Korang pernah ditimpa masalah besar?. Bukan masalah ciput2 tau.
Apa tindakan korang?
Ya, kita selalu dengar,
ataupun
"cakap senangla. Ko tak kena. Ko tak tau?!"
"cakap senangla. Ko tak kena. Ko tak tau?!"
Tetapi adakah kita benar2 memahami perasaan mereka yang bermasalah ni?
Macam aku sendiri, aku pernah mengalami satu dugaan berat. Sapa tak sedih dan rasa kehilangan bila ibu yang kita sayangi pergi selama-lamanya meninggalkan kita?. Ianya terjadi 11 tahun dulu. Aku taknak cerita panjang2 sebab blog aku ni bukan luahan simpati okay. Tapi cukup aku katakan yang masa tu, aku dan adik beradik lain masih kecik2 dan agak sukar untuk kami menerima Takdir yang Allah berikan sesingkat itu.(masa ni setan musti ngah berdondang sayang sebab aku selalu fikir, kenapala Tuhan amik mak dari aku)
Alhamdulilah, masa tu mungkin sifat kedewasaan sudah mula ada, aku cuba mempraktiskan apa ertinya "berfikiran positif".
Di waktu tu, aku cuba memujuk hati dengan berkata..
"Mungkin ada orang lain yang lebih teruk hidupnya daripada aku. Sekurang-kurangnya aku masih ada seorang ayah. Bagaimana plak ngan anak yatim piatu yang langsung takde mak ngan ayah tu?!"
Dan sikap berfikiran positif ini sudah diamalkan sepanjang hidup aku, sebab aku tahu hidup ini satu putaran.
Sebagai Muslim, kita kena selalu ada perasaan redha kerana Allah akan selalu menguji baik masa kita senang, ataupon susah.
Ini kerana Allah sangat menyayangi kita.
Itu sebabnya, bila datang satu2 musibah, seperti sakit atau masalah hidup contohnya, kita digalakkan untuk beristighfar.
Tujuannya adalah untuk membayar kifarah dosa2 kecil yang lalu.
Dan sebagai Muslim juga, galakkan diri untuk meminta petunjuk dari Allah. Mintalah jalan penyelesaian atas apa yang telah terjadi. Takde guna kalau kita selalu lari dari masalah atau duduk menangis sepanjang hari mengenang nasib.
Selalu ingat!, syaitan sangat suka "menyerang" kita tatkala keimanan kita sangat tipis.
Indera:--) Yang namanya manusia itu selalu diuji. Tweet
2 comments:
kalau aq sepi aq tunjuk bintang. kalau aq der masalah aq diam n x nangis pon. air mata bukan penyelesaian untuk segalanya... betol x? ala.. biasalah hidup bro.. kalau nak senang je baik x yah hidup. kalau asyik diuji baru rasa best hidup ini...
air mate mmg bkn penyelesaian,
tp at least akan rase lega pastuh.
seriously..
mungkin laki tak kot..
cheers! :)
Post a Comment