‘Saya nak tolong mak’
‘Jangan harap. Mak tak nak kau susah macam mak’
‘Susah senang kita sama-sama’
Salmah senyum. Raut wajah anak lelakinya, Baim diraup perlahan.
‘Mak nak kau ke sekolah. Belajar. Jadi budak pandai’
‘Ilmu pelajaran kat mana-mana boleh cari, mak!’
‘Pandai cakap. Kau ingat senang nak cari duit?’
Sindiran ibunya mengundang senyum pahit di wajah Baim. Bungkam tak bercakap.
‘Jadi orang pandai. Jangan jadi orang yang menyusahkan. Jangan gelapkan masa depan’
Salmah memujuk. Dia tahu Baim makan pujuk. Di usap lagi rambut ikal Baim.
‘Mak akan pergi. Selagi lintah-lintah darat tu tak datang ganggu hidup kita. Selagi mak tak habis bayar hutang mereka, selagi tu mak takkan balik’
‘Tapi kan ayah yang pinjam. Kenapa mak yang kena tanggung?’
‘Ayah sebahagian dari mak. Sebahagian dari hidup kamu. Jangan salahkan apa yang dah jadi. Tempuhi hidup dengan berani’
Baim angguk. Paksa diri untuk menelan sesuatu yang pahit. Belajar untuk terima kenyataan perit.
Salmah menghela nafas memerhati kegelapan malam sambil Proton Saga milik kawannya Rohana masih terparkir di bahu jalan. Kelihatan raut Rohana dari dalam kereta keruh tak keruan, menyebabkan Salmah lekas memeluk anaknya erat.
‘Mak pergi dulu, Baim. Ingat! Jadi manusia!...dan apa pun yang terjadi, jangan sesekali menyerah dalam hidup ’
Baim angguk. Kolam matanya bergenang. Tetapi cepat ditahan. Anak jantan, dalam mana keadaan apapun, hati perlu waja. Teguh kerikilnya menempuh badai yang datang menghempas.
Salmah menuju ke Saga perak Rohana, membuka daun pintunya lekas sebelum duduk selesa. Tanpa banyak soal, kereta itu memecut pantas sebelum membuat lencongan ke Bukit Hantu.
‘Kau pasti apa yang kita buat ni, Sal?’
‘Semestinya’
Saga menderu memecah sunyi Bukit Hantu. Tampak satu ruang yang agak luas tatkala lampu sorotnya melewati jajaran pohon sena yang mencuar tinggi.
‘Kat sini aku rasa sesuai’
Rohana ikut perintah. Saga diparkir segera. Enjin kereta dimatikan.
Senyap
Dua wanita ini bingkas membuka bonet kereta, lalu dibalik sinaran bulan terang benderang, terdedah satu bungkusan hitam besar berbodong kelihatan agak sukar untuk diangkat bebannya.
‘Kau masih ada pilihan, Sal! Ni bukan kerja kita! Kita tak buat benda-benda macam ni!’
‘Aku terpaksa, Ana. Anak aku nak sekolah. Nak pakai duit. Kalau bukan dengan cara ni, cara bagaimana lagi? Roslan pula hutang lintah darat. ’
Rohana terkekau. Wajahnya pucat.Bungkusan sederhana besar dan wajah sahabatnya Salmah diperhati silih berganti.
Antara mahu dan tidak. Akal sedang dipintas nafsu sekarang.
Salmah memaut bahunya lembut.
‘Kau sendiri mahu ke kota. Mahu mulakan hidup baru. Aku pulak nak selesaikan hutang-hutang lintah darat jahanam tu. Kita tersepit dalam keadaan, Ana!’
‘Aku lebih suka kita tak terlibat dalam hal ni’
‘Kita terpaksa!’
‘Kita patutnya mempunyai jalan pilihan’
‘Tapi kita sendiri tersasar. Jalan apa yang kita ada?’
Salmah mencapai tangan Rohana. Digenggamnya erat.
‘Dalam hal macam ni, kita tak banyak pilihan. Kita cuma ada ruang sempit dan sikit cahaya. Kita pilih sama ada gelap atau terangnya saja’
Rohana diam. Wajahnya sayu.
‘Kejarlah impian kau atas usaha kita kelmarin. Masa gelap ini biar aku uruskan sendiri. Kita perempuan biar berdikari. Jangan harap pada lelaki semuanya! Kau berhak menentukan siapa diri kau, Ana’
Salmah menatap wajah sahabatnya buat kali terakhir sebelum membiarkan Rohana pergi meninggalkannya bersendirian menguruskan saki baki sisa kegelapan dalam hidup mereka…

Tamat
*Mungkin ramai membuat tekaan apakah yang dilakukan Salmah dan Rohana. Well, jika anda pembaca yang pandai mencari clue yang subtle disini, aku tepuk tangan dulu ye:) Clue yang subtle tu boleh jadi banyak kebarangkalian
Tweet

10 comments:
boleh bt nazz berfikir sepnjang hari nie..apa yang dilakukan Salmah dan Rohana nie..apa dlm bungkusan tu..?
Emm apa benda tu?takkan mayat plak...haha
Emm dadah??
Salmah dan rohana join MLM pastu jadi kaya dlm masa setahun.
huhu
aku buta drama.cerita.maaf...
hehehe
Ur blog should be in my bwalking list 2012?check it out at ACAPSUUR
dalam bungkusan ada beg-beg imitasi kelas satu yang disonglap dari negara jiran yang mahu dijual di chow kit.
betul tak?
Nazz@Purple ---> hehe kesian naz. tak ada salah tak ada betul tetapi ia adalah kerja kotor untuk dapatkan sesuatu.
kerana terpaksa
NY ---> mungkin. yang penting ia adalah kerja kotor, kak.
refer pada phrase 'masa gelap'
asyraf ahmad ---> wah acap.
kagum k idea tu
shandye.---> syai tak pernah menghampakan bila membuat guessing!
terbaik tekaan ini.
again, tak ada betul dan salah.
semua dikira jawapan dalam tekaan ni.
brilliant la u all:)
for me, i tak berapa suka cerita yg terlalu open-ended sbb mcm takde penyudah yg betul-betul memuaskan hati penonton/pembaca.
klu penulis dan sediakan opsyen penyudahnya dan tinggal pembaca sendiri yg memilih, itu aku suka.
cerita yg terlalu open-ended akan opens up for too many debates, which in turn actually can be a good or a bad thing.
just saying. hehehe...
shandye. ---> thanks syai. very much. btw open ended inilah yang membuka pada konklusi yang tak jelas sebab semua pembaca boleh buat konklusi sendiri.
terima kasih syai.InsyaAllah akan perbaiki lagi penulisannya:)
Post a Comment