Sepanjang cuti berbaki dua hari kelmarin, beberapa orang rakan2 aku sepakat untuk membuat perkelahan penuh adventure di Sungai Gabai, Ulu Langat. Jauh gila rasanya tempat tu. Pihak organisasi (eh..ada tau!) yang diketuai oleh saudara Abu dan Piji berjalan dengan sangat smooth. Dari proses membeli barang sampailah marinate ayam2 yang hendak dibakar. Semuanya kerja orang lelaki tuuu… sampaikan beberapa girls yang join buat muka tak percaya sampai mati!. So, berbekalkan ayam yang sangat sedap dan bihun goreng tempah makcik, kami menyahut seruan alam Sungai Gabai dengan penuh berharap.
First, belum pun sampai kawasan air terjun cantik itu, salah seorang peserta minta diberhentikan dikawasan masjid. Masing2 buat muka panic bila Pa’e keluar meluru tidak sabar. Nak terkucil rupanya daaa…Perjalanan diteruskan dan apabila sampai dikawasan berbukit Sungai Gabai, masalah timbul apabila bas yang kami naiki agak seriau untuk mendaki bukit yang agak ti
nggi dan idea untuk turun dan menapak menuju ke kawasan air terjun itu tiba2 muncul macam lampu mentol terkedip2. Keadaan agak kecoh apabila masing2 buat muka agak sinis ‘Gila ke apa dia orang ni?’, antara mimic muka yang dapat aku baca. Tetapi suasana kembali terkawal apabila pakcik bas dengan rela hati membawa bus mendaki bukit walaupun laluan yang kami lalui agak sempit. First, belum pun sampai kawasan air terjun cantik itu, salah seorang peserta minta diberhentikan dikawasan masjid. Masing2 buat muka panic bila Pa’e keluar meluru tidak sabar. Nak terkucil rupanya daaa…Perjalanan diteruskan dan apabila sampai dikawasan berbukit Sungai Gabai, masalah timbul apabila bas yang kami naiki agak seriau untuk mendaki bukit yang agak ti
Kurang lebih 15minit, kami sampai di tempat yang dituju. Suasana kecoh sekali lagi apabila kami perlu mendaki sejauh +- 150 anak tangga yang sangat **********
Walaupun kedengaran Dora bersuara ‘Freak!’ dan muka Pak Din dibasahi peluh jantan, dan masing2 mengah umpama masuk marathon 100 meter, yang kurus semakin kerimping dan yang bertubuh semakin susut dan slim, kami semua bersemangat untuk membasahkan diri untuk mandi apabila melihat panorama indah alam semulajadi dan buatan (termasuk yang berpakaian seksi yang membuatkan mata2 budak lelaki terjojol hendak keluar!hahaha) Setelah dua kali berpindah, kami berkeputusan untuk duduk di bawah pohon bamboo (fuh ayat nyer!!!) kelihatan semua selesa sebelum Cik Kedondong merengek2 tak sabar untuk menghumbankan dirinya untuk mandi! Hahaha…
10 minit selepas itu, kami mula membuat bara, danmembakar ayam yang diperap semalaman.
Part yang paling besh, bila tengok member2 aku membuat gelongsoran maut berhadapan dengan tempat lepak kami. Syok Gila mereka kata!!! Dapatlah tengok Bob buat surfing sambil duduk!. Sangat comel!. Hehehe… Apapun, aku yang lepak kat atas kawasan (jauh sikit dengan port2 gelongsor) dapat jugak habuan besar. Mana taknya, dalam waktu aku relek2 pisang sambil menikmati air terjun yang sangat nyaman itu, pinggang aku kena sepak secara tiba2. Sakitnya, Tuhan jela yang tahu!!!!. Badan orang yang sepak tu, besar 1 kali ganda dengan aku!. Dia pun buat gelongsoran maut kat jeram tempat aku bertapa tu. Kureng asam betoi!!!. Nasib pinggang aku tak patah!!!
So lepas 4 jam bermain air, makan2, ambil gambar (termasuk bersama hantu gambar Sungai Gabai, Cik Mini) dan Cik Kedondong dah menggeletar kesejukan dan merengek2 pulak nak naik ke darat, kami pulang sekitar jam 4 petang. Walauapapun, semua yang hadir sangat2 memberi kerjasama yang sangat sempoi. Dari sume budak Penang, Dungun dan Shah Alam, U’all sangat best laaaa…Banyak sebenarnya nak credit name kat sini macam Nadia, bagi kacang hape ntah, tapi sedap la, Imah tukang kipas sekejap pastu ilang, Zirah ngan Mira yang mandi sekali je pastu tak turun2 dah, sejuk katanya, Ida yang tak mandi kerana demam, kesian dia!, Pak Din pun tak mandi…ehem..kontrol macho ker? Hehehe…Kepada Ani, Asyikin, Mala, Anis, Super, Joe, Pian, Thanks for the supports n jayakan majlis ni (ceh cam majlis aku plak!) To all the names yang tak sebut sorry ye but U’all gak menyumbang kepada kemeriahan ini. See u next post!!!!babai!!!!!!!!!!
2 comments:
hohohoh
ak memang ske merengek-rengek ni...da ajak gi sungai xnak turun mandi lak
musti la aku hangen
hahahaha
nasib laki ade nak tulun masak
ak memang malas la xdpt nak tolong
Post a Comment