Friday, February 20, 2009

BETUL..BETUL..BETUL

Sebenarnya pagi2 lagi aku rasa tak sabar untuk update blog aku nih!. Sangat teruja nak review filem animasi 3D pertama Malaysia: GENG:-PENGEMBARAAN BERMULA. Ingat tak korang dengan quote kat atas tuh?. Aku rasa leh jadi quote paling ngetop abad ini kat Malaysia. Filem berdurasi 2 jam ni tak terasa panjangnya kerana begitu terhibur dengan keletah karakter2 nya yang begitu 'hidup' dilukis di atas storyboard seperti Upin,Ipin, Badrol, Lim, Rajoo, Kak Ros mahupun haiwan pelik bernama Opett yang kelihatan sangat cute. Kekuatan GENG terletak pada jalan ceritanya yang sangat padat, pantas, colorful with emotions, beautiful scenery dan mesej yang tepat dan sangat hampir dengan audiens. Tahniah diucapkan kepada Les' Copaque Production kerana berjaya menerbitkan filem ini. Kalau lama sikit kat panggung, confirm boleh jadi box-office!!. Terbaru aku dengar, GENG sudahpun mencapi kutipan RM1.76 juta!!!. Tahniah buat korang!!!

Pada korang yang anti filem Melayu, cuba2 lah pergi nonton filem ni. Nak salahkan kelompok yang 'menjebeh' filem Melayu ni 100% tak boleh jugak. Mungkin mereka tersilap memilih filem, cerita yang kononnya best tapi akhirnya kena tipu bulat2 dekat panggung. (Aku pernah terkena. Masa lepas SPM berkobar kobar pergi menonton M*S***. Macam2 perasaan ada. Geram dengan hidop2 ditipu dgn duit habis coz jalan cerita hampas!!).


Buat korang, janganlah menyerah kalah. Disebalik dedebu itu, ada yang bersihnya. GENG adalah salah satunya. Tak perlu condemm @ f*** filem kita. Ingat, tak semua produksi luar@ Hollywood itu bagus!.
Cite banyak pon tak guna. Korang pergilah tengok sendiri GENG yang kini sedang ligat berputar di pawagam berhampiran. Oh ye, pelawat blog yang datang hanya untuk download, silakanlah download lagu pilihan di bawah. Tak cukup lagi, leh la request permintaan korang pada shoutbox @ post comment. Till then, Salam muhibbah! (Klik kat lagu, than follow je instruction dalam page lagu pilihan korang tu)


Faizal Sulaiman:-) Filem kita wajah kita. Filem luar, kita pun menyibuk nak menumpang

1 comment:

farida tarmize said...

wahahah

cam nak tengok lagi

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED