Thursday, September 29, 2011

Kisah Lama Tak Update


By far, inilah masa paling pailang lama tak update blog. Almost a week.

Kecah kan? Baru seminggu rasanya macam dah berbulan bulan

Macam biasalah.Sibuk. Paling sibuk adalah waktu menanda baki tutorial pelajar yang masih lagi menanti untuk dimasukkan markah di dalam sistem. Insya Allah, aku cuba selesaikan hari ini ! Semangat ni, semangat !

Sepanjang minggu lepas, aku sibuk dengan proposal dan planning trip ke Pulau Sibu Mersing. Kalau semester lepas di Gunung Lambak, Kluang, kali ni ke sana pula. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar.

Meh ushar gambar!

Latihan Dalam Kumpulan:Pulau Idaman Saya


Pulau Sibu yang sangat tenang.Few experiences have been shared dan kehidupan mereka ini sangat tabah.


Cari Gula-Gula dalam pasir


Aktiviti sebelum snorkling.Senamrobik.


Ok!Pulau Kukus destinasi snorkling.Sumpah cantik gila pulau ni! Jernih airnya!


Snorkling time!!


TRIVIA:
A) Memerlukan dua bot untuk sampai ke chalet penginapan, Sibu Jaya Resort
B) Paling seronok adalah ketika dilambung ombak semasa aktiviti memancing (eventho aku bukanlah kaki pancing ikan di laut.Di darat, ya!haha)
C) Great vacation aka work has been done! Semester depan,kalau masih umur panjang dan kerja berjumpa budak2, kat mana lagi aku nak bawa dorang yek!hihi

PS1: Semalam sudah hari terakhir menyambut Syawal.
PS2: Ok.Lama gila tak hit a gym! Minggu ni mula balik. InsyaAllah, Sabtu
PS3: Siri kegemaran 'Desperate Housewives' Season 8 sudah memulakan tayangan di ABC, U.S. Musim terakhir!

Jumpa di entry next month!!

Tuesday, September 20, 2011

Biar Gambar Bercerita #6: Sesedang

Bersederhana pasti bahagia



ps: Macam lagu kat bawah ni.Siapa pernah dengar?

Monday, September 19, 2011

Jauh Jauh Bau Bunga. Dekat Dekat…

Siapa dah tonton The Smurfs? Kucing ni ketawa macam shaiton.
(Takde kena mengena dengan judul entry)

Salam Syawal

Dalam menyambut kemeriahan Syawal yang masih berbaki, ada beberapa perkara yang mungkin dah terjadi pada diri kita.

Ok stop the intro.

Baru-baru ini ada tertonton sebuah paparan fiksyen. Kisah tentang bagaimana sebuah keluarga kecil, masih duduk menumpang di rumah ibunya selepas perkahwinan. Nak dijadikan cerita, suami (menantu ibu) kerja kampung. Pendapatan tak seberapa. Ibu mertua pula jenis nak tukar macam-macam masa raya. Isteri (anak perempuan) tersepit dengan tindakan memaksa ibu dan kemampuan suami sendiri. Klimaks bila si ibu mula membandingkan menantu pertama dengan menantu ke dua yang lebih berpelajaran. Ada degree. Kereta pun pakai Vios. Perbezaan layanan terjadi. Cucu jadi mangsa. Cucu dari anak kedua lebih diberi perhatian, lebih disayangi berbanding cucu dari anak pertama.

Faham ya ?

Mengakulah. Kita pun kadangkala mengalami ketidaksefahaman dengan keluarga. By rights, takkan ada keluar pepatah ‘cubit paha kiri, paha kanan terasa’, betul?

Ramai yang (mungkin) bersetuju jika kita tinggal dengan keluarga, semua perbelanjaan menjadi terkawal, tak payah bayar sewa semua. Pendek kata memang boleh savings. Ya. Aku bersetuju.

Tetapi bayangkan situasi di atas terjadi pada kau orang semua (yang membaca). Dalam cerita fiksyen di atas, emaknya suka show off. Rantai emas yang dipakai nak besar gedabak macam rantai basikal. Pulak tu suka benar perli perli anak sulungnya dan compared depan-depan mata cucu dan menantu sulung.

Nak bertelingkah, emak. Kau gila? Dosa besar tahu kalau meninggi suara dengan emak (nak kena panah petir ke apa?). Nak tegur baik-baik, for surelah takkan dia nak dengar. Siap kuar frasa ‘Kau budak-budak apa tahu?’

Jadi tinggallah anak sulung memendam perasaan. Inilah yang dinamakan ‘diluah mati emak, ditelan mati bapak’

Jujurnya, dalam hal sebegini, ibu dan bapa harus memainkan peranan. Mereka harus terima anak seadanya. Kalau dah takat rezeki dia sampai tahap tu, nak buat macam mana. Kalau dah semua kerja atasan, siapa pula nak kerja bawahan? Belajar untuk terima siapa anak-anak. Kalau dah jodohnya dengan petani, terima. Actually, saat anak dah kenalkan bakal menantu pada emak ayah, mereka dah boleh menerima perlahan-lahan. Actually pun, masa nilah emak ayah harus memberi khidmat nasihat pada anak-anak mereka.

Tapi, apa-apa masalah pun, boleh selesai dengan musyawwarah. Bincang elok-elok. By far, tak semua orang diberi peluang untuk tinggal dan jaga emak ayah dia, jadi peluang yang ada ni, abadikan sebaik-baiknya.

Friday, September 16, 2011

Premier dan Re-Premier (Sambungan Semalam)

Salam Syawal

Ini dia tiga short films yang berjaya di shoot sepanjang beberapa tahun kebelakangan.

Selamat menonton.

Oh. Saya amatur saja:D

Title: Dyslexia: A Tale of A Boy
Year: 2008


***

Title: Missing Mystery (Working Title) nee Shadows
Year: 2009



***

Title: Students Life
Year: 2008

* Video 'Students Life' pertama kali disiarkan di blog
*Ada typo error dalam 'Students Life'. Ce cari dan betulkan di ruang komen:D
*English yang digunakan mungkin ada kesilapan grammar.Minta maaf ya cikgu English.Saya tak pandai:)

Thursday, September 15, 2011

Kegemaran Dahulu. Sekarang Tak Tahu Lagi

Salam Syawal.

Ok tajuk tak komersil sebab taip dan publish on spot:D

Semasa belajar degree beberapa tahun lalu, selain gemar menulis, aku gemar juga menghasilkan klip-klip pendek ataupun short films (digital)

Alatan? Mudah. Kamera, jalan cerita dan komputer. Limited.

Jom aku kongsi beberapa short films yang dah buat sepanjang aku belajar dulu.


Projek pertama.Tahun 2008. Buat short film ni sebab tension dengan lecturer (ironinya aku seorang pengajar sekarang) sebabnya lecturer tu tak berapa nak evaluate hasil kerja kumpulan aku. hahahaha. Kamera yang digunakan adalah kamera SonyErricson K450i.Lokasi dekat sekitar rumah sewa Seksyen 7 baru,belakang UiTM


Juga menggunakan kamera SonyErricson K450i dan lokasi sekitar kawasan rumah aku. Tajuk pun My Home. Actually film ni dibuat dengan tujuan 'melepas rindu pada rumah' sebab cuti yang diperuntukkan hanyalah 12 hari saja.


Short film ini khas dibuat untuk presentation Public Speaking, English semasa semester 2 degree. Nak tambah markah, kenalah jadi kreatif sikit.hehehe. Lokasi sekitar rumah dan menggunakan adik aku sendiri sebagai kanak-kanak dyslexic. Mujur dia boleh beri kerjasama yang baik, jadi proses pengambaran hanya mengambil masa dua hari saja. Masa ni umur dia 7 tahun. Menggunakan dua jenis kamera iaitu kamera still jenis Nikon (pesen lama punya) dan SonyErricson K450i


Dibuat khas juga untuk presentation subjek Tourism ketika menuntut di semester 3 degree. Kali pertama shooting dengan kawan-kawan kumpulan. At first mereka agak kabur dengan hasil yang bakal disiapkan walaupun di dalam skrip dan lakon layar sudah disediakan. Bila dah siap hasilnya, diorang pula gian nak shoot untuk next projek.hahahahaha. Oh. Menerusi 'Shadows' juga aku baru tahu bahawa membikin filem ini bukanlah suatu kerja mudah. Aku ambil projek sendiri sudah. Satu scene terpaksa re-shoot untuk dua hingga empat kali! Hujan terpaksa batal. 'Shadows' juga mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan dengan dua fasa berbeza termasuk editing.Lokasi sekitar Paya Indah Wetland Putrajaya dan Shah Alam


Ok.Projek ni tak jadi.hahahaha..Kekangan masa yang sangat banyak.Lokasi sekitar UiTM Puncak Alam. Short filem ni actually untuk dihantar pada pertandingan filem pendek yang dianjurkan oleh Rummz yang membawakan koleksi filem 15 Malaysia

Wednesday, September 14, 2011

Kasi Potong! Dan Review Versi Seram ‘Clear Cut’


Salam Syawal

Agak lama jugalah tak update. Biarkan blog bersawang sekejap. Alhamdulilah ada juga yang singgah baca.

Semalam, sambil menanda tugasan pelajar, aku menonton drama ‘Dendam Sundelbolong’ (fanatic betul aku dengan hantu berlubang dibelakang tu.Ini kebetulan saja)

Drama Dendam Sundelbolong ini dekeluarkan oleh syarikat tempatan, Cube Films yang membawakan iklan raya meruntun hati lakonan mantap Wan Maimunah.

Kisah ini diambil dari root cerita SundelBolong itu sendiri, kisah seorang pelacur yang ingin hidup bahagia dengan menikah, tetapi musnah akibat hasad dengki orang sekeliling. Drama ini di twistkan sedikit bilamana pelacur tua, Erni (lakonan Didie Alias) yang of courselah dah tak laku, ingin laku semula di persada pelacuran.LOL (apa aku tulis ni?) Dan setelah merasa tercabar akibat dibayar lima ringgit untuk satu ‘sesi’, Erni membuat keputusan untuk memakai susuk sundelbolong.

Oh dah macam review pula.

Apa yang aku nak komen panjang adalah tentang versi ‘clear cut’ yang aku tonton malam tadi.Serius lah! Its quite pooping a shit!

Ok aku tahu, aku dah melepasi tahap S word. For that, I seek an apology.

Versi ‘potongan bersih’ ini seriously sangat mengganggu! Lebih lebih lagi aku tak dapat melihat dengan jelas ‘bolong’ (lubang) dibelakang badan Erni yang dipenuhi ulat. Apa guna clear kan benda tu sedangkan root cerita ini menceritakan tentang ‘SundelBolong’?

Lebih membengangkan, ada babak-babak penting yang di ‘clearkan’ supaya tidak nampak violent.

Ok beginilah. Kadang-kadang perkara ini (too violent, gory, horror) menjadi penghalang karyawan tempatan untuk bertindak kreatif. Aku masih ingat kekusutan pengarah Shuhaimi Baba tatkala menyudahkan skrip Pontianak Harum Sundal Malam I dan kekangan LPF supaya filem itu biar dibuat dalam bentuk ‘seram-mimpi’.

Pendek kata..seram-seram terjadi, rupanya mimpi di hujung cerita.

Sudahnya cerita seram tempatan, kelihatan tidak berapa nak seram di mata audien!

Kita ada klasifikasi 18 tahun ke atas ataupun PG (Parental Guidence), gunakanlah cencorship yang dah digunakan !

In fact, ada beberapa perkara hanging ketika menonton cerita tersebut akibat pemotongan tidak tentu hala ini.

Let just assume, perkara pemotongan ini adalah demi kebaikan bersama. Masyarakat sekarang dah semakin ganas. Dah semakin berfikiran selfish

Positive all the way..

Thursday, September 08, 2011

Lagenda Suzzanna dan Sundel Bolong


Siapa di sini tak pernah menonton Sundel Bolong?

Rugi!

Karya yang diangkat dari lagenda Indonesia yang kemudian difilemkan sekitar tahun 80 an lalu mencetuskan fenomena hantu berlubang dibelakang badan itu.

Pelakon yang memainkan peranan hantu itu bernama Suzzanna, aktres bermata galak, bertahi lalat di pipi. Pernah juga terlintas skeptikal Suzzanna memainkan peranan Sundel Bolong lewat filemnya seperti Malam Satu Suro, Malam Jumaat Kliwon dan Telaga Angker lalu berkembang biaklah dendam Sundel Bolong menerusi filem Perjanjian Malam Keramat (oh noee filem ini ada babak memberahikan).

Masih teringat aksi mengumpan Sudel Bolong. Mula-mula jelma jadi perempuan cantik (tapi Suzzanna memang cantik pun), tumpang beca dan kononnya nak ke rumah. After a while sesi berborak dalam beca bilamana pengayuh beca try nak ngurat Sundel Bolong.

Dialognya lebih kurang macam ni…

‘Namamu siapa?’
(malu-malu) ..'Sun’
(gaya gatal) ‘Sun apa? Sunarti ?’
Suzzanna masih dengan senyuman psiko dan gelak nakal-nakal manjanya. Sehinggalah sampai ke tanah perkuburan (di mata pengayuh beca adalah konsert dangdut Rhoma Irama, kau! Siap bergelek bagai!): Senyum

Ataupun

Babak dimana Suzzanna sudah menjelma menjadi Sundel Bolong, pergi ke kedai sate untuk minta 100 cucuk sate. Lepas makan dengan lajunya (siap ada efek), dia pun minum sup dimana sup tu mengalir keluar dari belakang badan dia. Siap ada ulat-ulat lagi! Gila punya Real!

Peranan Suzzanna dalam mencorak filem bergenre seram sangat mengesankan. Apatah lagi menerusi filem Nyi Roro Kidul, Ratu Buaya Putih mahupun Santet. Beliau sangat pro tatkala membuat mata membeliak, senyuman psiko, lontaran dialog yang jelas dan menakutkan dan gerak kepala tatkala pakunya dicabut.ehehehehehe

Dan gara-gara beberapa filem seramnya inilah yang membuatkan ramai penggemar cerita seram merasa takut nak keluar malam, pada tahun tersebut.

Namun, ada juga filem Suzzanna yang lari dari arus tipikal seram seperti Bernapas Dalam Lumpur, Sangkuriang ataupun Samson dan Delaila

Suzzanna, dari kacamata sendiri, merupakan lambang actress Indonesia, simbol bintang seram yang serasakan tiada lagi pengganti di rantau ini. Lihat saja lakonan seram beliau. Tak perlukan Suzzanna untuk mengilai-ngilai, buat muka hodoh. Cukup sekadar rambut panjang, mata membeliak dan efek cahaya, Sundel Bolong ditangan Suzzanna tampak hidup!

Percaya atau tidak, lagu ini merupakan antara kegemaran
:dipetik dari filem Malam Satu Suro

Wednesday, September 07, 2011

800

KLIK KAT IMEJ UNTUK MEMBACA
TIPS: Open in a new tab
(Kecuali Oktober 7 dan 7 Days)


Kisah seram inspirasi dari filem 'Three'


Antara yang terawal. Manuskrip asalnya siap pada tahun 2007


Kisah yang banyak bermain dengan masa


Ending ni sangat twist and turn


Antara kegemaran aku


First time menggunakan nama kenalan ketika menulis cerpen ini


Pengorbanan seorang abang yang luarbiasa pada adik adiknya


Kisah ini...gila!hahaha

Ilusi si penagih


Dua bahagian.Lepas gian menulis kisah suspense thrillerAlign Center


Percubaan kali pertama menterjemah musical play into a short story.
Gila mencabar aku rasa



Kisah tentang manusia terdesak dan sanggup lakukan apa saja


Percubaan kali pertama menulis genre romatik komedi


Cinta Tragis



Kehidupan kali ke dua


Antara yang terawal (2009), cuba lari dari genre bunuh-bunuh


Kolaborasi dengan blogger El Zaffril.25 episode.hah! ambik!


Kolaborasi 5 Blogger, menceritakan pengalaman seram mereka


Percubaan dalam menulis genre cinta islamik


Cuba lagi, menulis kisah cinta terlarang


Cerpen-cerpen dan mini siri-mini siri inilah yang menyumbang kepada 800 entry sehingga sekarang.

Moga misi menulis berterusan!

Monday, September 05, 2011

RIP Asscer (2008-2011)


Salam Syawal

Bermakna betul syawal kali ini (TKDMPA) sebabnya, Acer Aspire yang menjadi bahan hiburan,bahan berkerja telah nazak dan rosak dengan rasminya.

Jom tengok trivia Acer yang adalah beberapa kali menjadi topic dalam mengisi blog aku ni. Mostly sebab I put so much anger out of it.

1. Dilahirkan sebagai Acer Aspire pada Februari 2008 menerusi skim Abbys Systems, skim dimana PTPTN pelajar dipotong mengikut semester. Satu semester RM700.
2. Diberi nama Asscer disebabkan sifat gedik dan nakal nakal manjanya terhadap skrin yang selalu berwarna putih
3. Disebabkan itu jugalah laptop acer ini selalu menjadi mangsa sudden shut down oleh aku, menyebabkan perbuatan itu memberi implikasi kepada hard disc (ayat…cam harrr)
4. Rentetan dari itu, skrinnya perlu ditukar dengan bayaran RM80, pada July 2009 termasuk penggantian hard disc. Murah kan? Murah la sebab masih under warranty. Ikut harga sebenar RM800!!
5. Pernah online disekitar Shah Alam, Kedai Nasi Ayam Linda Onn, Cyber Café disekitar tempat itu, Hakim, Barra seksyen 7, Nurul Izzah seksyen 7, Fakulti Hotel dan Pelancongan UiTM, Pulau Tioman, Kg Orang Asli Sungai Ruil (yang baru-baru ni ada tragedy tanah runtuh). Ini semua kenangan masa belajar
6. Sekitar tahun 2007-2009 aktif menggunakan software Orbit untuk mendownload flash video dan beberapa installer. Mempunyai dua jenis photo application iaitu Picassa dan PhotoScape.
7. Tiga kali format
8. Tugasan dan beberapa folder gambar hilang awal pertengahan 2010 disebabkan serangan virus.
9. Laptop ini jugalah yang membawa aku berkenalan kepada beberapa blogger aktif di luar.
10. Selalu bahasakan Acer ini sebagai Mr Asscer tetapi selepas ujian penentuan jantina dilakukan, laptop aku perempuan rupanya
11. Ketika akhir hayatnya, laptop ini semakin uzur dengan skrin yang putih setiap sepuluh ke lima belas minit online, flip skrin yang dah patah sebelah (sebab selalu tutup, buka bila skrin suddenly become white), permukaan skrin dah ada alur panah hitam macam parut Harry Potter dan charger yang dah tak berfungsi. Pakej tak aku dapat?

Cukuplah..

Banyak jasa dah laptop aku ni. Especially masa belajar dulu.

I can thank you enough, walaupun aku maki, kau tak menjawab, walaupun aku memuji, kau tak respon, aku tetap sayang kau! Eh serius!

RIP: Ascer Aspire Feb 2008-Sept 2011

Thursday, September 01, 2011

Recap Sesuci Syawal


::Short entry::

Klik pada imej untuk slot-slot Sesuci Syawal

PS1: Raya tahun ni banyak yang pakai baju melayu warna purple ke?

PS2: Jumpa juga dengan kuih Ma'mur dan Suji kegemaran. Eh ada juga biskut arab!!

PS3: Tahun ke dua menghulur duit raya.Tapi apasal tahun ni macam sikit je sepupu-sepupu aku?hahahaha (duit dah siap packing, BUKAK BALIK!!)hahahahahahahaha

PS3: Bila berkerumun saudara mara, habis cerita luar dalam dapat tahu.Soalan maut macam biasalah..'bila kau nak kahwin'?

PS4: Syawal yang sangat menyeronokkan tahun ni!

PS5: Rancangan TV entah apa-apa.Most probably, sebab kebanyakan kita dah tengok kat Astro First, download di internet, dah tengok kat wayang

PS6: Seronok beraya pada raya pertama. Raya ke dua, dah kureng sikit

PS7:Kepada yang dah mula berkerja, selamat berkerja! Otak aku dah fikir pasal kerja ni!!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED