Hai korang semua, pembaca blog Yang Burok itu Adakalanya Chantek ni. Memang chantek la kerana sekarang ni sedang aku berfikir-fikir tentang isu menarik untuk disajikan pada korang , tiba-tiba je aku terfikir tentang kisah URBAN LEGEND MALAYSIA yang sedar tak sedar, kita sudah mempunyai koleksinya. Alah, korang mesti pernah dengar juga sisihan cerita ni dalam hidup korang. Mana mungkin kita melupakan kisah wanita purdah yang tersalah menggunakan ilmu susuk, akhirnya membuat keputusan untuk mencari mangsa (40 anak dara) dengan menggunakan kereta Kancil, kaler merah. Gempar satu Malaya kisah itu siap masuk paper lagi!. Aku dengan member2 kampung (yang waktu itu berusia sekitar 11-12 tahun) jadi takut gila nak naik basikal sorang2!. Bila nampak je Kancil merah, mencicit kitorang lari masuk rumah!.
Itu tak termasuk lagi kisah Volkswagen Kuning yang menghantui pemandu Lebuhraya Karak satu ketika dulu, kisah misteri Orang Minyak mahupun kisah seram Orang Sebelah yang sebenar-benarnya hanya ada sebelah badan sahaja!!! Serem!!!
Ada jugak kisah yang dikutip dari kengkawan macam kisah pantang melalui bawah air mandi jenazah, dibimbangi korang akan nampak dimensi bayangan ke tiga!!! Ataupun bahaya kucing hitam melangkah pada mayat yang baru meninggal, bimbang jenazah itu akan bangkit semula!!!Huhuhuhu(Babak tu pernah aku tengok dalam filem Anak Pontianak, lakonan Seniwati Hashimah Yon)
Tweet
Ada jugak kisah yang dikutip dari kengkawan macam kisah pantang melalui bawah air mandi jenazah, dibimbangi korang akan nampak dimensi bayangan ke tiga!!! Ataupun bahaya kucing hitam melangkah pada mayat yang baru meninggal, bimbang jenazah itu akan bangkit semula!!!Huhuhuhu(Babak tu pernah aku tengok dalam filem Anak Pontianak, lakonan Seniwati Hashimah Yon)
Sebenarnya lah kan, kisah2 sebegini adalah sebahagian dari cebisan hidup kita yang sangat colorful. Tetapi yang jelas dan nyata, setiap perbuatan jahat dan jahil itu pasti ada balasannya kelak. Sahih atau tidak, Wallahualam.. Yang paling terbaru adalah kisah sekeluarga pocong, lima beranak dibakar pada satu kejadian di Kota Tinggi, Johor (terkejut aku membaca laporan tu). Laporan penuh click sini
Apa pandangan korang tentang topik kali ni?. Korang ada pengalaman menarik untuk dikongsi @ cerita ni sekadar fiksyen yang menakutkan jer? Korang boleh send comment, post pada shoutbox @ undi pada poll undian disebelah kanan korang. Till then, salam muhibbah!!
Indera:-) Meremang jugak bulu roma aku tulis post ni. Lagi2 waktu malam.Huhuhuhu...
1 comment:
ak ingat la cite antoo purdah tu
de gak rumours ckp die isap darah ank dara chantek je
ak pon ikot cuak kejap je
sbb ak lupe
ak tak chantek
hahahhaha
ak kan comel =p
Post a Comment