Tuesday, May 29, 2012

Shortie: Pancung!


Otaknya tepu.

Cilanat! Due date dua minggu lagi. Apa pun aku tak siap.

Dia bingkas bangun. Merenung keluar tingkap melihat seorang wanita separa bayanya menjerit-jerit histeria mencari seseorang. Gila! Entah pasal apa, jeritnya saja sudah memekakkan telinga.

Dia buat tuli. Kalau dilayan emosi, kerja yang dijanji tak siap. Lekas wajah bosnya Kartini; perempuan boyak berleher pendek menerjah minda. Langkahnya dempak. Betisnya gemuk. Ocehannya merengsakan. Laungannya kadang-kadang memetir. Bising berdesing!

Langsir labuh corak bunga-bunga halus yang dihadiahkan Osman, roomatenya ketika di Universiti direnggutnya kasar. Fakta. Dia tak pernah menyukai corak tirai itu. Hodoh. Tapi atas dasar persahabatan katanya, dia menerima dengan senyuman maha PVC.

Skrin 14 inci Lenovo dipandang kosong. Kejap-kejap matanya terkebil-kebil. Bingung merajai minda. Bahasanya putus di tengah jalan. Ideanya seakan dicabul dengan tak rela. Dalam masa sesingkat sekarang, dia sepatutnya sudah membuat final touch untuk manuskrip ke empatnya setelah tiga novelnya laku di pasaran. Siap dua kali cetak, you. Kau ada? Kau mampu?

Jadi dek kerana tak mahu reputasinya sebagai penulis best seller tergugat apatah lagi dengan kehadiran penulis baru yang melambak macam kebanjiran artis mee segera, dia memberi janji pada Kartini bahawa manuskripnya akan disiapkan empat bulan setelah novel ke tiganya muncul di rak buku.

Padah! Janji yang ditabur itu akhirnya menjerat diri. Kata-kata manisnya sudah menjerut leher. Buktinya, dia masih gagal menulis walau sepatah. Dia seakan tenggelam dalam bayang-bayang sendiri waima idea untuk menulis tak juga kunjung tiba.

Naharom!

Nescafe dari dalam mug dipandang entah kali yang keberapa. Kacau! Dia sudah habis lima pusingan. Malah untuk menambah stunt pada perbuatan sia-sianya itu, dia kerap kali hendak terkucil . Toilet sudah menjadi pit stop buatnya.

Celaka kau idea! Mana kau pergi ni, bangang?!

Hatinya mula sumpah seranah. Dia tak boleh sentiasa bersabar. Apatah lagi bila mengenangkan Kartini yang mungkin berkicau macam murai tua, dia lebih rela dipancung dari menghadap amarah andartu itu. Bos mana tak marah kalau kerja tak siap?

Padan muka aku!

Urinnya ditahan. Tubuhnnya menggerenyet sedikit.

Ah! Shhhh…Nak terkencing pulak! Time-time macam ni lah kan?

Hatinya mula cetus geram. Dia tak mampu nak tampung. Apatah lagi cairan itu bagai menendang-nendang dengan tak sabar seolah olah beriya-iya benar nak ‘lihat dunia’ gamaknya! Fikirannya terkenang nasihat si emak.

Tak baik tahan kencing. Nanti batu karang!

Dia mencicit ke tandas. Pintunya direntap. Kangkang. Seluar dilucutkan. Bunyi desir kedengaran. Laju macam air terjun. Satu perkataan terpacul. Lega!

Usai membilas, dia ke dapur. Panaskan air. Otak perlu bergerak. Adrenalin perlu disuap dengan kafein itu. Tak peduli jika dia ketagih sekalipun. Dia penulis bestseller. Dia takkan boleh nampak lemah depan Kartini yang menyebalkan, peminat yang memberi harapan atau penulis baru yang mula menjadikannya sumber inspirasi.

Susah kan kalau jadi bintang ni?

Dia ukir senyum diva. Ya. Perasan!

Nak muntah? Silalah! Orang dengki memang selalu begitu!

Nescafe siap dibancuh. Dia tak peduli cawan ditepi Lenovonya yang tak berbasuh. Dia sibuk. Jadi pilihan apa yang dia ada? Dia mengatur langkah ke ruang hadapan, namun langkahnya terhenti dihadapan biliknya sendiri. Pintu bilik itu dikuak. Dia senyum sekilas. Mugnya diletakkan di cabinet kecil di tepi dinding seraya memandang isi bilik dengan sinar mata yang menyerlah.

Kau duduk diam-diam ya?

Dia berbisik manja ke arah tubuh itu. Tiada seurat benang yang membaluti. Polaroid dari dalam cabinet diraihnya lekas.

Kchak! Satu syot

Sudut tepi katil di ambil

Kchak! Dua keeping dah siap.

Skrap book dari dalam cabinet yang sama, diambil lalu dibentang megah di atas permaidani berbulu halus biliknya.

“Cukup lima belas keping. Malam karang campaklah dekat kawasan pembinaan sana”

Hatinya girang. Kepingan-kepingan gambar Polaroid di tangan diperhati teruja. Ada kesan kelar. Darah merata. Cebisan daging. Masterpiece! Ya! Nafasnya turun naik. Malah, keinginan menulisnya kembali memberontak. Ia seperti satu suntuikan dadah yang sudah meresap jauh dalam adrenalinnya mengatasi rasa kafien yang sudah diteguknya entah berapa kali!

Modus operandinya mudah. Kenal di FB. Flirt sikit-sikit. Tunjuk dada sikit. Otot sikit. Kalau perlu burung nya sekali! Atur temu janji. Then,belanja makan. Lepas tu bawa balik rumah. Straight away ke ranjang. Klimaks dua tiga round. Kemudian pancung!

TAMAT

10 comments:

Unknown said...

ni kire intro laa ek???

konsep TOUCH & Go ek???

ghost said...

wah nih dah mula masuk bab kerat-kerat nih..

Faizal Sulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) ---> touch, go, dissolve. hehe

Faizal Sulaiman said...

ghost writer---> zapp zapp zapp

darah memancut

NusrahYahya said...

woh dasyat nih! baru terasa seperti kafein mengalir di tekak.sekali terbayang mayat kena kelar..wekk!

Faizal Sulaiman said...

NY ---> hehehehe..jangan bayang kak. nanti tak lalu makan :P

a n said...

kejam kau faizal...haha..

Faizal Sulaiman said...

ana---> penat ar jadik baik, ana! haha

Ri said...

haiyoh! dark gilerrr..!

Faizal Sulaiman said...

Ri ---> hahaha baru nampak jahat.hehe

thanks baca, Ri!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED