Monday, September 10, 2012

Memori: Rap Too-Phat, Kenangan Belajar Bahasa Inggeris & Kegemilangan BoyBand

Pasti dari kau orang semua kenal dengan kumpulan rap duo Too-Phat.

Kalau tak kenal, maka tak lejen!

Too-Phat yang asalnya dianggotari Malique dan Joe Flizzow ini membawa gelombang baru dalam dunia seni suara Malaysia. Rap Duo ini meletup dengan album kolaborasi mereka dengan artis-artis top!

Aku mengikuti scene Too-Phat ini melalui along yang gemar membeli kaset ska termasuklah album Platinum Edition duo ini, tak silap around 2000. Ramai artis berkolaborasi dengan mereka termasuk lagu catchy bersama Camelia dan Sharifah Aini (kini Dato'). Masa tu aku form 3. Kebetulan masa itu aku sedang gigih cuba kuasai Bahasa Inggeris dengan baik. Maklumlah, aku sekolah kampung. Penggunaan B.I dikalangan kawan-kawan pula sangat limited. Maka, kita belajar sendirilah =)

Rupanya belajar melalui lagu lebih seronok!

Namakan saja BoyBand yang muncul bak cendawan masa tu. InsyaAllah aku ingat. Westlife, Backstreet Boy, Nsync, O-Town, Blue, A1, hat siapa yang nyanyi lagu "Last Flight Out" tu? Sumpah tak ingat!

Mungkin sebab mereka ni kiut (kot) maka jadi tarikan seantero Asia. Aku? Pernah tahu battle Britney Spears dan Christina Aguilera? I vote for Christina sebab bila dia nyanyi live, suara dia mantap tak macam Britney yang lain sikit. Masa tu Britney agak liar. Budak-budak baru nak naik katanya! hahaha.

Tapi lagu yang betul2 beri kesan kat aku adalah duet bekas suami isteri ini. Siap tampal kat meja belajar.

Kau mampu?


***

Promo Cerpen Khas "Sepatu Kaca"

Diambil dari dongeng Cinderella, mengisahkan Fariq Zakri yang tinggal berdua dengan datuknya, Al Bana yang mewariskan sebelah sepatu kaca peninggalan keturunan mereka. Al Bana meminta Fariq mencari 'pasangan' kepada sepatu kaca yang hilang kerana dia percaya bahawa pemilik sepatu yang hilang itulah jodoh cucunya. Pencarian itu menemukannya dengan Cik Melati, pensyarah arkeologi yang licik dan power hunger yang juga mencari pasangan sepatu kaca yang sama, untuk dijual dengan harga yang tinggi. Dia sanggup menipu anak saudaranya Amira Hani, pemilik asal sebelah lagi sepatu kaca, pada malam tari menari sebelum berniat untuk membunuhnya dengan epal beracun.


Sepatu Kaca akan disiarkan pada Khamis jam 0630 pagi :)

12 comments:

NusrahYahya said...

semua boy band yg disebutkan tu memang kegilaan akak n bestfriend pada masa tu..since ktorg form4.masa tu boy band2 ni mmg top n hensem2..hahaha

Ri said...

fuh! tangkap dlm la lagu 'where you are' tu...
tima kasih sudi hadir beri semangat ye n_n

Ermizi Muhamad said...

Masa ni jugaklah, band-band indonesia dah mula msuk ke Malaysia. Aku masih ingat, masa ni Sheila On 7 meletup.

ghost said...

zaman aku mengenal NKOTB, gian nak berboyband gak.

Asrul "iLham" Sany said...

aku suka britney spears ~

Faizal Sulaiman said...

NY ---> misti poster2 penuh dalam bilik kan?

Faizal Sulaiman said...

Ri ---> sama2 ri. what's friend's for?

Faizal Sulaiman said...

MuhdJijiee ---> yup. sejak tu tetiba tahu all lagu Indo :)

Faizal Sulaiman said...

ghost writer ---> dem!! Step By Step aku tahu wehhhh

Faizal Sulaiman said...

Asrul "iLham" Sany ---> beliau seksi. aku masih ingat pameran beliau lewat VC 'dont let me be the last to know'. hawt gilaaa

Lyla Ibrahim said...

Saya belajar bahasa inggeris melalui lagu!!!

Faizal Sulaiman said...

Lyla Ibrahim ---> kan? ia lebih menyeronokkan!!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED