Monday, May 28, 2012

Kalau Cinta Sebaiknya Diucap. Belum Tentu Kau Masih Punyai Hari Esok

Cari jalan yang betul. Ia memandu kita ke arah kebaikan


Panjangnya tajuk. Maaf ya!

Pernah ada momen dimana kau rasa suka, kemudian jatuh cinta pada seseorang itu. Kau pendam rasa. Probably kau takut kena reject. Manusia biasalah. Risau kalau cintanya ditolak. Ini normal.

Pendam lama-lama ni tak baik. Tak baik untuk kau sebenarnya. Nanti kau makan hati. Lainlah kalau kau memang ada rupa. Tak risau kalau tolak satu, sebab yang datang bakal beribu. Tak kisah kalau jual mahal, sebab kalau si polan ni taknak, ketik saja jari. Seploh yang datang tawww!

Cuba rupa kau tu ada-ada je. Kau cuma ada hati. Soal hati dan perasaan ni sukar nak diduga. Rupa yang cantik dan kacak boleh menipu kita sebenarnya. Betul kan?

Kembali pada tajuk. Jujurnya kalau kita dah suka kat seorang tu, kita berterus teranglah. Itu sebaiknya. It is better you find a better time and place sebab kadang-kadang bila kita nak luah perasaan ni timing pulak tak kena. Tempat tak kena. Semua tu kena ambil peduli.

Yakin diri. Itu yang penting. Ucaplah sebelum terlambat sebab kau hanya ada masa sekali saja dalam peluang-peluang yang diberi tu and who knows orang yang kau syok tu memang ada hati dengan kau!

You have to say this thing while you still can!

9 comments:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

betoi...baik luahkan..xpe klu direject...at least kte tau dimana kita didalam diri dia...

Emoq said...

Dah luah tapi kena rejct jugak. Hehehe. Its ok. :)

Ami Manaf said...

"Cuba rupa kau tu ada-ada je. Kau cuma ada hati." <~ itu aku...

sedang sukakan seseorang tapi tak punya keberanian untuk meluahkan...

Hans said...

aku suka dekat Izara Aishah lah...kalau aku gtau dia...ko rasa dia terima ker reject?

p/s : lalalalala...bencinyaaaaaaaaaa

FaizalSulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) ---> betul tu pojie! jangan takut akan kenyataan :)

FaizalSulaiman said...

Emoq ---> its okey. Awak sepadan dengan orang lain. Dia tak padan dengan awak

FaizalSulaiman said...

Ami Manaf ---> luahkan saja. kumpul keberanian. Jika dia jujur, dia akan nampak sinar tu di mata kau.

Kalau ditolak, maka carilah yang lain, yang lebih menghargai kau.

FaizalSulaiman said...

Hans ---> kalau kau berani, silakan.

tapi nanti...

"malunyaaaaaaaaa"

Izzul Islam said...

luah tu dah buat tpi ade ke ptut dye swuh kite tunggu lpas form 5? ape tujuan dye buat gitu ye bang??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR