Thursday, September 27, 2012

Promo: Antologi BOLA dan Sesaat Ke Gawang

 
 Cover ini cun!


 Ini dia promo Antologi Bola, Antologi  kedua aku yang dikeluarkan oleh FIXI selepas Kopi.

Judulnya Sesaat Ke Gawang.


 Ini dia page pertama "Sesaat Ke Gawang". Nikmatinya dengan penuh debar!


Jualan online bermula 1 Oktober ini dengan melayari web FIXI

Cepat dapatkan sebab ianya hanya dicetak 1,500 copies sama seperti Antologi Kopi. Jangan geget jari okeh! Tak silap launch Bola InsyaAllah November depan :)

Ini dia list 19 cerpen dari 19 penulis:-

10 LANGKAH - Adib Zaini
RODONG - Hasrul Rizwan
LIGA MANDREM - Dayang Noor
DIARI- Raja Faisal
SESAAT KE GAWANG - Faizal Sulaiman
BOLA API - Arif Zulkifli
SATU SAMA - Asyraf Bakti
MENJADI TUHAN - Fikri Misti
BURGER BOLA SPECIAL - Hani Amira Suraya
RUSDI, PEMAIN SIMPANAN SK PARIT KERING - Mim Jamil
KEYCHAIN BOLA BERBAJU PINK - Zulaikha Sizarifalina Ali
AKU BOOKIE BOLASEPAK - Nama Nami
JERSI BOLA 7 - Shafaza Zara Syed Yusof
OLEH BIR DAN BOLA- Mohd Azmen
MISI BOLA GILA - Julie Anne
BUKAN SEBAB BOLA - Nadia Khan
AKU YANG KEGERSANGAN - Syaihan Syafiq
SEPAK BOLA - Ridwan Saidi
BAHLUL VS BEAUTIFUL - Shaz Johar 


Monday, September 24, 2012

Ulasan: Cerpen (Kasih dan Sayang)

 

Judul: Cerpen
Penulis: Nadia Khan
Penerbit: FIXI
Halaman: 263

Wah banyak membaca?

Ok la kan?
Kata nak merendahkan buku!

Kali ini aku nak ulas koleksi cerita pendek hasil karya Nadia Khan. Siapa tak kenal Nadia? Penulis best seller “Kelabu”. Satu yang aku gemar tentang penulisan Nadia adalah tentang penggunaan ayat yang simple dan mudah difahami. Bahasanya meresap dalam jiwa. Adakala menjentik naluri, malah kebanyakan quote yang ditulis Nadia memang layak dishare dalam twitter. Ahaks!

17 cerita pendek. 3 skrip lalu menjadikan Cerpen adalah bahan bacaan yang berbaloi. Tak mustahil Cerpen bakal diulang baca berkali-kali oleh pembaca. Secara dasar, Cerpen banyak menyentuh perihal kasih sayang, tetapi dipersembah dengan penuh gaya!

Mana Dia Pergi
Penyesalan tiada guna. Pesan pada aku sendiri, jika alami kekecewaan, luahkan dalam bentuk apa jua pun. Ia sangat membantu.

Puaka Pak Jaha
Dengar seperti cerita hantu. Bacalah. Kalian akan menemui kejutan!

Pinjam Masamu, Kak
Moraliti yang aku dapat dari cerita ini. Kejar cita-cita yang kau mahu. Bukan cita cita yang memenuhi kehendak orang sekeliling

Lara Di Hati
Judulnya agak ke-cerekama-aan (judul asal bukan seperti yang dinyatakan). Ini kisah adik beradik dan cita-cita. Adakala, dalam mengejar cita-cita, kita perlu lupakan cinta. Tetiba bila baca cerpen ni, aku teringat lagu ni

Cikgu Din
Aku seorang pendidik. Aku dapat sesuatu dari membaca cerpen ini!

Teleportasi
Cerita (yang boleh aku kategorikan sebagai sai fai) yang menyentuh erti cinta. Kesedihan itu terasa dipenghujung.

Janji Kak Long
Paling aku gemari. Ketika membaca, tangan aku menampung gigil (kaber line) untuk merasa sedih-terharu. Cerpen ini bagi aku masterpiece dari Nadia!

Nasi Putih Daging Cincang
Sekali lagi cerita tentang penyesalan. Benar. Sekali kau buat silap, adakala kau tak punyai peluang kedua untuk perbetulkan. Cerpen ini seperti menyatukan dua watak pada satu makanan yang jarang kita dengar. Like!

Epilog Damak
Mock up bagi kesinambungan kisah Damak-Pak Malau-Sri Mersing. Nadia berjaya menjadikan mock up ini sebagai believable!

