Wednesday, May 23, 2012

Ulasan: Licik (Tipu dan Lari)

Judul: Licik
Penulis: Sham Hashim & Julie Anne
Penerbit: FIXI
Halaman: 272

Pertamanya; tahniah buat Sham Hashim dan Julie Anne atas kolaborasi mengangumkan tika menghasilkan Licik. Licik seperti sebuah nuansa Robin Hood dahulu kala, memporak perandakan mereka yang kaya dengan jalan yang salah. Bezanya, kekayaan yang mereka perolehi adalah untuk diri sendiri tak berkongsi dengan rakyat jelata.

Satu perkara yang aku gemar tentang Licik selain plotnya yang pantas adalah watak-watak ciptaannya. Semua watak dalam Licik ada momen yang sangat dreadful. Hidup lepas dah miserable. Alias, Fira, Sadik, Rais, Taufik, Khairi hatta Saliza mempunyai masa silam/sejarah yang menyakitkan. Penulis menyuntik elemen humanity dalam setiap inci karakter yang dicipta menjadikan Licik sebagai satu bonus pembacaan kerana perkembangan watak-wataknya yang sangat terkesan. Jahat bukan sebarang jahat!

Permainan Alias-Fira-Sadik sangat menjadi sehingga aku tenggelam dalam beberapa plot maha Licik yang diatur mereka. Fira menggunakan figura femme fatale (satu figura character kegemaran aku) dimana Sadik pula sebagai mastermind yang bijak. Few hilarious punch lines, ciptaan nama watak yang menggegar geletek selain ironinya beberapa situasi Licik agak sama dengan situasi sebenar menjadikan Licik tidak hanya sekadar sebuah fiksi.

Licik boleh dikategorikan sebagai bacaan must-read untuk tahun ni. So, go grab your copy now!

16 comments:

Julie Anne said...

tq so much for this review! pada saat saya terasa super down sebab dapat beberapa review yang kurang memberangsangkan (I'm only human anyway), review ini menceriakan saya. tq so much. waiting for your book in return! :)

D.N.A.S said...

Sayapun nak tulis review tapi tak sempat lagi. Congrats Sham and Julie.

Faizal Sulaiman said...

Julie Anne---> Itu yg saya takut tu.hehe

Sabar ye Julie. Different people have their own opinion. I love your colab with Sham Hashim on Licik. Fast plot and siap imagine karya ini difilemkan oleh Bernard Chauly

Keep writing, Julie!

Faizal Sulaiman said...

D.N.A.S---> cerita ini awesome!

Julie Anne said...

Thank you Faizal! You too!

Julie Anne said...

Kak Dayang Noor, hari tu saya tak sempat nak borak2, maklumlah segan sgt sgt sgt, sebab semuanya penulis yang hebat2. nanti next time kita borak2 ye :)

Faizal Sulaiman said...

Julie Anne ---> sama2 Julie. Jangan patah semangat utk menulis okey:)

Faizal Sulaiman said...

Julie Anne ---> hehe haritu berkesempatan berbual dengan kak Dayang. One quick word of her. Sempoi!!

Unknown said...

kat MPH ade dh ke???

Faizal Sulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) ---> InsyaAllah dah ada rasanya.

takpun pojie lungsuri fixi.com.my

shandye. said...

Licik best gler kot. jalan cerita dia laju dan membuat pembaca nak terus baca sampai habis. i harap sangat i akan dimoviekan dan mintak fazura pegang watak fira sbb watak fira tu kick ass dan sangat bombshell. lagipun hanya fazura je pelakon yg cukup hot dan licik kat malaysia ni. yg lain tu hadoo je. i tanak kalau watak fira tu dipegang oleh elfira loy sbb dia tu budak sangat. i pn tak stuju kalau fasha sandha yg berlakon sbb suara dia semacam. sorry fasha, its just my humble opinion. paling2 pun i harap minah yg menang dewi remaja tu... ape ntah nama dia, dh lupa. walaupun dia sucks gila berlakon dlm azura baru tu tp sbb dia hot dan va-va-voom kira tutup sebelah mata n boleh jalan la.

sekian.

(terus sambung main skipping depan rumah tok imam)

Faizal Sulaiman said...

shandye. ---> Samalh kita. I nak fazura yg pegang watak tu. Ooo nama dia neelofa. Izara Aishah pun orait . dAN I nak bernard chauly yang direct filem tu :)

shandye. said...

izara aisyah tu lawa je. lakonan belum tentu power.

saya mohon fazura jugak! sila buat petisyen!!!

(cepat2 balik rumah sebab mak panggil balik sebab dah maghrib)

Julie Anne said...

masa tulis tu, bayangkan 3 orang yang boleh jadi Fira. Fazura (of course!), Diana Danielle (coz she's just hot) atau Izara Aisyah (at certain times, tp Izara kurang sex appeal kannn?). Well, KALAU jadi movie/telemovie, I nak Faz jadi Fira. Aaron Aziz boleh jadi Sadik. haha

shandye. said...

abam aaron aziz muka tua. i prefer abam remy ishak atau bront palarae. muka eksotik sket. hahaha...

Faizal Sulaiman said...

shandye. & Julie Anne ---> wah terbayang juga Izara Aishah. hehe On the other hand, saya suka Bront Palarae jadi Sadik. Muka pun mcm kacuk pakistan. hehehe

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED