Friday, December 23, 2011

Review: Cinta dan Restu Ibu Bapa (Di Bawah Lindungan Ka’bah)

Filem dari Indonesia ini dikatakan sebagai filem paling mahal dalam pembikinan, malah tempoh pengambarannya juga lama. Ini dapat dilhat dengan set kampung Padang dengan struktur Minangkabau, Kota Makkah pada tahun 20-an (sangat believable!!), pembinaan masjid kecil, busana pelakon dan satu set kincir air gergasi yang menunjukkan bahawa setting filem ini menerangkan penduduk kampungnya sebagai petani.

Di Bawah Lindungan Ka’bah ditangani oleh Hanny R Saputra yang sebelum ini cemerlang dengan beberapa filem cinta seperti Heart dan Love is Cinta

Di Bawah Lindungan Ka’bah adalah kisah adaptasi dari novel pengarang tersohor Hamka dengan judul yang sama. Rasanya ini bukan pertama kali novel ini di layar perakkan.Tak silap ia pernah difilemkan dulu.

Jainab dan Hamid.Sweet je

Filem ini membawa korang ke zaman 20-an di Padang menceritakan tentang kisah dua darjat muslim antara Hamid dan Jainab (aku lebih suka nama Jainab berbanding Zainab sebab lebih klasik) yang saling menyukai dalam diam. Jainab bermimpikan untuk berkahwin dengan lelaki yang mencintainya manakala Hamid mahu menyempurnakan hasratnya untuk ke Tanah Haram.

BoldSuka babak ni

Penentangan terhadap cinta mereka terhalang apabila Hamid menyelamatkan Jainab dengan teknik CPR-pernafasan mulut ke mulut- yang membawa kepada pandangan keji masyarakat kampung.Hamid diusir kampung, ibunya (dimainkan dengan sangat cemerlang) sakit lalu Jainab tak keruan.

Memburukkan keadaan apabila bapa Jainab meninggal dunia ketika perjalanan ke Tanah Haram dan ibu Jainab (aku suka lakonan Widyawati Soophian) seperti memaksan Jainab untuk dijodohkan dengan Ariffin, seperti yang dijanji semasa Almarhum ayah Jainab-Ungku masih ada.

Percintaan dua darjat

Novelnya aku tak baca, jadi seratus peratus review ini berdasarkan pandangan seorang audien saja. Dari segi pengadaptasian, aku dah membaca few bloggers (Mostly dari Indonesian) yang mengatakan filem ni tertinggal beberapa elemen penting seperti hak wanita (isu feminism) yang kuat dari Jainab mahupun pemberontakan masyarakat Muslim menentang Belanda pada tahun itu. Aku melihat nama Armantono (penulis lakonlayar untuk blockbuster Ombak Rindu) juga Titien Witiemina—Penulis lakonlayar bersama dalam filem Love (arahan Kabir Bhatia, adaptasi dari Cinta).


Jalan ceritanya mungkin sedikit songsang pada novel. Tetapi kata bual (dialog) filem ini tersangatlah INDAH! Barisan pelakon yang dipilih pada mulanya kelihatan agak miscast tetapi keserasian antara Laudia Cynthia Bella dan Herjunot Ali menyerlah selang minit seterusnya. Herjunot Ali sebagai Hamid tampak polos. Tapi tetap tak boleh banding karakter Khilodi Asadil Alam sebagai Khairul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih.

Setting filem ini menawan. Temanya juga jelas. Mungkin sebab latarnya zaman 20-an dan masyarakat-masayarakat yang sangat jujur, cinta yang tak melebih-lebih (peluk-peluk, pegang pipi sorts of), ketaatan anak kepada orang tua, orang muda yang sanggup meredah lautan luas untuk menuntut ilmu, belajar ilmu agama selain tutur kata yang sangat mudah difahami lenggok bahasanya. Sisi miskin Hamid dan kaya Jainab juga teserlah dengan permainan warna terang dan gelap.

Aku suka kata bual ini:

Inilah harkat perempuan yang mulia dan bermartabat, dengan lima sifat utama. Benar, jujur, pandai, fasih terdidik,dan bersifat malu.Dari merekalah kita dilahirkan.Kepada mereka lah kasih sayang kita, kasih kita seharusnya berada

Overall cerita ini bukanlah filem islamiah terbaik yang ditonton dari seberang tambak. Jika diberi pilihan, aku lebih suka menonton Perempuan Berkalong Sorban. Intipati feminism nya lebih menyerlah. Watak Revalina S Temat kelihatan lebih bernyawa berbanding Laudia C.Bella. Malahan watak Widyawati dalam P.B.S juga lebih berdimensi berbanding watak orang kaya dalam D.L.K ni.

Mungkin kalau direktornya Hanung Bramantyo?hehe



*Sudah menonton We Need to Talk About Kevin! Horrific!!! Pertama kalinya saya melihat imbasan Oscar dalam watak Tilda Swinton yang selama ini saya agak annoy dengan lakonannya.lol

9 comments:

shandye. said...

belum berkesempatan menonton. tapi based on gambar2 n cuplikan nampak macam best. huhuhu...

Hafizzuan Ab Wahid said...

Kota Makkah pada tahun 20-an tu sgt interesting, look forward to watch this by my own..thank you for the headsup !

FaizalSulaiman said...

shandye. ---> yg boleh i katakan, lebih baik dari ombak rindu, dari segi pengisian

FaizalSulaiman said...

Hafizzuan Ab Wahid ---> beres! i tengok, its believable. tak da nampak kartun pun

haku said...

aku dah tengok, selepas setengah dekad membaca buku tu, so dah banyak lupa2 scene dalam buku.


selepas tengok movie ni, aku rasa, bahagia gila! sebab dapat dengar bahasa yang sopan, dan teratur pada masa sekarang ni, yang katanya moden dan maju, sampai tak reti dan berbahasa.

dan aku rasa aku perlu seminggu untuk neutralkan diri aku supaya tak jadikan watak-watak hamid dan zainab jadi watak dalam mimpi aku. serius! memang mengesankan.

haku said...

aku dah tengok, selepas setengah dekad membaca buku tu, so dah banyak lupa2 scene dalam buku.


selepas tengok movie ni, aku rasa, bahagia gila! sebab dapat dengar bahasa yang sopan, dan teratur pada masa sekarang ni, yang katanya moden dan maju, sampai tak reti dan berbahasa.

dan aku rasa aku perlu seminggu untuk neutralkan diri aku supaya tak jadikan watak-watak hamid dan zainab jadi watak dalam mimpi aku. serius! memang mengesankan.

Anonymous said...

satu lagi citer indon yg best: filem 5 cm, adaptasi dari novel jugak.

Anonymous said...

aku lg suka filem SANG PENCERAH dan BIDADARI BIDADARI SURGA.

eri karinih said...

fyi...novel Buya Hamka yang berjudul Tenggelamnya kapal Van Der Wijck pun konon sedang di buat filmnya.Semoga lebih hebat dari film Di Bawah Lindungan Kabah.Ini ada beberapa film recomended from indonesia yang menurut saya cukup menginspirasi juga:
1.5 Cm
2.Negeri 5 menara
3.Habibie Ainun
4.Tanah Surga Katanya
5.Demi Ucok
6.Lovely Man
7.Cita-citaku Setinggi Tanah
8.Atambua 39 Derajat Celcius
9.Belenggu
10.Rumah Di Seribu Ombak
11.Peraku Kertas
12.Modus Anomali
13.Mata Tertutup
14.Soegija
15.Hello Goodbye
16.Kita vs Korupsi
17.Rectoverso
18.Sang Pialang
19.Cinta Tapi Beda
20.Dilema
salam damai dari Indonesia and don't call us indon.Panggil kami Indonesia saja or Indo pun cukup

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR