Haluu, salam permulan aku ucapkan kepada pembaca sekalian. Malas nak memanjangkan cerita, pada dua minggu lepas, kami berlima, rakan2 aku yang secara tidak sengaja tidak mengahdiri modul siri 1 pada semester 3, permulaan semester kami, dikehendaki menghadiri modul khas yang diperuntukkan kepada kami. Kitorang pun pergi, tetapi bersebab lah. Sebab progam Modul tu hanya akan berakhir jam 1.3o petang, bermula dari 8.30 pagi. Walaupun kelihatan tidak logik untuk bangun pada pagi Ahad.aku ngan member serumah, terpaksa juga datang demi memenuhi kewajipan sebagai student. Member kitorang pulak siap berkemeja lengan panjang lagi!.
Majlis dimulakan di dalam dewan melaut dengan atmosfera panas membahang, kerana ketiadaan air cond. Ceramah pertama adalah mengenai Islam Hadhari. Menyedari yang budak2 dok mengipas kepanasan, penceramah pun bagi ayat baek punya.-'Ni Baru panas dunia, bukan panas lagi hari akhirat'.
Tersengih2 seketika hadirin yang rata2 nya students, jelas terpukul dengan sindiran tajam itu.
Jelas apa yang aku ingin perkatakan disini, kita memang cukup liat bila membabitkan program ceramah mahupun motivasi (termasuk aku la.hehehehe). Tapi cuba kalau konsert free, dewan yang panas membahang, pasti sejuk mencengkam jiwa.Huhuhuhu...Fikirkanlah...
FaizalSulaiman:-) Hdup itu perlu berpada.
Tweet
No comments:
Post a Comment