Monday, October 12, 2009

KU TUNGGU

Entry pendek sebab ku tatau nak tulis apa sebenarnya. Alasan kan?.hoho.
Jujurnya, aku bukan A BIG SUPPORTER of malay movie.(sangat tak patriotik doh!). Penonton skunk sudah leh tahu mana filem yg bagus atau tidak. Jadi pandai2 la pilih mana citer yang korang rasa berbaloi untuk ditonton, okay.

Dibawah ni, aku senaraikan enam filem tempatan yang aku sendiri eager untuk menonton selain ada yang masih di dalam proses penggambaran. Chek it out!


1) Jalan Lama
Tukang Arah:-) Afdlin Shauki
Tukang Lakon:-) Hans Issac, Namron, Vanida Imran & Que Haidar

* Filem arahan Afdlin Shauki ini buat pertama kalinya mencabar beliau untuk mengeksplorasi genre Fantasi/Misteri. Mengambil sedikit konsep Lord of The Rings, film ni mengisahkan dua beradik yg menerima berita kematian ayah mereka. Si abang yg tak berapa ngam ngan si adik dan keluarganya (disebabkan dia lari dari rumah sewaktu usia muda) membawa tugas berat membawa adiknya pulang ke kampung. Mereka mengambil keputusan untuk menggunakan sebatang jalan lama sbg jalan pintas ke kampung mereka. Dijalan itu, mereka bertemu dengan pelbagai misteri dan kehadiran mistik si Queen Mata.

2) The Chronicles of Merong Mahawangsa
Tukang Arah:-) Yusry
Tukang Lakon:-) Stephen Rahman Hughes, Ummi Nazeera

* Filem yang 70%nya berbahasa Inggeris menggabungkan pelakon pelbagai negara baik dari Malaysia, Sweden, China dan United Kingdom. Bajet?bak kata KRU Production, RM 8 juta jer. Harap2 ianya menjadi sebuah cerita epik yang baik.

3) Pisau Cukur
Tukang Arah:-) Bernard Chauly

Tukang Lakon:-) Maya Karin, Fazura, Aaron Aziz

* Bila mangsa dan pemangsa terperangkap dlm satu kapal mewah, apa tindakan mereka?. Film berkonsepkan dark comedy ni dihasilkan fully in CGI merupakan gandingan 1st Maya dan Fazura. For sure, film ni dipenuhi ngan warna2 pink yg sangat sinonim ngan karya2 feminisme Bernard. Gol & Gincu contoh yang terbaik!

4) Empayar Dendam Taming Sari
*Filem epik ni masih di dalam proses post production. Katanya nak dibuat dlm bentuk trilogy. Roughly, its about all the political drama in Malacca, bagaimana Tun Teja terpaksa berbelah bagi antara kekasih dan tunangnya sendri selain kemunculan karakter2 pelik cam "Orang Bunian" dan "Sang Kelembai". Sounds interesting!.

5) Syiling
Tukang Arah:-) Kabir Bhatia
* Juga masih dalam perancangan, filem Syiling dari my favret director nih merupakan kesinambungan filem Setem. Hoho..bayang2 tu aku dah nampak seh. Aksi kejar2, komedi cambest dan gerakan kamera yang cun!. Ouh..apa dah jadi ngan projek Ku Seru ekk? (based on hit horror show-Kekasihku Seru)

6) Hanyut
Tukang Arah:-) U Wei Hj Saari

Tukang Lakon:-) Khalid Salleh, Sabri Yunus, Alex Komang, El Manik
* Based on the novel by Joseph Conrod-Almayer's Folly merupakan novel kurun ke 19 berlatar belakangkan Tanah Melayu ketika itu. (Latar asal adalah Borneo). Kisah bermula bila Almayer, seorang pedagang Inggeris yang ingin mencari gunung emas selain tercabar dengan karenah isterinya, kuasa penjajah, ketua suku kaum dan para pedangang Arab serta cinta anak perempuannya, Nina terhadap putera Melayu, Dain Maroola. Karya U Wei pasti dipenuhi unsur Femenisme selain mampu menghasilkan kretiviti filem yang baik.

Kira banyak gakla filem cambest yg wajib tonon sepanjang tahun depan.Hopefully menjadi la wehh.hohoho.

p/s--)Novel Oktober7 will be update on this coming Tuesday.Bad Internet connection...

Indera:--)Rise and shine..up2!!

4 comments:

farish izaryl @izreez said...

pisau cukur cm best lah!

Faizal Sulaiman said...

farish H--)sure best sbb de maya.hahaha

NUke_Rude said...

ha.. make sure ko tgk kat wayang bro. tu baru btul support filem..

jgn jd cam aku ni... cetak rompak pn layan juga! hah ha hah

Anonymous said...

Empayar, adalah tajuk kepada sebuah trilogi yang mana sebenarnya adalah Hikayat Hang Tuah yang ditulis semula. Kemungkinan konteks penceritaan dan penghikayatan Hikayat Hang Tuah oleh penulisnya yang sebenar (juga tidak diketahui siapa) adalah penelusan kegusaran dan kekecewaannya terhadap bangsa Melayu. Hikayat Hang Tuah dipenuhi dengan kisah dengki, tamak, penipuan, dendam, korupsi dan ketiadaan maruah diri, seperti membodek dan sebagainya, serta kehilangan jati diri. Ini secara terus menempelak bangsa Melayu itu sendiri, lantas dengan mengorbankan karekter Hang Tuah sebagai mangsa perihal orang Melayu ini, penulisnya cuba untuk menulis dan mewujudkan seorang hero untuk orang Melayu secara tersurat, tetapi yang tersiratnya pula adalah sindiran serta peringatan kepada bangsa Melayu inin sendiri. Namun, kedengkelan bangsa Melayu yang tidak mahu menerima kelemahan dan kebenaran, menjauhkan diri mereka daripada mengakuinya lantas menyembunyikan segala kebenaran dan kelemahan sehinggalah bangsa Melayu ini terus-terusan berperihal sebegitu sehinggalah ke hari ini.

Persoalannya:
1)Siapa penulis skrip yang sebenar filem itu?

2)Kenapa cerita Tun Teja diubah?
Ianya bukan kisah Tun Teja yang terpaksa memilih antara Megat Panji Alam atau Hang Tuah, tetapi sebenarnya adalah penceritaan tentang perjalanan Hang Tuah dalam mengenali dirinya sendiri dan penghayatannya tentang keluhuran dalam kesetiaannya untuk siapa, adakah kepada Raja, seorang individu, kepada Melaka, negaranya, kepada Tun Perak,yang dianggap sebagi bapanya atau sebenarnya kepada dirinya sendiri.

Fikirlah...

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED