Thursday, October 13, 2011

Karat #8:‘Kay, Cinta yang “sebegitu” Takkan Boleh Kekal’


Gua diberitahu, pemilik blog ke program BTN di Pontian,Johor bermula 13 Oct (Harini) sampai 15 Oct (Sabtu nanti)
Justify Full
Mampus la gua update bermuka muka surat! (ok gua konpius muka surat dengan page web.Gua bukan budak IT. Gua cikai je!)

Lama gua tak cerita pasal Kay. Housemate gua yang ‘special’ tu.

Kay, walaupun mulutnya meriah macam mulut Makcik Senah depan rumah gua kat kampung, tapi hatinya baik. Dia tahu gua bukan jenis layan Channel E kegemaran dia, bila gua ada dekat rumah, setakat ni tak pernah lagi dia pelawa gua tengok sekaki!

Tapi, satu hari Kay datang dekat dengan gua. Lepas dia belanja gua sate. Bapak sedap sate tu! Benda free bai ! Mana tak sedap ! Orang bagi, gua pancung !

Berbalik pada Kay.

Dia putus cinta.

Lagi.

Ok. Bab cinta Kay dan kesongsangan dia, gua tanak campur walaupun gua ada tanya juga, bila dia nak berubah. Ada isteri, ada anak.

Dia tanya gua balik.

‘Ada ke perempuan nak dengan I olls ni, nok! Lipas ada dekat rumah, I yang overreact!’

Gua dapat bayangkan Kay melompat atas kerusi bila tengok bininya yang lebih berani membunuh lipas tu. Mampus aku kalau Kay baca entry ni.

Kay dakwa ‘ketakutannya’ akhirnya menjadi kenyataan. Ketakutan dimana si buah hati mintak permission untuk break up sebab nak kahwin!

Kay kecewa. Gua lah tempat dia luah perasaan. Maki hamun dia pada buah hati jatuh kat gua. Dia ingat gua ni dinding ke, apa?

Tapi sebab Kay housemate yang sangat baik, gua dengar juga walaupun adakala gua nak termuntah sebaldi dua. Gua cakap pada Kay. Sikit lebih kurang macam nasihat lah. Gua pun bukan baik sangat. Tapi dalam masa-masa Kay memerlukan macam ni, Gua rasa, gua boleh jalankan tugas sebagai sahabat.

‘Cinta yang sebegitu takkan kekal, Kay! Perfect mana pun kau, lelaki tu tetap nak keluarga. Tetap nakkan anak dan wanita. Itu lumrah ! Perempuan ada apa yang lelaki takda. Lelaki ada apa yang perempuan takda. Habis kalau lelaki ada apa yang lelaki lain ada, apa yang kau boleh dapat ?’

Kay merenung gua. Matanya yang merah, makin merah lagi. Bengang dan Kay macam nak membangkang habis cakap gua. Gua tahu Kay mesti nak menang punyalah!

‘Kasih sayang! I boleh hidup dengan kasih sayang!’

Gua nak termuntah lagi. Kasih sayang watdehel!

‘Ok macam nilah Kay. Bayangkan kau dah tua. Muka kau kerepot, muka dia kerepot. Kau berdua sanggup nak jaga satu sama lain? Kau yakin dia takkan tinggalkan kau? Kau yakin dia nak bersama kau sampai mati?’

Kay diam. Gua rasa ayat gua dah menyetapkan hati dia. Gua kira apa! Cinta sebegini bagi gua takkan kekal lama. Susah! Apa motif cinta sesuatu macam ni? Kesetiaan? Kejujuran? Atau seks semata-mata?

Gua harap Kay berubah !

*Jahanam kerja gua kena rejek lagi dengan bos! Gua guna bajet yang ada bos! Bila gua minta lebey, lu kedek !

**Kesibukan gua membuatkan masa dating gua terhad!

5 comments:

Nazz@Purple said...

belum smpai hidayah lagi kat kay tu..insyallah suatu hari nanti dia pasti berubah..

Seri said...

Kay oh Kay

ghost said...

pada mulanya hanya pada seks semata-mata.seterusnya,kebosanan dan akhirnya perpisahan.terkontang-kanting juga ditinggalkan.

hanaahmad said...

bagus ada kawan macam kau ni. hrp2 kay berubah. meh kenalkan kat aku. biar aku kasi lurus. hahahahaha

Muhamad Zaki Zafir said...

adui.kay,ini sgt x okay,kay? wahaha.xtau la.prsekitaran memainkan peranan.myb bile tgk kwn2 rpt dh brkluarga mnimang anak,nnti die akan brubah insyaAllah.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED