bangsat!

Bangsat kau panggil aku? Hey sedar diri sikit budak miskin!


Rizal terhenyek. Pengirim SMS misteri masih menghantui hidupnya. Siang malamnya kian terseksa. Pengirim misteri itu masih mengganggu.

Dan sekarang, si pengirim SMS sudah tahu siapa dia sebenarnya. Anak orang susah yang berkahwin dengan anak orang senang. Siapa pengirim ni?!

SMS alertnya berbunyi. Jemarinya lekas membuka inbox atas nama ‘X’ yang sudah disettingkan di dalam Androidnya.

Kenapa kau diam?! Kau tak sayang isteri kau ke hah?

Rizal membalas marah.

Sayanglah bodo! Suami mana tak sayang isteri!

Dahtu? Yg kau bodo sangat ada affair dengan Gina model separuh bogel tu apa kejadah?! Kalau kau tak sayang dia, kenapa kahwin dengan dia? Sepupu dia lebih sayangkan dia. Kau patut lepaskan dia dengan Fikri !


Rizal termengkalan memandang nama Fikri tatkala mengimbas SMS dari X.

Siapa pengirim misteri ni ?
Siapa X ?
Adakah orang suruhan Fikiri ?
Ataupun si Fikri !

Tak guna kau Fikri. Selama ni kau benci aku, ini sebabnya !

Jemarinya lekas menaip sebelum menghantar ke X

Tak guna kau Fikri! Kau usah bimbang. Semua mesej-mesej kau dah ku simpan cantik dalam inbox. Esok lusa, kau ditangkap atas tuduhan mengugut. Ucap selamat tinggal pada katil selesa kau dan makanan kegemaran kau tu!

Lima minit ditunggu.
Sepuluh minit berlalu
Lima belas minit bergerak.

Sejam…
Dua jam…

Rizal mengeluh lega.

Tidak boleh tidak, esok dia akan beritahu Sofia tentang perkara sebenar. Dia yakin Sofia boleh menerima (walaupun dia tidak fikir sangat kemungkinan itu) tapi yang paling penting, Fikri bakal ditahan polis!

Aku mahu lelaki itu menderita !!!

**

Hatinya menyumpah berang!!

Fak! Tak guna!!! Sial!!!!

Nokia 3315 miliknya terhumban ke dalam lubang tandas!! Bayangnya sudah lesap dipandangan!

Dia akui kecuaian nya. Malah tatkala menghantar SMS terakhir tentang betapa tak berkenannya dia dengan perangai Rizal menduakan isterinya Sofia. Dia juga menyesal atas menyetujui perkahwinan Rizal-Sofia, bukannya Fikri-Sofia. Tika amarah semakin meninggi, dia meletakkan telefon Nokia 3315nya di atas penghadang kaca, lalu dengan terburu-buru mengambil telefon bimbit itu sebelum ia meluncur jatuh berdentang di atas lantai marmar dan tanpa dirancang tercampak masuk ke dalam lubang tandas !

Sofia menghembus nafas kegeraman. Hatinya sakit melebihi sakit tatkala mengetahui si suami punyai hubungan sulit dengan Gina !

Tak mengapa. Mungkin ini sudah takdir ! Tapi kau jangan ingat kau akan lepas, Rizal ! Dasar tak tahu untung ! Apa faedah kau dapat bila kau curang, hah ?

Dan sekarang aku akan buatkan Fikri dan Rizal bercakaran. Fikri akan ku sungkirkan. Rizal mungkin berguna untuk aku. Otaknya geliga. Lepas habis aku perah ideanya, aku akan hancurkan dia dengan tangan aku sendiri!

Sofia tersenyum puas!

TAMAT

• Sesekali kita paranoid dengan pasangan/partner/bf/gf tak mengapalah. Jangan terlalu obsess. By rights, siapa suka dirinya beradala dalam ketakutan?

• Hati2 SMS dalam tandas. Mujur Nokis3315. Kalau BB mahal kau orang tu?? Nak-nak yang beli bayar bulan-bulan

4 comments:

ghost said...

dalam marahnya kita pada seseorang,kita tak menyangka orang yang paling rapat dengan kita lah yang menjadi penyebabnya.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

eh, kenapa ada shortie gini?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

maksud zara, dia guest writer eh?

Tahniah Deus!

Awesome!

Ami Manaf said...

nice~

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED