‘Kau nak apa? Tak malu ke terhegeh-hegeh datang sini?’
Kata-kata Ghous kejam. Izzla tersentak. Hatinya robek. Sedih.
‘Aidil rindukan abang. Sampai sakit-sakit budak tu dibuatnya! Baliklah bang!’
Izzla merayu. Jujur dia bukan perempuan sebegitu. Jenis merayu pada lelaki. Tetapi demi anak hasil perkahwinan dia dengan Ghous, dia turutkan juga permintaan si kecil itu. Dia dan Ghous berkahwin tiga tahun lepas. Itupun setelah hampir dua tahun cintanya pada lelaki-lelaki lain dirasakan tidak sesuai. Ghous tampan. Kaya. Bijak. Rebutan gadis-gadis kolej.
Dan dia yang bertuah, berjaya mendampingi Ghous. Mereka berkahwin atas dasar suka sama suka. Keluarga pun merestui.
Perceraian berlaku selepas Aidil berusia setahun setengah. Kanak-kanak sekecil itu bukannya kenal erti perpisahan. Makna perceraian. Jika Ghous mahu didepan matanya, dia akan merengek menangis. Jika tidak dipenuhi, budak lelaki itu demam dan sukar pula untuk sembuh.
Pertalian anak dan bapa memang sukar hendak diputuskan.
Sekali lagi wajah angkuh Ghous dipandang Izzla dengan penuh pengharapan. Berharap agar ego lelaki itu luntur dan mencair.
‘Kau tau kan kita cerai talak berapa ?’
‘Demi Aidil, bang ! Demi anak kita !’
‘Pergi jahanam ! Kalau dah muka kau pun aku tak mahu tengok, dengan anak kau pun aku tak ingin !’
Air mata Izzla merembes laju. Esak tangisnya mulai menggila.Tutur kata Ghous menggores hatinya !
‘Abang! Tolonglah! Tolonglah bang!’, pekik Izzla sambil memaut sambil menggoncang bahu bekas suaminya. ‘Jangan biarkan anak kita menderita, bang!’, tangis Izzla lagi sebelum kelihatan seorang wanita yang datang dari arah mana, menolak keras bahunya hingga tubuhnya jatuh berdebuk menghentam lantai berjubin.
‘Kau jangan ingat kau boleh sesuka hati datang ke sini nak merayu-rayu dengan suami aku?’, pekik Fazrina, isteri baru Ghous.
Fazrina juga kawan baiknya di kolej. Kawan yang banyak menyokong tindakannya ketika dia bersama Ghous satu ketika dulu.
‘Pergilah balik. Jangan sampai aku panggil polis dan heret kau macam banduan!’, herdik Fazrina sebelum mengambil penyapu lidi lalu menghalau Izzla seperti binatang. Ghous memandang bekas isterinya selamba sebelum meredakan amarah iserinya, langsung tidak kisah sikap biadap isterinya itu.
‘Mari masuk sayang. Jangan dilayan orang gila ni!’.
Sinis, mempedulikan Izzla yang tak ubah seperti pengemis.
Wanita itu redha.
Mungkin sudah nasibnya dituliskan begini.
Atau mungkin…
**
Empat Tahun Sebelumnya
Dahlan sudah siap. Kemeja berkotak yang dipakainya berkali-kali dibetulkan. Sekali sekala dikalihnya cermin. Sahari yang berada di meja makan memandangnya sambil tersenyum.
‘Suka kau, ya?’
Dahlan mengeling di balik biasan cermin.
‘Siapa tak suka kalau dating dengan awek beb? Ok la bro. Aku gerak dulu. Nanti kang masam mencuka muka girlfriend aku !’
Tak sampai dua minit, Dahlan lesap. Hasrat Sahari tersangkak. Hatinya berdetik. Sungguh tak berkenan dengan awek pilihan Dahlan. Tapi siapa dia. Nanti diberitahu, dikata cemburu pula.
Sahari cuba menjadi positif.
‘Aku harap kau bahagia, kawan!’
**
‘Lambat sepuluh minit! I boleh jadi batu tunggu you tahu!’
‘I’m sorry sayang!’
‘Sorry naik lori! Cair mekap tunggu macam ni!’
Dahlan senyum kelat. Nyata kekasih hati sudah merajuk. Mindanya tiba-tiba terang menyala. Sejambak bunga ros merah yang dibeli pagi tadi dikeluarkan dari arah belakangnya lalu dipersembahkan kepada buah hatinya itu.
‘For you! Especially for you!’
Gadis itu berwajah statik. Direnggutnya jambak ros merah itu tidak berperasaan. Diteleknya berkali-kali sebelum dihumbannya ke tanah.
‘Hey! You kalau nak pujuk I pun bukan cara murah macam ni, tahu!', pekiknya lantang. Matanya buntang memerhatikan Dahlan.
‘Listen to me you nerd! Kalau dengan Faris, anak Tan Sri Lokman, dia boleh beri I Gucci, Prada! Muzammil anak Datuk Johan, dia belikan I set Jimmy Choo, Edward, lelaki kacukan tu treat I dinner dekat Palace of Golden Horses! Kalau setakat bunga murah macam ni, hey nenek aku pun tak nak la!’
Amarah gadis itu tidak boleh dikawal lagi. Malah lebih teruk, banyak pasang mata menyoroti tindakan si gadis memarahi kekasihnya. Khalayak mulai membuat andaian sendiri. Dahlan tampak tak berpuas hati. Dipujuknya si kekasih dengan hati yang luhur.
‘Maafkan I sayang! I’m so sorry!’
Gadis itu tertawa mengekeh.
‘Siapa sayang kau ni ? Hey open your eyes la budak lurus bendul ! Aku nakkan idea kau je! Kau kan pandai! Aku nak lulus paper aku je! Dan sekarang, pergi jahanam kau ! Berambus dari hidup aku !’
Dahlan terpempan.
‘Apa ? Apa you cakap ni, sayang ! I ikhlas !’
Gadis itu sinis.
‘Pergi mampus dengan ikhlas ! Get the hell of my life !’
Dahlan tunduk merenung bunga rosnya yang sudah terhumban ke tanah.
‘Sampai hati you buat I macam ni?’
Gadis itu terpekik histeria. Lucu benar hatinya.
‘Hey, bukan takat kau sorang tau. Faris merayu-rayu, Muzammil siap nak bawa mak bapak, Edward siap nak suruh aku tinggal di London dengan dia. Get lost! Padan dengan semua mereka. Dan edisi terbaru adalah kau, Dahlan! Aku suka tengok lelaki-lelaki gilakan aku, kemudian aku kecewakan mereka! Seronok tak rasa ni?’
Dahlan merasa cukup malu. Dikutipnya kembali jambak bunga ros dari tanah sebelum berlalu dengan perasaan maha terhina. Hatinya tersiat. Berharap benar suatu hari nanti si gadis akan dapat pengajaran yang setimpal.
Gadis itu berlalu sebelum disambut kawannya yang berdiri dibelakang pokok besar sambil tertawa geli hati melihat Dahlan dihina teruk.
‘You go girl! Padan muka Dahlan. Memang tepat kau dump si Dahlan tak guna tu!’
Gadis itu tersenyum bangga. Sedikitpun tidak merasa sesal.
‘Jom, aku kenalkan kau dengan Ghous !’
Minat gadis itu tertarik.
‘Ghous? Anak taukeh minyak di seberang?’
Kawannya mengangguk bersetuju,
‘Bukankah Amelia Datuk Yusof tu girlfriend dia? Hate that girl! Perasan bagus!’
Muncungnya timbul. Si kawan hanya mengangguk bersetuju.
‘Ye betul! Memang si Amelia! Tapi kau nak tak ke dengan Ghous?’
‘Naklah! Siapa taknak lelaki tinggi lampai tu!’
Kawannya tersenyum nakal.
‘Malam ni aku akan kenalkan kau dengan dia, Izzla!’
Izzla memandang wajah Fazrina dengan kemegahan.
Aku akan jadikan Ghous milik aku, sebelum aku permainkannya!
Izzla tersenyum!
Tweet

Karma is a bitch!
But History has a way repeating itself!
But History has a way repeating itself!
TAMAT
10 comments:
setuju!
pasti ade kisah silam disebalik kisah hari ini yg menjadikannya sebegitu..
terkena balik kat batang hidung. haisyh. dunia.
i kesian kat aidil. tak pasal-pasal tersepit di celah-celah cornflakes, eh, konflik.
permainkannya???
uhhh
>.<
Nazz@Purple --->kita akan dibayar cash kat dunia.
tq baca nazz:)
hanaahmad --->kejap dekat atas, kejap dekat bawah
shandye. --->cornflakes buat biskot.eh!
yup!
bila kita wat sesuatu tindakan, kena ingat, ia mungkin akan berbalik kat anak cucu kita
mr.syazwan --->never expect the consequences later sebab kita pun tak tahu apa yg bakal terjadi
dah lama aku tak baca cerpen kau.ternyata itulah pulangan yang diterima selepas apa yang kita perbuat.
sangat menarik.Izzla patut lebih banyak menerima keadaan itu.
ghost writer ---> aku akan publish setiap selasa:) baca tau bro!hehe
TQVM
Btw, sekarang ni bayar tunai je:)
Post a Comment