Anak Dinihari
Tiap anak punyai keistimewaan. Tak mesti kerja doctor, lawyer atau peguam akan menjadikan anak (atau diri kita) terjamin hidup bahagia di dunia.

Cili (Skrip)
Kerana cili dan kaitannya dengan satu kehidupan marhen

Kopi Tiga Suku (Skrip)
Salah sorang pelajar aku sukakan skrip ini (aku juga). Falsafahnya kuat, malah disini juga aku jaw dropping tentang fakta penulis bernama Nadia Khan.

Budak Baru (Skrip)
Sinikal. Memang berlaku dan kisahnya berpusing macam roda.

PWTC
Kisah masa depan. Kisah tentang hati dan perasaan songsang dimana mungkinkah di masa depan, generasi akan datang menyalahkan generasi kini kerana hubungan yang tak sihat?

Kopi Kola
Ini usah cerita. Kisah dua darjat (bak kata Nadia semasa pelancaran Antologi Kopi di Annex, Mac lalu) yang diberi nafas segar.

Kopi, Adele dan Bubur Ayam McD
How a girl deal with her heart yang koyak rabak. Ini seolah ‘balasan’ atas hasil tulisan penulis Adib Zaini dalam Antologi Kopi- ‘Kopi, Donut dan Bayang Gadis Berambut Hijau’. Manusia semua pernah lalui perasaan koyak. Its just, how they deal with it. Betul tak? Hihi (Cakap pandai la kau, Faizal!)

Cinta Sekeping Tisu 
Kata Nadia, cerpen ni ditulis sejak sekian lama. Masa muda-mudi rasanya sebab bahasa yang digunakan sangat sempoi. Judulnya sudah kita tahu tentang cinta, jadi cintanya juga comel! Cinta di atas tisu.

Ada Apa dengan Kina
Kina dan mimpi. Mimpi adakala petanda sebuah reality

Nakahari
Satu lagi sai fai. Hujungnya aku berfikir, mungkinkah??

Amacam?
Terpengaruh tak nak beli?
Aku saja menulis rebiu ini awal. Aku nak kalian beli sendiri dan rasa sendiri hidangan ala carte Cerpen. Jujurnya, sepuluh bintang aku taburkan pada koleksi ini. Pembacaan dua hariku di atas bas, nyata bukan satu pembaziran!

Friday, September 21, 2012

Ulasan: Hilang (Mana Dia?)




 (Tricky tak cover novel ni?)

Judul: Hilang
Penulis: Dayang Noor
Penerbit: FIXI
Halaman: 322


Hilang adalah novel kedua penulis Dayang Noor selepas Jerat dimana ia bercerita tentang misteri kehilangan Ikhsan, kembar kepada Shaziman dan membawa pertemuan Shaziman pada orang-orang yang berkait dengan kehilangan adiknya, lalu membawa kepada pembongkaran setiap inci kehidupan mewah dan bergaya lelaki itu yang merbahaya.

Plot cerita ini padat dan pergerakannya ringkas. Perkaitan watak Shaziman-Khairani-Jo bercerita pada milieu period yang berbeza menjadikan Hilang sesuatu yang unik. Timeframe bertindih ini seharusnya menjadi cabaran buat pembaca. Biasalah, mula-mula baca pening sikit sebab permainan masa, tetapi bagi aku itu tak jadi masalah.

Bagi aku karya ini kuat kerana watak Khairani. Tak keterlaluan jika aku katakan Khairani adalah pameran utama menyerlah selain watak Shaziman dan sidekicknya Jo. Dayang Noor berjaya mengupas watak ini , seorang wanita yang begitu mandiri pada hidupnya, taat pada ibu tuanya dan berani dengan kehendaknya. Yes. Some women need to stand out/voice out jika ada sesuatu yang menggangu hidupnya. Itu hak dan menerusi portraying minah kilang yang lantang, Khairani menyuntik semangat dalam perjalanan plot Hilang ini.

Hilang bagi aku (spoiler alert) sebuah cerita komplot kongsi gelap yang sekarang sering dipaparkan dalam layar lebar. Tetapi olahan Dayang Noor menjadikan karya ini sesuatu yang berbeza untuk dinilaikan. Cukuplah aku katakan aku hanya berhenti untuk update twitter beberapa minit, makan tomyam sebelum meneruskan bacaan hingga ke muka surat yang penghabisan.

Membaca Hilang seperti menyusun jingsaw puzzle yang berserakan di atas lantai! Thrilling, exciting apatah lagi bila tiba momen-momen revelation! Anda akan terkesima!

Tahniah Dayang Noor!


"Tapi, adatlah orang perempuan. Lain dimulut, lain di hati" - Khairani (m/s 32)



#1 Masih hairan kenapa buku ini di gam di Popular. Isinya bagus bagi aku. Bacaan yang tak membazir!

#2 Sumpah! Aku benci design dashboard yang baru ni. 

Wednesday, September 19, 2012

Ketemu Cinta Baru

Cinta baru ni dah lama tunggu. Kesian kan dia? Aku tak layan pada mulanya. ha ha ha.

So, setelah dikecewakan, aku kembali ke cinta baru ni. Setia betul dia.

Cinta baru aku ni namanya Goodreads.

Goodreads adalah laman yang mengumpulkan pembaca tegar dan berkongsi buku yang dibaca mereka dengan menulis review, menentukan buku mana yang nak dibaca, akan dibaca dan sedang dibaca seterusnya memberi rating kepada buku tersebut. Ia seperti social networking, cuma bagi aku, Goodreads lebih bermanfaat sebab kita boleh jumpa orang yang sealiran dengan kita. (Mana tahu aku leh jumpa jodoh?) ha ha ha


Setakat ini aku mengimbas kembali kenangan membaca semasa zaman remaja. Novel cinta dan drama berat selalu jadi pilihan seperti Salina dan koleksi skrip Sirih Bertepuk Pinang Menari (membacanya semasa Tingkatan 2), Tenggelamnya Kapal Van Der Wick, Sesegar Nailofar (Tingkatan 3), Lagenda Budak Setan, Hikayat Cinderella (Tingkatan 4-5) termasuklah karya cinta Liyana Afiera Malik (1,2,3 I Love You, Dan...Mimpi Pun Berguruan).


I can tell, DMPB sangat sedih. Siot la citer ni! (nampak tak ego tanak terima kenyataan kat situ? hahaha)

It happens 10 years ago. Masa muda remaja katanya!

Jadi aku kongsikan di laman cinta baru aku ni; Goodreads.

Sekarang masih godek-godek tak tentu hala. Masih nak kenal-kenal. Kalau tak, maka tak cinta kan? hew hew hew

#1 Mungkin agak "lonelynya mamat ni sampai bercinta dengan buku". Aku tak nampak itu satu kekangan sebab bila masa kita sendiri, kita akan cari sesuatu untuk mengisi kekosongan itu. Maka, buku ada jawapannya

#2 Pernah baca (aku boleh katakan sebagai majalah) Variasari? Ia popular sekitar tahun 1991-1992. Masa tu umur masih tujuh tahun ke lapan tahun. Macam-macam cerita ada kat dalam tu (sesetengahnya picis). Yang masih aku ingat adalah kes pembunuhan Jeffry Dahmer, bukti wujudnya Malin Kundang di Indonesia dan Brunei dan dongeng Ular dari langit (sesetengah mendakwa Pelangi) turun ke bumi untuk minum air telaga.

Tuesday, September 18, 2012

Shortie: Khayal


Ada dua orang budak lelaki. Tubuh mereka meniarap di atas permukaan tanah berbukit. Seorang menggenggam cebisan rumput yang masih kuat akarnya lalu berteriak kepada sahabatnya yang seorang lagi.

“Cepat! Kita tak punyai masa!”

Sahabatnya yang berwajah cemas, lekas memberi respon.

“Aku tengah cepat la ni, tapi…”, belum sempat sahabatnya menjawab, tubuhnya sudah tergolek-golek menuruni bukit berumput itu sebelum sahabatnya yang seorang lagi turut tergelincir, bergolek sama ke belukar kecil.

“CUT!!”

Ada suara seorang budak sebaya mereka sedang menjerit memberi arahan. Budak-budak lelaki itu tersenyum puas.

“Bagus la korang. Pandai buat action”, bilangnya sambil turut memerhati calar balar di kedua belah tangan budak lelaki itu selamba. Dia tahu budak lelaki itu tak ada apa-apa. Mereka suka buat aksi. Dua tiga hari lepas, sebelum ‘shooting’, mereka bercadang mahu terjun dari pokok. Tapi yang seorang lagi mencadangkan supaya, untuk menambah aksi, mereka perlu menggunakan kain putih, yang dianggap seperti payung terjun.

Setakat ini sudah hampir lima babak mereka tiru sebaik saja mereka ulang tayang filem aksi Lurah Dendam, arahan Raja Ahmad Alauddin. Momen paling best bila seekor burung terlanggar kipas kapal terbang lalu memaksa mereka terjun dengan menggunakan payung!

Mereka bertiga membawa diri naik ke atas rumah lalu salah seorang (anak tuan rumah) memasang VCD ‘Layar Lara’.

“Aku suka babak itu!”, pekik salah seorang dari mereka.

Kelihatan babak Azean Irdawaty, namanya Auntie Zai, berkebaya putih, berkain batik sedang turun ke laman rumah. Poster Asmara Juita, filem hitam putih masih terpampang di rumah kayunya yang dekat benar dengan Menara KL. Dia turun sebelum disambut anak saudaranya Daud.

“Kau cekik darah tau Daud! Aku mintak saiz lima, kau bagi saiz tujuh tau. Sempit tau,”
kata Auntie Zai sebelum menyambung.

“Oooh di depan jurukamera sama wartawan, Aunty jalan sambil pasang senyum bintang. Dia lagi mara, kita lagi jalan, dia lagi mara, kita lagi jalan. Lama-lama selisih! Dia serbu bintang filim dibelakang aku tu”, seloroh Aunty Zai sebelum watak arwah Mahmud June menyampuk dan merujuk bintang filim itu, Ena Manjalara Binti Wagiman, taufan Ena yang menjadi tunjuang filem Layar Lara.


Ketiga-tiga budak lelaki itu senyum memandang dengan penuh keterujaan sebelum VCD berganti VHS.

“Filem ini pun bagus”, ujar anak tuan rumah yang kemudian menayangkan filem Fantasia. Dua budak lelaki itu bersetuju melihat kisah Silbi, hidup beratus tahun memusnahkan keperawanan, generasi demi generasi sebelum kegiatan jahatnya dimusnahkan oleh Nora, wanita suci yang datang dari masa moden.

Filem itu dig am sekitar 1991-1992 kerana terdapat unsur khurafat melampau. Ketiga-tiga budak lelaki itu sedikit tak bersetuju.

Terakhir, budak lelaki anak tuan rumah memasangkan kisah cinta terhalang antara Mustika dengan seorang lelaki yang kembali mencari Melayunya. Laluan itu tak mudah bila Engku Leh, tunangan Mustika mengetahui rancangan itu lalu merampas Mustika dan menjadikannya sebagai hak sebenar. Ketiga mereka tertawan dengan patung wayang kulit Devi terbakar di akhir kredit nama pelakon ditayangkan.

Sumpah artistik!

“Aku mau bikin filem!”, bisik anak tuan rumah. Matanya bersinar. Dia kembali menyambung.

“Aku mau bikin filem berkualiti, bukan sampah!”


TAMAT


Kisah ini adalah cebisan sebenar hidup aku sekitar tahun 1995-1997, (Usia masih 10 -12 tahun). Bayangkan masa tu terfikir nak buat filem!?! Tiga kawan aku (seorang dah berkahwin sekarang) amat menggemari filem Melayu yang berkualiti. Lalu banyak filem ditonton ketika itu memberi inspirasi seperti Lurah Dendam, Layar Lara, Perempuan Melayu Terakhir, Fantasi, XX Ray, Selubung, Ringgit Kassorga, Scoop, Perempuan, Isteri dan…, Jogho. Bahkan dialog2 filem Layar Lara masih melekat dalam kepala otak.


"Sakit sikit, sibok!" (Ena)
"At least sakit betul-betul. Bukan sakit buat-buat" (Jai)
"Jaga sikit mulut kau tu? Shark cakap kau zoom-in kat dia" (Ena)
"Excuse me! Siapa nak kat cicak tu?" (Jai)
"Hey, alien kaki pendek! Sedarlah. Kau tu kan sos semua orang!" (Ena)


Kami sangat mengagumi pengarah seperti Shuhaimi Baba, U Wei Hj Saari, Aziz M Osman, Osman Ali (aku menyimpan salinan filem indie beliau "Bukak Api" dan sangat teringin mahu tonton karya Malaikat Di Jendela), Kabir Bhatia dan Rashid Sibir. Walau seorang tu macam dah kurang aktiviti macam ni (berbincang tentang filem) aku dan seorang sahabat masih bercakap mengenainya hingga sekarang. Filem asing seperti Nang Nang, Toolompuk, Jan Dara menambah keakraban kami. Malah aku selalu invite beliau (anak tuan rumah) untuk menonton filpen yang ditayang sekitar KL. (Aku tau dia dekat, memudahkan dia untuk pergi). Tahun berganti tahun, kami berdua sangat mengagumi pembikin filem muda seperti Amir Muhammad (kini penerbit FIXI) dalam menghasilkan karya berontak seperti Lelaki Komunis Terakhir dan Apa Kabar Orang Kampung (Village Roadshow), arwah Yasmin Ahmad dan James Lee (sekadar menyebut beberapa nama)

Jadi pabila menonton Pasport Express karya Rewan Ishak di Astro 318, MyHometown, aku boleh katakan watak Ali seperti aku dan kawan baik aku.

Friday, September 14, 2012

Misi Merendahkan Buku

Aku pernah dengar satu kata-kata.

"Kalau kita kecewa dengan manusia, manusia akan pergi meninggalkan kita. Tetapi buku, (bahan bacaan) jarang sekali mengecewakan. Ia tetap bersama dengan kita"

Ok. Statement kedengaran macam loneranger patah hati. But for me myself, aku suka membaca. Cuma masa yang terlalu mencemburui.



Ini koleksi buku paling recent. 4 daripadanya sudah habis dibaca. See? Betapa sibuknya saya #TKDMPA

Semua dari Fixi kan? Bukan sebab aku pernah menulis untuk Fixi maka aku memborong buku-buku keluaran syarikat best itu, tapi memang jalur ceritanya sangat bagus dan berbeza dengan penerbit yang lain. FYI, sudah lebih 7 tahun aku tidak membaca karya-karya tempatan. Kali terakhir membaca karya fiksyen tempatan menerusi nukilan penulis Liyana Afiera Malik.

Bila masanya aku nak habiskan 'bukit' buku ni?

#1 Untuk menulis, kita perlu banyak membaca. Perkayakan vocab. Cuba simplified ketika menulis. Tak perlu diterang panjang lagi lebar.

#2 Tiada dalam gambar (Bisik, Tabu, Kelabu, Dendam, Dosa & Antologi Kopi) 6 buku ini dipinjam rakan dan adik perempuan aku.

#3 Buku terakhir dibeli adalah Cerpen Twitter karya Ajami Hashim

#4 Buku berwarna merah, atas novel Si Tora Harimau Jadian tu adalah zine pemberian penulis Sufyan Razzaq, sebuah antologi puisi "Aryana".

#5 Dua novel Fixi yang dapat secara percuma adalah Suami dan Isteri melalui kontes yang dianjur di laman Twitter

#6 Lawak Kampus adalah kompilasi komik yang aku baca hingga tertawa macam orang gila. 2 kompilasi komik ini pernah dipinjam dan telah hilang.

#7 1001 Movies dibeli pada Ogos dan sangat kagum dengan filem Crouching Tiger Hiden Dragon disenarai dalam list itu

#8 Dibelakang bukit kecil ini, ada dua row koleksi Harry Potter 1-7

#9 Buku terkini yang dipesan adalah "Cerpen" dari Nadia Khan


Wednesday, September 12, 2012

Review: Trailer Sembunyi (Kisah Silam Penuh Pantang dan Larang)

Obsesi aku dengan Kabir Bhatia menerjang lagi. Kali ini dengan filem terbaru beliau berjudul Sembunyi.


Filem ini antara lain mengisahkan seorang gadis bernama Aishah yang tersedar, hilang ingatan, lalu tinggal di sebuah kampung ketika zaman penjajah Jepun dimana kampung yang didudukinya itu seperti tidak diusik dengan peperangan Tanah Malaya dengan Jepun, namun selalu diserang makhluk kuno bernama "Azazil" dimana penduduk kampung masih memegang adat dan beberapa pantang larang bagi mengelakkan dijadikan mangsa.

Filem ini bergenre Seram, jadi aku jangkakan keseraman Kabir Bhatia akan berlipat kali ganda, sama seperti aku menonton Kekasihku Seru, Waris dan slot Incredible Tales arahan beliau.

Sentuhan Kabir memang magis!



Antara pelakon yang membintangi filem ni termasuklah Umie Aida, Remy Ishak, Sharnaaz Ahmad, Sara Ali, Emilda Rosmila, Fizo Omar dan teraju utama Diana Danielle.



Akceli, aku lebih sukakan working title "Azazil" yang digunapakai semasa pengembaraan filem ni dijalankan. Ia kedengaran curious dan misteri. Cerita asal filem ni kalau tak silap ditulis oleh Alfie Palermo, penulis muda berbakat yang pernah menulis jalan cerita mini siri "Pulau" selain drama seram "Tower 13.

Tahniah bro! I am so looking forward for this!


Filem Sembunyi bakal ditayangkan pada 22 November 2012. Jom serbu panggung!




#Serius, suara narrator tu agak mengganggu. Kalau tak payah pun takpe.

Tuesday, September 11, 2012

Shortie: Tampal


“Bodoh! Aku tak suruh kau bunuh dia!”
“Habis tu kau nak suruh aku buat apa? It was a self defense!”

“Sekarang macam mana? Kita tak boleh biar mayat dia kat sini!”
“Serahkan kat aku! Kalau aku berjaya lupuskan, kau akan jadi milik mutlak aku!”

***
DUA HARI SEBELUM TRAGEDI

Bunyi desiran dari bilik mandi dan pekikkan Suria, isterinya membangkitkan Daim dari mimpi siang. Dia bangun juga dengan malas sambil memperbetul boxer petak-petaknya yang sedikit terlondeh.

“Paip bocor la sayang!”, jerit Suria masih bertuala mandi, sudah basah lencun dengan air paip yang mencurah-curah sedari tadi. Daim memandang Suria dengan giur dengan liur ditelan. Lama betul dia tak tengok fantasi wanita basah lencun sambil menutup pili air yang memancut-mancut. Dia tak tunggu lama. Suria pula terpekik-pekik, tak tahu suka atau gembira.

***

“Aku rindukan kau!”
“Aku juga”

“Jadi kau tak pandai nak bertemu denganku?”
“Aku cuma menanti masa yang sesuai”

“Tiada siapa yang boleh pisahkan kita”
“Hanya ajal dan maut saja yang bisa”

***

“Awak dah call tukang paip tu?”, soal Suria setelah mengenakan treksuit dengan Baby T, I Love New York di tubuhnya yang kurus. Daim angguk. Kopi yang semakin surut dalam cawan porselin dituangnya sedikit lagi.

“Lusa baru sampai”
“Lusa? Habistu harini dengan esok kita nak mandi pakai apa?”
“Mandi dengan peluh abang la”

Daim senyum nakal. Dikejarnya Suria yang sudah terkekeh-kekeh ketawa manja

***

“Kau sanggup berpisah dengan dia?”
“Sanggup!”

“Walaupun aku seorang tukang paip?”
“Aku juga sanggup”

“Tunggu aku sampai lusa. Kita akan bersama!”
“Aku cinta kau sampai mati!”

***

Dari jauh dia nampak Ferd berbual mesra dengan isterinya.
Hairan.

Macam dah lama kenal pulak?


Dia datang mendekat. Senyum nipis pada Ferd, si tukang paip lantas memaut pinggang isterinya Suria dengan erat. Tak lama dia bersalaman dengan Ferd. Bual punya bual, tersingkap rupanya Ferd anak kacukan Serani Melayu, memperjelas wajahnya tak macam tipikal Melayu yang lain. Tak banyak maklumat dapat diketahuinya tentang lelaki itu. Tak lama lepas borak, Suria masuk ke dalam. Nak bikinkan oren ais katanya. Ferd hanya senyum selesa.

Serius! Dia memang haus gila.

Kelibat Suria hilang sesaat kemudian, dan tika inilah Ferd menghadiahkan senyuman penuh bermaknanya kepada Daim.

“I miss you so much, dear!”
“I know. Me too!”

“Walau aku tukang paip?”
“Siapapaun kau, aku cinta kau sampai mati!”

Suria yang sedang menatang dulang berisi oren ais, mendengar secara curi, menerima hakikat itu dengan kejutan yang penuh kekecewaan!

***

“Penipu! Dasar penipu. Lelaki curang!”
“Dengar dulu kata-kata saya!”

“Pergi jahanam dengan cakap-cakap kau!”
“Itu semua tak disengajakan!”

“Kepala hotak kau tak sengaja!”
“Percayalah, Suria. Percayalah!”

“PERGI MAMPUS!”
“…………………………..”

***

Ada darah merah. Tangannya juga. Dia terduduk menggeletar bila tusukan demi tusukan menujah tubuh Daim. Dia hela nafas. Sudah terbayang penjara. Sudah terbayang tali gantung. Sudah terbayang azab kubur. Nampak kelibat seorang lelaki lain sedang memerhatikannya dengan tekun dari luar kamar tidurnya.

Wajahnya buntu.

“Bodoh! Aku tak suruh kau bunuh dia!”
“Habis tu kau nak suruh aku buat apa? It was a self defense!”

Suria memekik lantang. Ferd dipandangnya geram. Gara-gara cadangan lelaki itu yang mahukan wang berjuta Daim, dia dipaksa menikah walaupun naluri Daim lima puluh-lima puluh saja dengan kaum hawa sepertinya. Maka Ferd dijadikan umpan. Menggoda Daim. Umpan terkena. Daim terjerat dan hari ini dia dah jadi arwah!

“Sekarang macam mana? Kita tak boleh biar mayat dia kat sini!”
“Serahkan kat aku! Kalau aku berjaya lupuskan, kau akan jadi milik mutlak aku!”


Ferd buat-buat pandai. Dikalihnya Suria yang nampak sangat tak berguna dengan tangis dan sesal yang terbit entah dari mana. Jujur, dia meluat!

“Jangan nak menangis! Jantan ni takkan kembali pada kau!”, herdik Ferd mengejek. Suria menjelingnya tajam. Amarahnya bertambah satu bar lagi.

"Jantan ni takkan kembali kepada kau walau berdarah air mata kau titiskan!"

Suria hela nafas benci. Dia tak sedar sejauh mana dia berlari atau sekuat mana dia menerjang, tapi apa yang pasti Ferd juga terbujur kaku dengan mata terbelalak. Pisau yang digenggam kemas tadi sudah tercacak di dadanya dengan darah merah pekat tak terkira banyaknya.

Dia pejam mata.
Pitam

TAMAT

Monday, September 10, 2012

Memori: Rap Too-Phat, Kenangan Belajar Bahasa Inggeris & Kegemilangan BoyBand

Pasti dari kau orang semua kenal dengan kumpulan rap duo Too-Phat.

Kalau tak kenal, maka tak lejen!

Too-Phat yang asalnya dianggotari Malique dan Joe Flizzow ini membawa gelombang baru dalam dunia seni suara Malaysia. Rap Duo ini meletup dengan album kolaborasi mereka dengan artis-artis top!

Aku mengikuti scene Too-Phat ini melalui along yang gemar membeli kaset ska termasuklah album Platinum Edition duo ini, tak silap around 2000. Ramai artis berkolaborasi dengan mereka termasuk lagu catchy bersama Camelia dan Sharifah Aini (kini Dato'). Masa tu aku form 3. Kebetulan masa itu aku sedang gigih cuba kuasai Bahasa Inggeris dengan baik. Maklumlah, aku sekolah kampung. Penggunaan B.I dikalangan kawan-kawan pula sangat limited. Maka, kita belajar sendirilah =)

Rupanya belajar melalui lagu lebih seronok!

Namakan saja BoyBand yang muncul bak cendawan masa tu. InsyaAllah aku ingat. Westlife, Backstreet Boy, Nsync, O-Town, Blue, A1, hat siapa yang nyanyi lagu "Last Flight Out" tu? Sumpah tak ingat!

Mungkin sebab mereka ni kiut (kot) maka jadi tarikan seantero Asia. Aku? Pernah tahu battle Britney Spears dan Christina Aguilera? I vote for Christina sebab bila dia nyanyi live, suara dia mantap tak macam Britney yang lain sikit. Masa tu Britney agak liar. Budak-budak baru nak naik katanya! hahaha.

Tapi lagu yang betul2 beri kesan kat aku adalah duet bekas suami isteri ini. Siap tampal kat meja belajar.

Kau mampu?


***

Promo Cerpen Khas "Sepatu Kaca"

Diambil dari dongeng Cinderella, mengisahkan Fariq Zakri yang tinggal berdua dengan datuknya, Al Bana yang mewariskan sebelah sepatu kaca peninggalan keturunan mereka. Al Bana meminta Fariq mencari 'pasangan' kepada sepatu kaca yang hilang kerana dia percaya bahawa pemilik sepatu yang hilang itulah jodoh cucunya. Pencarian itu menemukannya dengan Cik Melati, pensyarah arkeologi yang licik dan power hunger yang juga mencari pasangan sepatu kaca yang sama, untuk dijual dengan harga yang tinggi. Dia sanggup menipu anak saudaranya Amira Hani, pemilik asal sebelah lagi sepatu kaca, pada malam tari menari sebelum berniat untuk membunuhnya dengan epal beracun.


Sepatu Kaca akan disiarkan pada Khamis jam 0630 pagi :)

Friday, September 07, 2012

Ulasan: Cerpen Twitter (Jika Anda Mahu yang Ringkas Tetapi Bermakna)

Judul: Cerpen Twitter
Penulis: Ajami Hashim
Penerbit: Merpati Jingga
Halaman: 52

Akhirnya buku yang ditunggu-tunggu sudah sampai di rumah!

Sebelum tu dah sampai dua novel terbaru Fixi berjudul Suami dan Isteri hasil menang kontes yang dianjur Fixi di laman Twitter tak silap seminggu sebelum Aidilfitri.

Cerpen Twitter dikarang oleh aktivis seni terkenal Ajami Hashim. Aku mengenali beliau semasa turut serta terlibat dalam projek laman web Yoyooh! setahun yang lalu. Masa tu segan-segan lagi tapi lepas menambah di akaun Twitter, kagum aku pada bakat beliau dalam menulis cerita pendek di Twitter ringkas, padat dan bermakna---bertambah berganda-ganda!

Banyak momen-momen menarik (yang mana momen itu terkena batang hidung sendiri) dalam Cerpen Twitter dan buku ini terbagi kepada tiga segmen iaitu Drama, Misteri & Komedi. Dari sini kita melihat betapa kreatifnya Ajami dalam "memusingkan" cerita dan menggunakan kreativiti yang ada dalam menulis sebanyak 140 limitasi aksara saja! Bukankah itu satu perkara yang sangat wow?

Jika anda seorang pengguna tegar #Twitter atau pembaca yang nak baca cerita pendek-pendek, aku sarankan inilah buku yang sesuai. Kalian akan sentap pada beberapa momen, absurd, sengih sendiri, sedih terharu dan mengangguk bersetuju. Tak salah aku katakan bacaan ini berbaloi untuk mengisi masa santai dan lapang kalian.


BTW, aku tak pasti buku ni dijual ke tidak di kedai, tapi kalau nak mudah baik beli secara online. Klik sini untuk membeli

Thursday, September 06, 2012

Review: Trailer Zaiton Ceritaku



Aku menonton trailer ini dengan tak harap apa-apa yang tinggi.

Tetapi dengan beberapa shot; selepas menonton, aku yakin Esma Danial selaku pengarah boleh jadikan filem biografi kisah benar Zaiton Sameon ini sebagai boleh dikenang.



Aku pernah dengar pembikinan filem ni terpaksa diulang shooting dari Mislina Mustafa sebagai lead, dengan Fauziah Nawi sebagai pengarah lalu beralih kerusi kepada Nadia Aqilah dan Esma Danial.

Dengar juga nama seperti Nurul bakal membawa figura tragis ini.


Aku tak tahu generasi sekarang masih ingatkan Zaiton Sameon. Aku cuma tahu dua lagu top beliau (Menaruh Harapan & Kabut Serangkai Mawar) dan kisah hidupnya yang menyedihkan dimana beliau kemalangan, mengorbankan anak lelakinya sebelum beliau koma selama 11 tahun.


Anyway, jarang figura dari tanah air kita sudi berkongsi saat hitam dalam hidup, jadi aku boleh simpulkan Zaiton Ceritaku antara biografi/berdasarkan kisah benar wajib tonton selepas P Ramlee di History Channel beberapa tahun lepas (diarahkan oleh all time fav director Datin Paduka Shuhaimi Baba)



Well, aku suka kerja sinematografi Mohd Nor Kassim. Beliau genius!!

Filem ini terbitan Bruang Filem Sdn Bhd, syarikat yang sama mengeluarkan Upin & Ipin.

Wednesday, September 05, 2012

MAM: Ayam Campak-Campak

Lama tak berperang tak dapur.
Selalu bila aku kat dapur tu makna kata memang aku lapar gabanlah.

Maka, resipi campak-campak ni yang aku cuba.

So it's very kachang!

Bahan-Bahan
1 bawang besar, hiris bulat-bulat
3 sudu pes cili merah*
1/2 sudu teh jintan*
1 batang serai dititik *
3 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
1 mangkuk kecil air asam
1 ekor ayam, potong suka hati

Cara-cara
1. Tumis bahan * sampai naik bau
2. Kemudian masukkan ayam. Gaul dengan bahan-bahan tumis sampai sebati (dalam 4-5 minit)
3. Masukkan sos cili, sos tiram dan air asam. Renehkan hingga ayam empuk
4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa


Senang bha!

Nak-nak kalau makan dengan nasik panas.
Meletup!

Monday, September 03, 2012

Tutorial: Aku! Bila Panas Badan


Rasanya semua manusia pernah rasa panas badan sebelum sampai ke tahap demam.

Siapa nak demam, kan?
Nak-nak kalau demam sampai tak boleh bangun.

Ada orang yang terus makan ubat bila sakit.
Ada pula yang kebah sendiri dengan buat aktiviti.

Well, apa cara sekalipun, pertama sekali bila kita ada simptom nak demam, kita kena elak panas badan berlarutan sampai jadi demam.

Caranya mudah. It is sort of petua orang-orang lama sebenarnya. Dan kau pun boleh buat sendiri.

Ambil sedikit asam jawa. Bubuh air paip. Kemudian, sebatikan larutan air asam tersebut.

Step kedua, bukak baju. Berlengging ke what so ever asalkan separuh tubuh tak pakai baju. Raup larutan tadi dengan sebelah tangan (macam kita meraup air sembahyang untuk disapu ke muka kita), kemudian sapukan ke ubun-ubun secara menyeluruh. Picit dan urut ubun2 dengan air asam tadi.

Buat step raup air asam dalam bekas dan sapukan ke:
a) Muka
b) Leher
c) Celah2 ketiak dan kangkang
d) Seluruh tubuh badan
e) Kedua belah betis hingga hujung kaki

Dah settle semua tu, bolehlah tidur selepas makan ubat. Make sure tempat tidur di alas la dengan kain-kain lama, bimbang tilam bau air asam pulak.

Air asam sebenarnya boleh hilangkan kepanasan suhu badan. Aku dah buat banyak kali, since I was small, I guess.

Well, selamat mencuba!

Oh ya. Sesuai juga buat anak kecil. Dulu aku praktiskan kat adik bongsu aku. Masa tu umur dia dalam setahun lebih. Tetiba demam bila mak aku keluar hantar orang kahwin.

#1 September! Please be nice to me
#2 Bulan ni mungkin menjadi bulan paling sibuk. Tak sabar nak habiskan bulan ni sebenarnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR