Tuesday, October 02, 2012

Shortie: Rabak



Dia pandang siling. Kipas berputar malas. Malas macam hatinya yang makin berat. Berat nak lupakan sesuatu. Dia pusing kiri. Bosan. Dia pusing kanan. Tak ada tanda-tanda pembaringannya membawa kepada lena. Lalu dia ambil keputusan untuk bangun, melunjur kaki pada katil bujangnya yang sudah berbau hapak.

Dah seminggu dia macam ni. Macam laki mati bini. Serba serbi tak terurus. Bila termenung sendiri, dia mula terkenang bekas kekasih. Mula nak rasa cengeng. Tapi dia cuba kuatkan semangat. Cuba. Tak bererti kalah. Cuba. Belum petanda nak menyerah. Dia anak laki-laki!

Dia simpan semua barang-barang pemberian ex. Fifty Shades of Grey, Wallet Kulit Crocodile, T-Shirt V Cut  Topman dan Cardigan belang-belang entah apa jenama yang dibeli sepanjang perkenalan mereka. Sumpah. Nak buang, dia masih sayang. Jadi, pada kotak plastic Toyogolah jadi persemadian terakhir barangan si ex. Untuk menambah denial, dia kambus dengan nota-nota sepanjang pengajian tiga tahunnya ketika mengambil ijazah senireka.

At least, dia tak nampak bukti-bukti yang bakal merabakkan hatinya. Walaupun dia tipu je sebenarnya. Dia lupa. Dengan hati mana boleh tipu?

Sekejap karang dia on YouTube.  Bukak lagu Hati Yang Kau Sakiti oleh Rossa. Tak sudah ulang lirik “ku menangis” banyak kali. Nak melalak, buruk rupa. Dia pendam saja.  Sekejap-sekejap dia on Facebook. Tiada yang menarik. Dia off FB. On pula Twitter. Banyak status lara hati yang boleh dikongsi malah banyak juga ayat-ayat puitis yang terlahir tiba-tiba dari otaknya yang hakikatnya menyampah dengan Bahasa Melayu. Selang dua tiga minit, statusnya di retweet pengikut setia. Hatinya lega. Serasa macam perasaan rabaknya  tu dikongsi secara berjemaah.

Telefon bimbitnya  dibiar saja di atas meja, dicuri-curi pandang. Mengharap benar bekas kekasih menelefonnya atau paling koman menghantar SMS  kata-kata pujuk lalu kembali bertaut kasih.

Hampa. Apatah lagi dekat sepuluh kali pembacaannya pada susur masa twitter terganggu dek pandangannya yang sering tersasar pada telefon di atas meja. Mengharap miracle kononnya!
Dia mengayun langkah gontai menuju ke peti ais. Membuka daun pintunya dengan tak bermaya. Ada potongan betik. Selera. Sebetulnya betik tu pemberian jiran sebelah rumah. Ada lebih katanya dari kampung. Dari disimpan, baik disedekah. Ada juga manfaatnya.

Dia potong betik itu kecil-kecil. Diletakkan di atas pinggan lalu dibawanya ke ruang tamu yang tak berapa nak besar. Punat ditekan. Ada MV Ombak Rindu dari Hafiz dan Adira. Perli aku lettew! Hatinya bengkak. Siaran diubah. Filem Songlap terpapar di kaca TV. Hatinya berapi. Cerita yang aku tengok masa date ni jugalah yang dia pasang!

Televisyen ditutup. Buat tambah sakit jiwa nak buat apa?

Pejam celik.
Pejam celik.
Dah dekat sebulan.
Sebulan jugalah jiran sebelah rumah tak sedar yang dia sebenarnya sudah mati. Mati dengan cara paling cliché. Botol pil tidur yang kosong tergeletek di kaki dengan titisan darah kering yang sudah terlalu lama  berbau hamis.

“Orang sebelah! Kau nak betik tak?”

TAMAT

#1 Jangan bunuh diri dengan benda yang tak masuk akal especially cinta. Bekas kau berjimba jimba sedang engkau berduka nesatapa. Mana aci.
#2 Memang susah nak luput bekas kekasih. Bekas kot. Need times.

13 comments:

ghost writer said...

rugi mati dengan hanya makan betik, try lar mati tengah makan lamb grill ker aper ker yg mewah2, tak keempunan lar nanti.

tak tau yg mana lemah, cinta ker manusia..

NY said...

like komen ghost writer..haha
smlm dah kua berita org melayu semakin ramai yg bunuh diri...mintak simpang dr perkara mcm ni.smga kita dikuatkan iman utk hadapi segala dugaan..amin
suka cite ni :)

sayaplainsayasuperb said...

cliche memang..nak move on payah.
tapi tak mustahil, die pon da hepi..
kite? tersenyum la :)

Pena Tumpoi said...

like it :)

Dandelion Kiss said...

Tertanya-tanya, bagaimana kipas berputar malas?
Eh, bukan malas. Aras nombor 1 memang slow sikit. Atau, kipas dah makin uzur berhabuk.

shandye. said...

bekas kekasih elok dibuat tempat simpan lauk lebih, bawak ke tempat kerja. anggap macam tupperwear. sudah namapun bekas. hahaha...

FaizalSulaiman said...

ghost writer ---> manusia lemah sebab cinta. cinta kekadang tak bersalah manapun :D

FaizalSulaiman said...

NY ---> terima kasih kak. tulah. bunuh diri sah sah masuk neraka woo.

FaizalSulaiman said...

sayaplainsayasuperb ---> senyum pakse. hahaha

terima kasih baca, yek!

FaizalSulaiman said...

Pena Tumpoi ---> thanks!

FaizalSulaiman said...

Dandelion Kiss ---> kipas uzur berhabuk. hiks.

FaizalSulaiman said...

shandye. ---> you've made me think wise, thanks shy!

BelogSayaPunya said...

naiss .
life is too short kot . move on la dari bunuh diri.tapi,tetap besttt !!! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR