Tuesday, May 22, 2012

Shortie: Lorong


Langkahnya sangkak bila tiba pada lorong sepi itu. Lorong itu tidak mati. Sebaliknya ada seorang penagih sedang high, duduk terkangkang sambil memerhati bulan dan bintang yang berserak di dada langit. Dua pelacur duduk bersimpuh atas hamparan kadbod kotak-kotak lusuh sambil meliuk-liuk kepala. Ada lelaki berdiri tercegat dihadapan mereka dengan mata terpejam. Rokok di tangan masih menyala. Tika dia menghembus kepul asap itu, puncak nafsunya hampir tiba.

Dia melewati dengan selamba tatkala desahan lelaki itu makin kencang disertai dengan tubuhnya yang terkejang-kejang. Dia harus cari spot. Bukan memikirkan aksi blue yang ditontonya tidak rela. Bungkusan berbalut di tangan dikendongnya tidak berarah. Dia menghayun langkah gontainya. Kelengkang masih terasa basah. Hanyirnya tak usah cerita. Usah peduli kerana ada sesuatu yang lebih penting untuk diuruskan!

Dia tiba di satu sudut berpetak. Plastik hitam berkumpul disitu. Pad dengan rona hitam legam sudah kering merata-rata. Botol bir pecah juga tak terkira banyaknya. Polisterin dengan makanan basi juga sudah mengeluarkan aroma busuk menggila. Baju-kain yang sudah tercarik juga bersepah-sepah.

Hakikatnya, tempat itu kotor.

Pedulikkan.

Bukti di tangan harus dilupuskan.
Bukti ini harus lesap.
Bukti ini petanda malang masa depan.
Bukti ini menyusahkan!

Dia menyelak sedikit bungkusan itu. Masih merah. Sekejap karang bungkusan itu bergerak-gerak. Mungkin sebab cuaca sejuk. Dia pandang wajah itu dengan terpaksa.

Aku terpaksa. Kau akan mengerti nanti!

“Kau nak buang dia?”

Perempuan itu berpaling. Ada susuk berdiri dengan lenggang tak jauh dari longgokan busuk itu. Susuk itu melangkah. Atur dua kaki panjangnya pada high heels yang mengancam. Susuk itu tinggi. Pakaiannya juga seksi. Kain pendeknya berbelah di tepi, menampakkan betis separa dicukur tak sekata. Bila neon menyimbah wajahnya, terserlah raut yang di oles tebal, siap sekali dengan bulu mata palsu dan bibir merekah merah menyala.

“Kau tau tak perbuatan kau salah?”, soalnya lagi. Perempuan itu memandangnya tajam. Pondan ini tak layak nak hukum aku!

“Aku tak mahu besarkan dia kalau dia tahu sebenarnya dia anak haram!”
Pondan itu tersengih tidak jelita.

“Henjut pandai! Bila dah keluar benihnya main buang macam sampah?!”
Suara pondan itu bertukar nada. Perempuan itu menjegil mata.

“Lelaki tu nak bertanggungjawab pada mulanya! Jadi aku percaya. Tapi dia lari. Jadi aku harus dipersalah?”

Pondan itu mengilai tertawa. Pada mulanya, baghal! Mula-mula bolehlah dia janji nak bawak kau pergi bulan, beromen kat sana!

“Kenapa bangang bagi semua dekat jantan? Kenapa harus layu dengan pujuk rayu jantan? Jantan dah dapat madu kau, dia buang la kau bersepah sepah macam pad tu!”, jerkahnya lagi menjuih bibir pada pad hitam legam yang sudah lama terbuang di longgokan. Perempuan itu tak mati akal.

“Aku sayang dia! Jadi aku percaya!”
“Sayang kau dah dipermainkan. Percaya kau dah dibuang jauh dalam longkang. Kemudian pada anak tak bersalah ni yang kau nak jatuhkan hukuman?”

Perempaun tu terasa bagai ditampar. Pondan itu menyambung lagi.

“Kenapa rasa sayang kau harus dibazirkan dengan sesuatu yang tak guna? Kau dah buat salah. Kau nak seksa hidup kau dengan membunuh pulak? Hidup ni boleh tak jangan mudah memberi?”

Perempuan itu bungkam.

Dia bersuara kemudian.
"Kenapa perlu aku sorang dipersalahkan?"
Pondan itu membalas hemah.
"Hidup selalunya begitu. Perempuan tanggung malu. Lelaki tau main. Lepas tu hilang macam celaka! Tapi percayalah, Tuhan dah siap-siapkan 'bahagian' untuk dia"

Pandangannya dikalihkan pada renungan si pondan yang betul-betul ikhlas.

“Kau jangan ingat semua manusia lorong ni jahat. Aku dah ada bukti pun. Kau sendiri. Tentu kau bukan dari lorong ni, kan?”

Perempuan itu angguk bena tak bena. Bungkusan di pangkuannya masih dipandang tak berkedip mata.

“Berilah dia peluang untuk hidup. Dia layak untuk dapat kehidupan!”, pondan itu berkata lagi sebelum berlalu meninggalkan perempuan itu yang semakin keliru. Keliru dengan masa depan yang samar. Penerimaan masyarakat yang dah tentu-tentu mencemuh atau persoalan yang bakal ditanya bila benda di pangkuannya itu membesar kelak.

Pandangannya beralih.
Ada seekor ibu kucing menyusukan empat ekor anaknya dengan penuh kasih sayang…


TAMAT

9 comments:

NUke_Rude said...

this is interesting.

nice.

Faizal Sulaiman said...

NUke_Rude---> thanks baca, bro!

harap dapat tangkap maksud di akhir tu:)

Faizal Sulaiman said...

Mr Iqbal Abdullah ---> mal, ayat ko terbaiklah!

NusrahYahya said...

tema kasih sayang...nice!:)

Faizal Sulaiman said...

NY---> harap orang tak nampak "biru" nya tu kak:)

hehe

terima kasih baca:)

Unknown said...

coppp pejal..ni penulisan kamu ke????hebat laaa...

Faizal Sulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)---> hehe yup.

takla pojie. Biasa2 je ni

a n said...

sori bang..bru baca shotie kau..busy sikit ar....

sperti biasa kau tak pernah kecewakan aku. tapi ending shortie nie ada sikit mcm ending shortie Lupa.kalu aku xsilap la..

tapi penulisan kau tetap se-tail!..:)

Faizal Sulaiman said...

ana ---> terima kasih ana membaca cerita pendek2 aku yang tak seberapa ni ya.

Thanks so much. sebenarnya Lupa dan Lorong adalah penghargaan kepada 2 insan yang tak ternilai jasanya.

Terima kasih ya. Berbanyak terima kasih. Nanti aku tulis yang stail lagi. hehe

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED