Thursday, December 15, 2011

MAM: Ketupat Goreng


Lama gila kot aku tak buat slot ni. Entry last masa bulan 4 lepas. Oh, btw slot Karat akan kembali pada 29 Disember 2011, menutup tirai slot itu yang setakat ini sudah menyiarkan 13 edisi. Terima kasih atas sokongan korang:)

Siapa pernah makan ketupat goreng? Alah baki-baki ketupat di hari raya yang tak habis, maka dijadikan ketupat goreng, dimana cara pembuatannya sama macam nasi goreng.

Al maklumlah, tanak membazir punya pasal.

Let's go economical,people!hehe Shall we?

Bahan-Bahan
8-9 biji Ketupat yang sudah dipotong dadu

Bahan Kisar
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 ulas kecil halia
5-6 batang cili padi (ikotlah kalau nak pedas, tambah bagi)
3-4 ulas cili kering, dibuang biji,direndam dalam air panas
Ikan bilis ikut suka, dibersihkan
Sedikit belacan, dibakar.

Minyak untuk menumis
Garam, Serbuk Perasa

Cara-Caranya
1. Tuangkan minyak.Panaskan
2.Tumis bahan kisar, around 2-3 minutes sampai 'terangkat' baunya. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masak dalam kadar api yang sederhana. Jangan sampai garam tu berketul dalam ketupat goreng korang
3.Masukkan ketupat yang dah dipotong dadu. Kacau rata dalam 3-4 minit dan agak sedikit kering.
4. Dah siap dan bolehlah mencekik:)

BoldGambar tak berapa nak appetite.Guna camera aino.hahaha


* Ok benda ni sangat senang. Nak sedap, bubuhlah telur masa tengah menggoreng tu. Kacau cepat (quick stir) setelah telur dimasukkan dalam kuali. Ini mengelakkan telur daripada berketul di satu tempat saja.

** Hati-hati semasa membubuh garam dan serbuk perasa disebabkan adanya belacan. Belacan sendiri mempunyai kadar sodium yang tinggi. By rights siapa nak hypertension masa usia muda kan?

*** Bahan lain yang boleh juga diletakkan seperti potongan kecil kacang panjang, sayur campur atau hirisan ayam.Takdala nampak ketupat goreng tu dull je. Pastikan juga ketupat yang digoreng betul betul kering.Sebab ketupat ni ada sedikit moisture semasa kita menggoreng (technically disebabkan oleh bungkusan ketupat tu sendiri)

Selamat mencubaaaaa....

Justify Full

16 comments:

asyraf ahmad said...

OK...pagi2 mcm ni aku dah rase lapar dah....lol

to my blog - Acapsuur (>,<)

DaddyDian said...

ni dulu aku kt johor kitorang panggil lontong goreng.. tapi tak banyak warung ada.. mmg sedap..

Lelaki Ini said...

sedap!

hanaahmad said...

pergh..telan air liuq tengok tapi musim sekarang susah nak cari ketupat, nak buat tak reti. hue hue hue

Nazz@Purple said...

ok..faizal..tq..lain kali kalo ade ketupat lebih kat umah..nak try..;)

Asrul "iLham" Sany said...

twin aku pernah masak benda ni

sodap :D

FaizalSulaiman said...

asyraf ahmad ---> cuba wey.rugi tak cuba:)

FaizalSulaiman said...

DaddyDian---> kan bro? sedap kot benda Allah ni

:)

FaizalSulaiman said...

Lelaki Ini ---> sila cuba, umar. buat dan rasa sendiri. best!

FaizalSulaiman said...

hanaahmad ---> ala ko pakai ketupat adabi tu je boleh ape.hehehe

FaizalSulaiman said...

Nazz@Purple---> ketupat pun boleh.nasi impit pun besh!

FaizalSulaiman said...

Asrul "iLham" Sany---> ko ada twin?

cite sket:)

:: Cik Nur :: said...

amboii..buka2 belog ni, terus rasa lapar...

Hee...^__^

ketupat goreng ni belum pernah cubalah. musin skanrang ni, susah nk cari ketupat..tapi kalau di pakai ktupat segera tu pun boleh kan??

apa2pun, insyaALLAH..cuti2 boleh cuba.. :)

FaizalSulaiman said...

:: Cik Nur :: ---> hahaha

tq cik nur. selamat mencuba!

yup.pakai ketupat segera tu pun boleh:)

ghost writer said...

haha..nih 1st time aku dengar ketupat goreng.macam salut dengan perencah jer gayanya.

FaizalSulaiman said...

ghost writer---> haha ala bro.macam buat nasi goreng je:) senang gila:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR