Monday, October 15, 2012

Sebabak: Imejan

Imejan-imejan ini ditangkap sewaktu aku menontonnya lalu di kongsi sama di muka buku.
#SayangSalmah

Penampilan pertama Norish Karman di industri filem Malaysia hingga beliau dinobat Bintang Harapan Festival Filem Malaysia (aktress kedua menerima anugerah ini selepas Maizurah Hamzah menerusi "Jimi Asmara"). Sayang Salmah melekat dalam jiwa aku kerana ceritanya memikat dengan falsafah keluarga yang begitu tinggi. Aku masih ingat Sayang Salmah muncul di kala filem Malaysia dah mula explore genre komersil.

#Waris

Aktres Umie Aida sebagai Mas Suri dalam kesinambungan drama seram Kekasihku Seru. Aku sukakan watak ini dan sangat layak untuk Umie Aida. Sebagai Mas Suri, beliau sangat melindungi keluarganya dari diganggu Waris. Dia melawan Waris hingga akhir hayatnya. Umie Aida berjaya memberi peranan Mas Suri yang hidup walau hingga hujung nafasnya.


#Embun

Yay! Filem fevret. Temui link filem ini di YouTube maka aku sedut bagi kering untuk simpanan sendiri. hehehe. Apa lagi nak dikata tentang filem ini. Dulu ya. Masih terkenang kontroversinya. Sekarang, aku masih menontonnya dengan penuh nilai yang tinggi.


 

#TelapakKakiBonda

Kabir Bhatia dan keajaibannya sentiasa memukau. Kisah ini banyak pengajaran. Yang muda beralahlah kalau ada buat silap dengan mak bapak. Mak bapa pula janganlah peram kemarahan tu lama-lama sampai terlalu ego nak maafkan anak-anak. This story gives me something and towards the end, aku rasa macam habuk masuk kat mata pulak. hehehehe.

#SnowWhite&TheHuntsman

Terus lajukan kat part Queen Ravenna sebab filem ni tersalah judulnya. Kakak Steward patut kena dapat lebih belasah lagi dari Charlize Theron yang meletup kebabom itu. hahaha

#RinggitKassorga

Hidup mewah, skandal kelas atasan. Antara masterpiece Shumi Baba. Siapa boleh lupa dialog "Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka"



4 comments:

airazulaikha said...

waris, kekasihku seru dan embun mmg best sgt!
teringin nak tgk telapak kaki bonda.. tak pernah tgk..

zul said...

embun, satu-satunyer lagu yg aku pernah nyanyi depan khalayak ramai... ala-ala aqasha gitu...

Faizal Sulaiman said...

airazulaikha ---> hehe aira ce carik kat youtube. mesti ada :D

Faizal Sulaiman said...

zul ---> perghh ni mesti utk isteri nih. hehehe

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED