Tuesday, September 18, 2012

Shortie: Khayal


Ada dua orang budak lelaki. Tubuh mereka meniarap di atas permukaan tanah berbukit. Seorang menggenggam cebisan rumput yang masih kuat akarnya lalu berteriak kepada sahabatnya yang seorang lagi.

“Cepat! Kita tak punyai masa!”

Sahabatnya yang berwajah cemas, lekas memberi respon.

“Aku tengah cepat la ni, tapi…”, belum sempat sahabatnya menjawab, tubuhnya sudah tergolek-golek menuruni bukit berumput itu sebelum sahabatnya yang seorang lagi turut tergelincir, bergolek sama ke belukar kecil.

“CUT!!”

Ada suara seorang budak sebaya mereka sedang menjerit memberi arahan. Budak-budak lelaki itu tersenyum puas.

“Bagus la korang. Pandai buat action”, bilangnya sambil turut memerhati calar balar di kedua belah tangan budak lelaki itu selamba. Dia tahu budak lelaki itu tak ada apa-apa. Mereka suka buat aksi. Dua tiga hari lepas, sebelum ‘shooting’, mereka bercadang mahu terjun dari pokok. Tapi yang seorang lagi mencadangkan supaya, untuk menambah aksi, mereka perlu menggunakan kain putih, yang dianggap seperti payung terjun.

Setakat ini sudah hampir lima babak mereka tiru sebaik saja mereka ulang tayang filem aksi Lurah Dendam, arahan Raja Ahmad Alauddin. Momen paling best bila seekor burung terlanggar kipas kapal terbang lalu memaksa mereka terjun dengan menggunakan payung!

Mereka bertiga membawa diri naik ke atas rumah lalu salah seorang (anak tuan rumah) memasang VCD ‘Layar Lara’.

“Aku suka babak itu!”, pekik salah seorang dari mereka.

Kelihatan babak Azean Irdawaty, namanya Auntie Zai, berkebaya putih, berkain batik sedang turun ke laman rumah. Poster Asmara Juita, filem hitam putih masih terpampang di rumah kayunya yang dekat benar dengan Menara KL. Dia turun sebelum disambut anak saudaranya Daud.

“Kau cekik darah tau Daud! Aku mintak saiz lima, kau bagi saiz tujuh tau. Sempit tau,”
kata Auntie Zai sebelum menyambung.

“Oooh di depan jurukamera sama wartawan, Aunty jalan sambil pasang senyum bintang. Dia lagi mara, kita lagi jalan, dia lagi mara, kita lagi jalan. Lama-lama selisih! Dia serbu bintang filim dibelakang aku tu”, seloroh Aunty Zai sebelum watak arwah Mahmud June menyampuk dan merujuk bintang filim itu, Ena Manjalara Binti Wagiman, taufan Ena yang menjadi tunjuang filem Layar Lara.


Ketiga-tiga budak lelaki itu senyum memandang dengan penuh keterujaan sebelum VCD berganti VHS.

“Filem ini pun bagus”, ujar anak tuan rumah yang kemudian menayangkan filem Fantasia. Dua budak lelaki itu bersetuju melihat kisah Silbi, hidup beratus tahun memusnahkan keperawanan, generasi demi generasi sebelum kegiatan jahatnya dimusnahkan oleh Nora, wanita suci yang datang dari masa moden.

Filem itu dig am sekitar 1991-1992 kerana terdapat unsur khurafat melampau. Ketiga-tiga budak lelaki itu sedikit tak bersetuju.

Terakhir, budak lelaki anak tuan rumah memasangkan kisah cinta terhalang antara Mustika dengan seorang lelaki yang kembali mencari Melayunya. Laluan itu tak mudah bila Engku Leh, tunangan Mustika mengetahui rancangan itu lalu merampas Mustika dan menjadikannya sebagai hak sebenar. Ketiga mereka tertawan dengan patung wayang kulit Devi terbakar di akhir kredit nama pelakon ditayangkan.

Sumpah artistik!

“Aku mau bikin filem!”, bisik anak tuan rumah. Matanya bersinar. Dia kembali menyambung.

“Aku mau bikin filem berkualiti, bukan sampah!”


TAMAT


Kisah ini adalah cebisan sebenar hidup aku sekitar tahun 1995-1997, (Usia masih 10 -12 tahun). Bayangkan masa tu terfikir nak buat filem!?! Tiga kawan aku (seorang dah berkahwin sekarang) amat menggemari filem Melayu yang berkualiti. Lalu banyak filem ditonton ketika itu memberi inspirasi seperti Lurah Dendam, Layar Lara, Perempuan Melayu Terakhir, Fantasi, XX Ray, Selubung, Ringgit Kassorga, Scoop, Perempuan, Isteri dan…, Jogho. Bahkan dialog2 filem Layar Lara masih melekat dalam kepala otak.


"Sakit sikit, sibok!" (Ena)
"At least sakit betul-betul. Bukan sakit buat-buat" (Jai)
"Jaga sikit mulut kau tu? Shark cakap kau zoom-in kat dia" (Ena)
"Excuse me! Siapa nak kat cicak tu?" (Jai)
"Hey, alien kaki pendek! Sedarlah. Kau tu kan sos semua orang!" (Ena)


Kami sangat mengagumi pengarah seperti Shuhaimi Baba, U Wei Hj Saari, Aziz M Osman, Osman Ali (aku menyimpan salinan filem indie beliau "Bukak Api" dan sangat teringin mahu tonton karya Malaikat Di Jendela), Kabir Bhatia dan Rashid Sibir. Walau seorang tu macam dah kurang aktiviti macam ni (berbincang tentang filem) aku dan seorang sahabat masih bercakap mengenainya hingga sekarang. Filem asing seperti Nang Nang, Toolompuk, Jan Dara menambah keakraban kami. Malah aku selalu invite beliau (anak tuan rumah) untuk menonton filpen yang ditayang sekitar KL. (Aku tau dia dekat, memudahkan dia untuk pergi). Tahun berganti tahun, kami berdua sangat mengagumi pembikin filem muda seperti Amir Muhammad (kini penerbit FIXI) dalam menghasilkan karya berontak seperti Lelaki Komunis Terakhir dan Apa Kabar Orang Kampung (Village Roadshow), arwah Yasmin Ahmad dan James Lee (sekadar menyebut beberapa nama)

Jadi pabila menonton Pasport Express karya Rewan Ishak di Astro 318, MyHometown, aku boleh katakan watak Ali seperti aku dan kawan baik aku.

3 comments:

NusrahYahya said...

kagum dengan semangat korang yang tahu menilai filem2 melayu yang berkualiti..kebanyakan judul filem yang disebut akak tahu tapi tak pernah menghayati karya tersebut.apatah lagi karya2 yg begitu asing di pendengaran akak (mgkn asing bg akak saja) seperti Nang Nang, Jan Dara,Lelaki Komunis Terakhir..apa salahnya cuba dgn filpen dulu.moga khayalan jadi kenyataan :)

Faizal Sulaiman said...

NY---> InsyaAllah kak. bila dah besar, ingat balik memori lama tu rasa kelakar :P

Anonymous said...

wow
u guys are hardcore pure!

acap
buta seni...

heheee

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED