# 1 Tahniah buat filem arahan Dain Iskandar; Bunohan yang disenarai dalam 71 negara bertanding untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik bagi edisi ke 85th Anugerah Akademi yang bakal berlangsung pada 24 Februari 2013.
# 2 Alhamdulillah, selepas Puteri Gunung Ledang pernah melakar sejarah itu, tahun ini filem kita layak dipertandingkan dalam kategori yang aku rasakan sengit dalam sejarah Anugerah Akademi.
# 3 Negara seperti Greece (Dogtooth), India (Water) dan Israel (Footnote) pernah menjadi top 5 senarai pendek Filem Bahasa Asing Terbaik. Jepun (The Departed) pernah memenangi kategori ini.
# 4 Negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina tak pernah gagal dalam menghantar calon. Contohnya filem Indonesia "Sang Penari" dicalon tahun ini selepas "Di Bawah Lindungan Ka-abah" tahun lepas.
# 5 Senario seperti lambakan filem komersil di negara kita mungkin akan berlarutan entah sampai bila. Di Malaysia, apa yang aku boleh katakan, pembikin filem perlu realistik. Nak untung, maka filem arus perdana lah yang perlu dibikinkan. Adalah rugi kalau buat filem takde yang nak tengok. Ini realiti. Tak ramai penonton kita yang rela disogokkan dengan filem-filem art yang berat, sebab aku tak tahulah. Tak ada penerapan mungkin. Tonton filem sebab mahu enjoy, bukan mahu berfikir. Untuk Bunohan, aku berterima kasih kerana membuatkan aku datang ke panggung tahun ini. Sounds poyo, tapi entahlah, aku suka datang panggung; duduk berfikir filem yang aku tonton itu.
# 6 Menunggu filem Hanyut. Harap Hanyut dibawa juga ke Oskar!
Tweet
3 comments:
Sangat lama tidak ke panggung, sejak si kecil menjengah dunia. Sukar.
sekarang aku suka layan filem pendek lak.. macam syok jer, leh ajak berfikir pun ada. lagi rumit kot.
bunohan mmg best!
setuju sgt dpt pencalonan
Post a Comment