Saturday, October 31, 2009

TAHAJJUD RINDU

Currently I'm listening to Siti Nurhaliza's "Tahajjud Cinta". Not to doubt her powerful vocal but this time she excell through this so called "album kerohanian". Really adore her performance through Tahajjud Cinta and Pintu Rindu.


Okay guys.That's all the updates for the last day of October. Holloween and hell yes, my 2nd installment online novel merely end a few hours ago. Kinda ironic rite?. What a relief!!!


NotaKakiFaizal:--)4 final papers to go!!. Just prepare & blasah jerrr.huahuahua

Tuesday, October 27, 2009

TENDANG TENDANG


Apa kejadah kalau beli benda mahal, tapi cepat rosak?

Sekarang ni bermacam-macam emosi ada bila aku pandang jam Tag Heuer aku tuh. Kalau nak banding ngan jam RM10 yg ku beli kat pasar malam, memang jam murah RM10 tu lagi tahan lama.

Korang rasa, apa ku patot buat ngan TagHeuer aku tuh?.Most probably aku cam nak campak je dari tingkat lapan bilik aku tuh. Kalau jual kat e-bay alku jugak kan?hoho

Sunday, October 25, 2009

DANG..DANG..DUT

Sapa nak baca n3 ni dalam keadaan tunggeng2 gelakkan aku, silakan la yer.

Akhir2 ni aku slalu letak status "layan dangdut" dlm ym ku. Seyesh aku tak memain okay!. Aku memang sungguh layan dangdut ni tau.hahaha. Cuma aku tak la gelek2, walau teringin nak wat belly dancing kan?ohoiiii!!!
Ye ar ku da bosan ngan lagu RnB n urban2 ni. Sekali sekala nak ubah selera gak.

Dari aku tak tau satu2 lagu tuh, jadi tau weh!.Makan gelak gak la kawan2 sebab aku layan dangdut. Bak kata diorang "Ko gila apa?!!!". Ye aku gila. Aku gila kat Amelina. Gila kat sore dia yang "asyik..asyik..asyik nya bercinta!" ngn lagu satu lagi tuh yang ada "ah..ah..ah"

Perg Lipstic merahnye Mak Ngah!


Setau aku dulu, muzik dangdut ni dipandang sbg kelas bawahan. Ntah kelas keberapa aku tatau la. Tapi yang pasti bukan kelas 1 Merah atau kelas 1 Cemerlang okay.

"Dangdut?Kampung nyeee", camtula lame nyer alasan pendengar2 dulu. Sebab tu Mas Idayu ye ye oo mempertahankan hak dangdut utk dikeudarakan di radio, walaupon ada sekali sebuah radio swasta merejeck permintaan beliau. Gila gigih!!!

Yang paling aku igt ialah Amelina (Alin). Walaupon dia takla bergelek hardcore cam nak patah pinggang seperti Inul Gerudi tu, performance Amelina agak sopan dan berjaya menjual album dengan baik. Leh idop si Alin ngan dangdut. Lepas Alin, kuarla dari sarang artis2 cam Sheeda-Angkat Kain..eh silap2 "Angkat Kaki", Haiza (Dag Dig Dug), Haida (tak igt tajuk lagu kakak ni, tapi dia siap pengsan okkkayy masa Juara Lagu semasa lagu dia menang etnik kreatif. Motip sgt!) & Mas Idayu si ratu gelek 360 darjah.

See, banyak kan artis dangdut dolu2?!. Tu belom sebut yang tak berapa nak top. Yang tak ble blah tu ada gak artis yang tak pernah berdangdut, alih2 je leh berdangdut. Nak wat camne kan.. Dah kehendak market masa tu. So depa kena ikot. Sib baik Amy Search ngan Awie leh bertahan weii. Aku takle bayang dua rokcers ni bergelek dangdut doh!!!. Kalah M Daud Kilau tu!!!

Bila sebut Amelina je, automatik orang akan ingat dangdut n skendel dia ngan Iwan.opsss. Dah2 citer lama. Lepas je Alin bersara, dangdut semakin slow n lesap dari industri muzik tempatan. Buktinya, dah takde da category Album Dangdut Terbaik dlm setiap penganjuran AIM. Da takde sapa nak buat kan?Nak wat camne?.

Ke korang, si pembaca budiman yang nak buat album dangdut?Boleh je.Da siap, korang post kat shoutmix aku, then kita reramai poco2 ngan lagu tu okkkeyy.hahahha

Indera:--)Melepas tekanan:-)

Saturday, October 24, 2009

FAILED PLAN


Salam readers;

After with so damn hectic days, plus with a refreshing blog page in nearly thirty so called minutes, I managed to update it regularly. Sounds funny rite?!. Just don't wanna touch on that part. Because when I touch it, my mouth automatically can be foul!

The plan that I've thought can be realize before fasting month considered failed. Dammit!. With so many ass-ments, final project paper plus with so many drama in my life, could be a catalyst into that failed plan.

To all my friends that i promise to involve into that volunteer project, I'm really sorry ya. Sometimes what we've plan doesn't get an "approval" from an Above!. You know..the One who observe our life, as He never fail when it come towards in matter of dead and alive!

Its called "fate". People, sometimes may refer it as "unlucky". Whichever it is, I accept it truthfully!

Indera:--)One failed plan conjure to another plan!

Friday, October 23, 2009

BILA KAKI DAN TANGAN HENDAK BERKATA-KATA


Ganas tak hengat tajuk n3 aku.ehehehe.Ok la..cam dah lama sangat aku tak update blog kan?. Awas!. Kata2 persaran masih lom wujud dlm kamus hidup seorang blogger tegar okeh!.hahaha.

N3 kali ni masih around kesibukan yg tak sudah2. Marah ngan penat tu toksah citer la weh. Dan isu kali ni, aku nak kongsi part2 takble bla bila mulut rasa berat nak bercakap, tangan kaki pulak ringan nak berkata2.ewahhh! Jom check it out!

1) Sindrom payah minta tulun. Masa minta tlg kita..aduoyaii muka baik gila!
2) Sindrom keje melepas batuk di dalam lif!.(dah moden so aku tukar la sket). Wat keje ikot dan dia jer. Pastu yg jadi mangsa sape?Bukan mereka dan kuarga mereka okay!.
3) Selfish. Pergh..ko ingat ko sapa?.Bila wat satu2 keputusan tu,langsung tak pena fikir orang lain!
4)Sound sikit, dah merajuk. Adeh!
5)Internet slow, Lagi2 kalu nak buka page blog. Virus apa kejadah ntah, menyerang lappy plak.Tatau mana satu ku nak sepak. (p/s:--)thanx for new followers and few bloggers yg tingalkan jejak kat my shoutbox tuh.Seyesh weh, setiap kali aku nak view page blog ku, area followers ngn shoutbox tu akan jadi loading error!)

Sebenarnya banyak lagi aku nak jot down, tp..cukupla lima jer. Tanak a lebey2. Oh ya! Next week aku dah nak final exam!. Cam tak caye doh!. Ngan study week yg aku rasa cam tak bape nak cukup buat aku rasa seriau gilak!!. Cuak..cuak..

Indera:--)Diam2 ubi berisi.Diam2 manusia?

Sunday, October 18, 2009

SINGLE ITU BEST!

Salam;

Baru ada masa nak menaip di dalam blog. Lucunya, dalam masa2 sesibuk ini pun aku masih memikirkan status single yang masih aku simpan skunk. Lumrah manusia, biasalah. Nak hidup berpasangan. Nak berteman. Ada tempat mengadu.


Tapi kan..., seronok juga kalau jadi single ni.
Nak tau kenapa?

1)Tak terikat ngan mana2 pihak.
2)Bebas berkawan ngan sesiapa saja.
3)Tak perlu menyusah diri memikirkan perasaan pihak ke dua yang perlu kita jaga.

Ketiga-tiga ni sekadar perspektif rambang aku sepanjang aku bergelar single. As life of a students growth, aku menghadapi pelbagai pengalaman manis yg tak perlu disekat oleh sesiapapon. Bagi mereka yang bercouple, perkara seperti merajuk, dating, gaduh2, dsb merupakan perkara yang manis dan menyeronokkan utk dilakukan. Macam rencah dalam masakan!

Ada juga yang takbole hidup single. Lepas putus cinta, berdesup tol dia cari ganti. Adatla kan?
Dah namanya manusia, sapa yang tanak berpasangan ? Tapi bagi aku...beragak la. Takkan cepat sangat kot?!

Tapi jujur aku katakan, menjadi single itu agak seronok. Takdela seronok gila. Tapi its quite fun!

But if you feel that u need some company that together share ur lovely moments, korang carila cepat2 okay!

Indera:--)Love is color blind!

Thursday, October 15, 2009

SIBOKNYA SAYA

Entry ni ditaip dalam kepalaku penuh ngan segala esaimen dan data entry yg perlu ku key in dalam software SPSS & Excell utk thesis final semester aku.


Sbenarnya byk benda nak citer. Dah tepu sangat mungkin, so tatau nak citer mana dulu. Hahaha.

Ngan isu birokrasi yg tak sudah2, internet yg slow nak mampos plus with last minute backup assignments that need to complete n submit next week. Ada lebey kurang 3 ass-ments yg lecturer ku bagi last2 minit.Nak wat backup markah kot.

Blog novel plak da seminggu tak update.Hadoiyaiii..Sorry ye guys!. Kawe sibuk sungguh ni. InsyaAllah, mlm ni kalau connection intenet tidak lembab dan lampi, kawe update okay. Post schedule lagi!

O..ye..this coming friday ada dinner last year students for my faculty.Nak gi ke tak ekkk??

Indera:--)Nak magic potion sbb dah boost up energy.hahahaha

Monday, October 12, 2009

KU TUNGGU

Entry pendek sebab ku tatau nak tulis apa sebenarnya. Alasan kan?.hoho.
Jujurnya, aku bukan A BIG SUPPORTER of malay movie.(sangat tak patriotik doh!). Penonton skunk sudah leh tahu mana filem yg bagus atau tidak. Jadi pandai2 la pilih mana citer yang korang rasa berbaloi untuk ditonton, okay.

Dibawah ni, aku senaraikan enam filem tempatan yang aku sendiri eager untuk menonton selain ada yang masih di dalam proses penggambaran. Chek it out!


1) Jalan Lama
Tukang Arah:-) Afdlin Shauki
Tukang Lakon:-) Hans Issac, Namron, Vanida Imran & Que Haidar

* Filem arahan Afdlin Shauki ini buat pertama kalinya mencabar beliau untuk mengeksplorasi genre Fantasi/Misteri. Mengambil sedikit konsep Lord of The Rings, film ni mengisahkan dua beradik yg menerima berita kematian ayah mereka. Si abang yg tak berapa ngam ngan si adik dan keluarganya (disebabkan dia lari dari rumah sewaktu usia muda) membawa tugas berat membawa adiknya pulang ke kampung. Mereka mengambil keputusan untuk menggunakan sebatang jalan lama sbg jalan pintas ke kampung mereka. Dijalan itu, mereka bertemu dengan pelbagai misteri dan kehadiran mistik si Queen Mata.

2) The Chronicles of Merong Mahawangsa
Tukang Arah:-) Yusry
Tukang Lakon:-) Stephen Rahman Hughes, Ummi Nazeera

* Filem yang 70%nya berbahasa Inggeris menggabungkan pelakon pelbagai negara baik dari Malaysia, Sweden, China dan United Kingdom. Bajet?bak kata KRU Production, RM 8 juta jer. Harap2 ianya menjadi sebuah cerita epik yang baik.

3) Pisau Cukur
Tukang Arah:-) Bernard Chauly

Tukang Lakon:-) Maya Karin, Fazura, Aaron Aziz

* Bila mangsa dan pemangsa terperangkap dlm satu kapal mewah, apa tindakan mereka?. Film berkonsepkan dark comedy ni dihasilkan fully in CGI merupakan gandingan 1st Maya dan Fazura. For sure, film ni dipenuhi ngan warna2 pink yg sangat sinonim ngan karya2 feminisme Bernard. Gol & Gincu contoh yang terbaik!

4) Empayar Dendam Taming Sari
*Filem epik ni masih di dalam proses post production. Katanya nak dibuat dlm bentuk trilogy. Roughly, its about all the political drama in Malacca, bagaimana Tun Teja terpaksa berbelah bagi antara kekasih dan tunangnya sendri selain kemunculan karakter2 pelik cam "Orang Bunian" dan "Sang Kelembai". Sounds interesting!.

5) Syiling
Tukang Arah:-) Kabir Bhatia
* Juga masih dalam perancangan, filem Syiling dari my favret director nih merupakan kesinambungan filem Setem. Hoho..bayang2 tu aku dah nampak seh. Aksi kejar2, komedi cambest dan gerakan kamera yang cun!. Ouh..apa dah jadi ngan projek Ku Seru ekk? (based on hit horror show-Kekasihku Seru)

6) Hanyut
Tukang Arah:-) U Wei Hj Saari

Tukang Lakon:-) Khalid Salleh, Sabri Yunus, Alex Komang, El Manik
* Based on the novel by Joseph Conrod-Almayer's Folly merupakan novel kurun ke 19 berlatar belakangkan Tanah Melayu ketika itu. (Latar asal adalah Borneo). Kisah bermula bila Almayer, seorang pedagang Inggeris yang ingin mencari gunung emas selain tercabar dengan karenah isterinya, kuasa penjajah, ketua suku kaum dan para pedangang Arab serta cinta anak perempuannya, Nina terhadap putera Melayu, Dain Maroola. Karya U Wei pasti dipenuhi unsur Femenisme selain mampu menghasilkan kretiviti filem yang baik.

Kira banyak gakla filem cambest yg wajib tonon sepanjang tahun depan.Hopefully menjadi la wehh.hohoho.

p/s--)Novel Oktober7 will be update on this coming Tuesday.Bad Internet connection...

Indera:--)Rise and shine..up2!!

Thursday, October 08, 2009

SI PEMAKAN HATI

Entry ni takde makna nak memburukkan sesiapa. Lantak kau la kalau kau nak terasa.
Aku bukan tak bersyukur. Aku geram. Tak salah kan? Entry kali ni pelik skit sebab aku nak berkongsi satu perkara yg betol2 membuat marah aku menggelegak sampai ke otak.


Khamis, Oktober 8, 2009
Aku takde class, sehari suntuk harini. So, instead of berkulat duduk dlm bilik ngan ketiadaan internet connection, aku mengambil keputusan utk pergi ke fakulti kampus utama untuk wi-fi, mencari koleksi jurnal2 untuk thesis selain assignment yg memerlukan carian tambahan internet.

11.00 am
Internet connection pulih coverage nya. Bagusla..tak payah nak buang masa buat report yg tatau bila depa nak repair. Tapi biasala, ngan connection cam seekor sloth yg malas dan lembab, aku masih ngn keputusan utk ke kampus utama sbb wifi nya laju gilababeng. Smooth loading page selain cepat dan menjimatkan masa aku. Tambahan plak bleh mengurangkan masaku memaki hamun(disebabkan loading page internet di bilik yg lemau cam biskut meri yg terdedah di udara)

1.00 pm
Aku tunggu bus cam biasa ke main campus.Tak sampai 15 minit naik bus, bus tetiba meragam, betol2 bwah jambatan flyover di kampus baru aku tuh. OMK!!! *
Aku merungut lagi..tp dlm hatilah. Dah tau nak jalan jauh, kenape nak guna bus yg uzur?. Jimat kos, maybe…
30 minit menunggu, bus bleh bergerak semula.

2.45 pm
Tros ke sudut pelajar. Dah get ready utk download sumer jurnal dan koleksi past year paper dgn penuh bersemangat. Masalah lain plak timbul. Internet tak dapat penetrate!. Wireless connection nya dapat. Tapi takbleh masuk plak. Jujurnya aku bukan tak mahu guna wi-fi di kampus aku skunk, tapi sebilangan dari kami yang tercampak di kampus baru ni (mostly my coursemate) tidak boleh mengakses wi-fi dikampus baru, disebabkan status kami masih lagi students kampus lama. Report sudah dibuat, tapi langsung takde progress sampaila dah nak dekat akhir semester ni!.Sistem yg macam...

Hai..apala nasib. Serius..mood aku sangat geram sangat skunk. Dek kerana geram gak, aku nyaris2 tertinggal plug lappy aku selepas sejam aku try nak akses internet gagal.hoh!. Takpe..selagi aku leh sabar..sabar jelah. Nanti kang dikata, kita tak bersyukur. Tapi..adehhh korang fikirla sendri.

Indera:--)Kang taklama lagi kuar kat surat khabar. "Pelajar mati disebabkan makan hati".LOL!
*OMK--)Oh Mak Kau!

Sunday, October 04, 2009

FIKIR POSITIF

Salam.

Korang pernah ditimpa masalah besar?. Bukan masalah ciput2 tau.

Apa tindakan korang?

Ya, kita selalu dengar,
"sabar..ia dugaan hidup"
ataupun
"cakap senangla. Ko tak kena. Ko tak tau?!"

Tetapi adakah kita benar2 memahami perasaan mereka yang bermasalah ni?

Macam aku sendiri, aku pernah mengalami satu dugaan berat. Sapa tak sedih dan rasa kehilangan bila ibu yang kita sayangi pergi selama-lamanya meninggalkan kita?. Ianya terjadi 11 tahun dulu. Aku taknak cerita panjang2 sebab blog aku ni bukan luahan simpati okay. Tapi cukup aku katakan yang masa tu, aku dan adik beradik lain masih kecik2 dan agak sukar untuk kami menerima Takdir yang Allah berikan sesingkat itu.(masa ni setan musti ngah berdondang sayang sebab aku selalu fikir, kenapala Tuhan amik mak dari aku)

Alhamdulilah, masa tu mungkin sifat kedewasaan sudah mula ada, aku cuba mempraktiskan apa ertinya "berfikiran positif".

Di waktu tu, aku cuba memujuk hati dengan berkata..

"Mungkin ada orang lain yang lebih teruk hidupnya daripada aku. Sekurang-kurangnya aku masih ada seorang ayah. Bagaimana plak ngan anak yatim piatu yang langsung takde mak ngan ayah tu?!"

Dan sikap berfikiran positif ini sudah diamalkan sepanjang hidup aku, sebab aku tahu hidup ini satu putaran.

Sebagai Muslim, kita kena selalu ada perasaan redha kerana Allah akan selalu menguji baik masa kita senang, ataupon susah.

Ini kerana Allah sangat menyayangi kita.

Itu sebabnya, bila datang satu2 musibah, seperti sakit atau masalah hidup contohnya, kita digalakkan untuk beristighfar.
Tujuannya adalah untuk membayar kifarah dosa2 kecil yang lalu.

Dan sebagai Muslim juga, galakkan diri untuk meminta petunjuk dari Allah. Mintalah jalan penyelesaian atas apa yang telah terjadi. Takde guna kalau kita selalu lari dari masalah atau duduk menangis sepanjang hari mengenang nasib.

Selalu ingat!, syaitan sangat suka "menyerang" kita tatkala keimanan kita sangat tipis.

Indera:--) Yang namanya manusia itu selalu diuji.

Saturday, October 03, 2009

ADRENALIN TINGKAT TINGGI


Salam.

Memula entry bulan seploh dah emo bagai. Maybe semua ni nak menguji tahap kesabaran ku.

Sabar..sabar..

Dah nak exam cam biasala pressure sana..tertekan sini. Adat ye tak?.

Banyak2 benda yang membuatkan ku hangin adalah Internet Connection.

Dia buat lagi dah!

Ok la maybe disebabkan gempa bumi bebaru ni mempengaruhi tahap ke"moist”-an connection tersebut. Kita takle nak salahkan act of God kalau perkara2 seperti ini terjadi. Ia semulajadi.

Tapi beragak la weh. Satu block aku plak tu takleh connect internet. Peciter ni bhai?.(emo nih..emo nih). Masuk ni dah dua kali perkara sama berulang. Yang pelik bin ajaib tu,blok2 lain tak kena plak. Haih! Sungguh menakjubkan kepala otak beta memikirkannya. Hmmm…ada puaka kot?

Kalau report pon, maybe the connection will recover for about 1 week!. Kira penat aku tertonggang tonggeng turun naik tangga gi report tu disifatkan berbaloi la. Hadeh!. Takble bla tol!

Sekarang ni semua assignment yang memerlukan carian tambahan di internet terpaksa ditangguhkan dulu. On the other side, lappy aku leh la “goyang kaki” tak bekerja untuk tuannya.hoho.

Takpe, aku bagi kau rehat okay!. Tolak cuti tahun ar! LOL!

Indera:--) Insan di post “Akan Tiba” sudah perlahan-lahan ku lupakan. Buat apa tunggu sesuatu yang tak pasti?.Ibarat tunggu buah tak jatuh. Walau hati perit, lupakan saja tentang rasa itu kerana ia takkan bersatu di bumi nyata…(Embun, 2002)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR