Mini cake dengan taburan Oreo. Gambar diambil dengan telefon canggih. Bukan nak menyohor. At least abang pakai henfon canggih pakai duit sendiri, dik! Takdelah mengecek mak bapa! wakakaka--usah sentap--
Agak lama gua tak menconteng apa-apa dalam laman ni.
Gua bizi gila. Banyak benda gua nak kena settle, especially sesuatu yang besar yang akan datang tahun ni juga. Gua sangat berharap ianya menjadi!
Straight to the point.
Dari observasi gua yang matang ni, gua boleh simpulkan yang budak-budak muda (17 tahun ke atas) kebanyakkannya manja!
Kebanyakan. Tak semua. Sila jangan emo dulu!
Gua tak tahu nak salahkan siapa. Mak bapa? Persekitaran? Atau memang nature budak tu sendiri yang memang sikit-sikit tak boleh. Marah sikit, tak boleh. Gertak sikit tak boleh. Pisah ngan mak ayah kejap dah homesick.
Gua dengar rungutan kawan-kawan cikgu di sekolah. Hanya cikgu tertentu saja boleh bawak rotan. Gua tak nak komen apa-apa. Tapi gua dan rakan sebaya dah “hidup” lama dengan rotan. Dibalun rotan, gua tak mengadu dengan mak ayah. Dah memang salah gua. Rotan dilihat sebagai ukuran betapa takutnya kita dengan cikgu. Sekarang tak releven lagi katanya. Guna kaedah psikologi katanya. Apa salah wujud rasa takut dengan cikgu? Cikgu darjatnya tinggi! Ilmu letaknya tinggi. Orang yang beri ilmu perlu dihormati sama ada suka atau tak!
Sebab tu lah budak-budak la ni banyak “lemak”. Kot?! Gua bukan pandai nak tafsir segala ni.
Gua beruntung sebab hidup zaman 90 an dulu. Gua rasa mandi sungai. Gua rasa panjat pokok. Gua rasa main tengah terik panas. Gua rasa kena rotan cikgu sebab ponteng tuisyen sebab gua tengok Annaconda (versi J.LO) format VHS!
Walau FB kejadah takda, gua ramai kawan yang boleh F2F tanpa ada Avatar pun! Biaq pi la nak kata gua kolot tahap cipan ka, gua tetap rasa ada memori masa kecil gua.
Adik-adik yang membesar dengan FB, BB di hujung jari, Android segala bagai Tab bersepah-sepah dengan kicau tweet merata-rata, apa nak dikongsi dengan anak kelak? Rugi dik.. rugi!
Paling tak pun;
“Babah dulu masa kecik-kecik dah pandai main Angry Bird dalam Tab”
Moden gila pengalaman ko, dik!
Berhenti dari memanjakan diri. Berhenti dari hidup senang sekejap. Cuba rasa hidup susah. Cabar diri timba pengalaman. Dunia dewasa lagi mencabar, dik. Gua berani cakap sebab gua terbaca berita…
“Remaja lari dari rumah kerana tak tahan dimarah ibu bapa”
Haruslah tertekan! Boleh membawak kepada gila seumur hidup ni! Kes kronik ni! Mak bapa mana nak paham perasaan anak-anak yang muda dan hype? Anak mana bleh dengar mak bapa membebel. Anak kan ada human rights. Boleh saman ni. LOL
:: Blog ni masih sesopan yang kau orang semua baca. Saja guna perkataan “Gua”. Manusia ni kalau tak “disentap” kan, sampai bila-bila taknak sedar. Tepuk kepala sikit?! --Woi bapak aku bayar fitrah lah--
14 comments:
setuju !
sentap dowh!!!! tgk oreo tu!
arissa. (not the real name) ---> sila angguk kepala!
NUke_Rude --->hahahaha meh belanja aku meh :P
so true!!
baru kena marah sikit, di kata ibu bapa tak faham perasaan, tak sayang kan dia..
kalau tak sayang, rasanya dah lama maka ayah dia jual kat rumah pelacuran ke mana2 yang menguntungkan
jgn kau ckp kau legend klu kau xde jam boy london...haha..kau ade?..haha
oreo mcm sedap je..heheh
setuju ya amat! :)
cik kedondong ---> aku suka ayat last ko tuh. hahahaha
ana ---> ada!!
ko ada jam G Shock tak dulu2.hahahaha
man --> oreo MC D mc flurry tu besh! hehe
thanks follow. nak follow balik neh
hanaahmad---> mari sama2 kita berperang dengan adik2 yg manja2 neh
sampai sekarang TE masih xperlukan fb..hehe
tengkorakemas---> cayalah bro! kembali berblogging!
Post a Comment