Sonok tak jadi kembar?
Hahaha..Sampaila pada 1 saat aku tau yg salah sorang course mate aku ada kembar. Memula masa dia tunjuk gambar dia kat aku, aku tak dapat beza mana satu kakak, mana satu adik. Tapi lama2 kita pun tahu a bit differences through a big..big observation. Observation katanya!.hahaha.
Observation yg macam mana? Aaa ini yg kita tatau!(aku tiru dialog Khir Rahman dlm citer Los n Faun!)
Setau aku, mempunyai pasangan kembar ni merupakan 1 cabaran besar bagi parents diorang. Ye la..bila si adik sakit, si abang @ kakak pulak sihat walafiat jer, dan pusingan ganti2 tu akan berlarutan sampai parents tu dah jadik terbiasa dengan situasi camtu. Tu blom tgk lagi kalu kembar2 tu ada sort of "sense". Contohnya si adik takle berjauh dengan abang@kakak & sebaliknya. Kadang2 leh jatuh sakit owh. Itu yang aku dengar la. Biasanya, kalu kembar seiras.., si adik lebih pandai dari kembarnya. Sejauh mana tu aku tatau la. Tapi setakat ni, aku dah jumpa ramai dah.
Tapi semua yang lahir normal (bukan kembar) tentu sukar nak membezakan kembar yang korang jumpa buat kali pertamanya. Tak caye?cuba ko teka mana satu adik, mana satu kakak kat gambar nih? ahahahaha...
cute kan depa nih??
Tweet
p/s:--)Pic courtesy my classmate Hazirah Mahmud.Thanks a lot sis!!
Indera:--)Keinginan ku utk mendapatkan kembar semakin meluap2.hahaha
Indera:--)Keinginan ku utk mendapatkan kembar semakin meluap2.hahaha
16 comments:
hmm.. kembar..
Pembentukan anak kembar<>
Jika anda atau pasangan dilahirkan kembar maka peratusan untuk mendapat anak kembar adalah sangat tinggi. Bagaimanapun bukan bermakna mereka yang tidak mempunyai keturunan kembar tidak berpeluang untuk mendapat anak kembar. Segalanya boleh berlaku dengan keizinan dari Allah SWT selain bantuan pelbagai teknologi perubatan yang semakin canggih. Pernahkah anda terfikir bagaimana kembar terjadi dan kedudukannya di dalam perut ibu. Biasanya wanita akan melahirkan seorang anak sahaja bagi setiap kehamilan. Namun, kadang-kadang ada wanita yang mengandung anak kembar. Terdapat tiga jenis anak kembar, iaitu anak kembar seiras, anak kembar tak seiras dan anak kembar siam. Mari lihat bagaimana pembentukan anak kembar terjadi.
1. Kembar seiras (Monozygotic)
Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu. Setiap fetus yang berada di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta (uri). Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.
2. Kembar tak seiras (Dizygotic)
Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Keduadua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasaldaripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.
3. Kembar siam
Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam. Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk memisahkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi.
http://intim.wordpress.com/2009/07/25/pembentukan-anak-kembar/
aku tau zirah yg ne..
die blah kiri
hohoho..muke die muke nakal..
ni gmbar zirah ke?
nape dlu comel tp skng ni kurng?
The Moon Hapiz --)wau terel la ko hapiz!.seyesh cam discovery channel beb.hahahaha.nice info though:-) thanks2!
cik kedondong--)cayalah ko cik!
bananasplit --)ouh itew ko tanya kat tuan punya badan.hahaha
aku ade anak buah kembar seiras, prempuan. mmg excited masa mula2 dulu. la ni biasa ja. klu g mana2 org mst tgk...hujung minggu ni dorg sukan kt taska~
^^,
mber ada ank kembar...satu ari tue dia sndiri pun silap panggil nama anak dia...anak dia yg betulkan sndiri...sy ape lg pecah gelak lah...
huahuahua
sy pun de keinginan nk anak kembar
lalalala
kna cari genetik yg de keturunan kembar la cmni
:P
so cute
saye pon suke kembar..
suffyan razzaq --)besnyer pian!.musti ko akan jadi tetiba mithali nih.hahahaha
Zura --)tula..parents yg pening kepala kan?hehehe
CikYana(",) --)hahaha..kena la cari gen kembar camtuh.hehe
rizz --)helo rizz.cute kan?rizz da baik demam ke?
lady waleane --)ouh suka kembar.senang la.kira beranak sekali.hehehe
Post a Comment