Friday, December 09, 2011

Review: Masa itu Nyawa (In Time)

Kali terakhir menonton filem omputeh (Hollywood) adalah menerusi Friends With Benefit, persembahan penuh erotic (bagi aku lah) Justin Timberlake dan Golden Globe Nominee si cantik Mila Kunis aka lesbo gila dalam ‘Black Swan’

In Time adalah sebuah filem sains fiksyen. Filem sains fiksyen ini dasarnya menceritakan tentang masa. Manusia di zaman 2161 akan ‘menyimpan’ zaman tua pada usia 25 tahun menerusi ‘genetic alteration’. Bila dah sampai umur 25, mereka ada pilihan untuk hidup beribu tahun lagi atau memilih untuk mati. Cara nak hidup, adalah dengan recharge ‘masa’ jangka hayat . Tak kiralah. Kerja ke, mencuri ke, pajak tanah belakang umah ke, what so ever kan? Nak hidup punya pasal.

Masa umpama nyawa. Dah macam jam

Premis cerita Andrew Niccol ini segar. Segarnya sama seperti filem sains fiksyen-thriller Contagion (yang masih belum sempat ditonton). Will Salas (Dimainkan dengan baik oleh Justin Timberlake. Dulu bandboy nampak kaku bila berlakon bagai) hidup dengan penuh sederhana dengan emaknya yang masih HOT yang terpaksa berkongsi ‘nyawa’ dengan masa akibat kos sara hidup yang maha tinggi cekik darahnya. Siapa tahan beb kalau tiap kali nak beli barang ‘Cas sebulan dari masa anda telah diambil’. Kalau dapat hidup lagi 4 bulan tak ke naya?

Lelaki yang beri nyawa, kerana hutang nyawa


Mak Will yang HOT! Guess what, she's 50!

Will bekerja kilang secara tak langsung menyelamatkan lelaki dari gangster ‘Pencuri Masa’ (literary nak curi nyawa lah). Well nak membalas jasa, lelaki itu memberi Will seluruh hidupnya yang masih berbaki 116 tahun sebelum membunuh diri dan disinilah hidup Will berubah. Apatah lagi selepas bertemu dengan si gadis cantik anak orang kaya; Sylvia Weis.

Penjahat si pencuri masa dengan Brit Acent!

Filem ini seakan homage bagi sebuah kisah benar yang terjadi di US (selain kisah benar Ailen Wournoss atau Jeffry Dehmer). Mungkin juga tribute kepada filem ‘Pulp Fiction’.

Macam The Adams Family le pulok! Dari kiri, Mother in Law, Middle, Wife. Third, Daughter! Gotcha!

Method nya mudah. Si miskin, berontak, bertemu si kaya, larikan diri, pistol dan crime lalu membongkar kejahatan sebenar. Eh, macam MV Britney ‘Criminal’

Beebop Black Seyfried.Misterius!


Karya ini pantas, sampai aku pun agak susah nak cari chemistry antara Seyfried dan Timberlake, tak macam Timberlake dengan Kunis.Tapi towards the end, sifat kimia tu dah dijumpai. In Time bukanlah yang terbaik buat Seyfried, I can tell. Aku masih ingat watak paling diingati dibawaknya iaitu menerusi filem Mama Mia. Dalam filem tu aku enjoy walaupun si manis ni nampak berusaha keras di samping Meryl Streep, Julie Walters ataupun Pierce Brosnan. Sylvia Weis di tangan Seyfried kelihatan tidak berdimensi tetapi sedikit misterius!

BoldNyawa satu million.Siapa nak?

Cillian Murphy mungkin menjadi villain yang paling tak best dalam Batman Begins. Tapi menerusi TimeKeeper Leon (seperti polis), karakter Leon menyerlah. Dia terdesak bila Will mencuri masanya. Masa dah tinggal sikit, nak buru Will dan Sylvia lagi. Mampus! Sempat ke?

In Time mengajak penonton berfikir tentang kehidupan marhaen pinggir bandar yang hidup sekadar ada. Yang terikat dengan status quo kuku besi. Makan pakai sekadar cukup. Banyak masa, bimbang dicuri. Sikit masa, takut hajat tak sampai. Mereka yang ‘banyak’ masa selalunya akan ‘membazirkan’ masa yang ada.

Mereka yang ‘suntuk’ masa, sedaya upaya untuk spent kepada loved ones.

Cuba bayangkan masa itu ‘nyawa’ kita. Aku boleh kata, takkan ada manusia berani bazirkannya!

"For few to be immortal many must die”

7 comments:

Adam Mikhail said...

terbaik la siaa cerita ni. ia membuatkan gua menghargai masa sekarang ni :p

Faizal Sulaiman said...

Adam Mikhail --->kan? kalaulah masa kita ni macam nyawa kita, tak ke haru! surely takkan dibazirkan!

NusrahYahya said...

mcm menarik...pasti akan ditonton...=)

Contagion..akak dh tgk tp bg akak citenye x bgitu menarik minat..hehe...

Anonymous said...

dah tgk!
aku sgt suka cerita nieyh :0

Faizal Sulaiman said...

NY---> jangan lupa tonton kak.pasti tak rugi!:)

Faizal Sulaiman said...

Lelaki Ini ---> buat kita hargai masa, kan?

Anonymous said...

perghh
review die...mantap
relate dgn timeframe movie2 hollywood...
hebat seh

bwalking here
please do visit mine at
to my blog - Acapsuur (>,<)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED