Panggung kepala.
Berat.
Hati menyumpah.
Jahanam.
Mulut nak buka. Minda nak bersuara.
Hampa. Sepatah langsung tak kata.
Mata perhati sekeliling. Kabur.
Warna terang makin menyusut kelabu.
Semua nampak sombong. Bak kata Joy kawanku, semua berperangai #retis. Sundal! Mana Joy? Jangan kata dia bercengkerama dengan teman kougar nya di bawah sinaran neon celaka kota maha busuk ni! Aku jelak dengan moral Joy yang layak disumbatkan dalam lori DBKL. Hendak dicekik, teman serumah!
Aku berdiri di tengah kumpulan manusia yang cegih di muka. Masing-masing berbisik curiga.
Aku pedulikan manusia sombong itu. Ia langsung tak membusutkan dendam. Aku tahu, aku seperti mereka. Mereka yang cuba keluar dari sinar kelam dalam usaha untuk mencari jalan terang.
‘Kan aku dah kata, jangan mula!’
‘Bangsat! Jangan nak hamput amarah kau depan muka kami! Dah jadi macam ni baru kau nak celik?’
‘Dahtu? Kau nak buat apa sial? Membebel macam mak nenek! Jangan sampai aku pecah kan muka kau!’
Tiga lelaki bercakaran. Balutan merah melilit tangan, berselemu di hujung dipedulikan. Titisan air entah dari mana membasahi mereka, juga yang lainnya.
Meraka berbisik. Kelihatan yang paling dempak masih member arahan seperti mandor. Dua dari mereka menurut bodoh, lalu berdesup hilang dicelah kelompok manusia ramai tadi. Keadaan sesak menyukarkan aku untuk melihat keriuhan manusia. Pandangan kelam ku yang kelabu tadi semakin berasap (membuktikan bahawa perkataan kelabu asap memang wujud). Asap yang semakin pedih dek pandangan mata, tatkala pandangan ini tertancap pada sekujur tubuh kaku, tertiarap di atas tar basah.
Aku pandang jasad itu dalam-dalam. Mungkin penyebab tiga lelaki tadi bercakaran.Aku lihat bajunya. Sama. Jeans bundle lusuhnya. Sama. Capang telinganya. Sama. Tahi lalat di leher. Sama.
Sama sepertiku!
Dan dari protes kekecohan ‘Kami Membantah Kenaikan Minyak Sepuluh Sen’ ada nyawa sudah terkorban.
Kelabu perasaan?
Kelabu tindakan?
Atau manusia sudah kelabu dengan wang, maka ada marhean yang perlu dikorbankan demi menuntut secebis keadilan…
Tweet

7 comments:
yup inilah satu-satunya novel fixi yang paling tebal buat masa sekarang.pasti aku jugak tak ketinggalan utk dapatkan novel nih.
hari tuh aku menang contest fixi kat twitter.dapat novel zombijaya. :)
NO MALAY NOVEL PLEASE!!! Ko mst kenal aku bila ko cakap pasal citer melayu...
*Semua orang ada taste sendiri ok.. JANGAN CONDEMN...
*Note: khas utk orang yg rs nak condemn aku...
aku pun nak dapatkan novel ni. mesti best!
ghost writer ---> cop! kira ko ada akaun twitter la??hahaha
Anon---> Ok encik Anon.Mungkinlah saya kenal awak sebab ramai juga kawan2 saya tak tengok atau baca novel melayu.Saya ok je.
Macam hina sangat je cerita/novel melayu ni kan?
Setakat saya hidup ni, saya tak pernah condemn orang yg tak tengok/baca novel melayu.Semua orang ada pilihan, kan? Semua orang ada hak untuk memilih. Tak suka, tak paksa. Saya hormati keputusan awak tak mahu tengok atau baca.
Tapi, it seems awak marah orang lain, alih2 tempiasnya kena kat saya? Apa ni? Tak baik tau buat macam tu:)
Janganlah bubuh anon tu.Bubuh nama yang saya kenal lain kali, ya:)
Terima kasih sebab sudi singgah kat blog saya yang tak seberapa ni :)Lain kali singgah lagi. tatatititutu:)
hanaahmad --->yup! novel fixi adalah menongkah arus!satu piece yang wajar dibaca!
wooo gaya macam best...
lama tak baca novel..
sbb baca novel selected..
atau yang disarankan olrh rakan-rakan..
byk sgt novel di pasaran.. tak tahu mana nak beli..
baca entri macam membantu...
wajar dicuba.. akan dipertimbangkan...
singgah di sini.. usha entri usha iklan. klik..
Post a Comment