Terima kasih, sayang!
Tiga patah kata. Ia seolah ubat
yang paling mujarab ketika ini. Ia seolah kunci yang sudah berjaya membuka rasa
hatinya. Rasa itu bergelodak. Bergelombang. Berombak. Terbuai dengan asyik.
Menyentuh setiap inci naluri perempuannya yang sensitif.
Sufi senyum terkenang-kenang.
Hatinya tak usah cakap. Kalau dilonggok ramai lelaki depan mata sekalipun,
pasti Mat juga jadi pilihan. Dia tak
tahu apa istimewanya lelaki bernama Mat.
Apa yang pasti, Mat dah meruntuhkan rasa bencinya kepada lelaki sejak
hatinya rabik dikoyak oleh Umar.
Ah! Persetankan Umar.
Entah kat mana lelaki tu, dia pun
tak tahu.
Entah-entah berjoli sakan
membiarkan aku jadi si tongong ingatkan dia seorang!
Hampeh!
Dia tak mahu jadi perempuan
cengeng yang hanya tahu menangis bila ditinggal lelaki. Jangan biasakan air
mata dengan wanita. Sekali sekala biar lelaki pula tanggung kepedihan bila ditinggalkan.
Semangat feminism nya naik
seinci. Kemarahannya pada Umar tidak lama setelah memeluk erat patung anak
beruang teddy pemberian Mat. Kad yang diberi Mat juga dicumbunya berkali-kali.
Sekejap macam bau oren. Sekejap macam bau strawberry. Tiga kali cumbu, dengan
kesan lipstick bau Ralph Lauren pula menusuk-nusuk hidungnya.
Orang dah suka.
Taik kucing pun rasa blackforest
cake!
Hai Mat.
Minyak dagu mana kau pakai ni, sampai aku angaukan kau?
Lamunannya pada lelaki tinggi
lampai berkumis itu terputus bila nada dering mesejnya berbunyi nyaring. Hatinya menghamput caci. Nyaris juga dia
melatah, tapi hasratnya terbatal bila mengimbas skrin I Phone miliknya. Matanya
dibesarkan. Lirik senyumannya juga menguntum girang.
Mat ajak dating!
Dirumahnya!
Ada hidangan special katanya.
Sufi ketawa sendiri. Tawanya
seperti budak kecil yang bukan main manjanya. Lalu, dia tak ambil masa yang
panjang. Semua baju dalam wardrobe dicuba, akhirnya memilih skinny jeans, baby
T krim dengan cardigan berwarna keemasan. Rambutnya ditocang ekor kuda.
Wajahnya dioles nipis dengan sentuhan smokey eyes yang dipelajarinya dari dalam
majalah minggu lepas.
Tak sia-sia bazir duit beli
mekap!
Dia bernyanyi riang sama seperti
seorang lelaki yang turut bersiap sepertinya. Rambut digayakan kemas. Susuk
tinggi lampai persis seperti sang model menambah asset kelelakiannya walaupun
nama dia tidak se-gah hero dalam novel cinta. Mat senyum pandang cermin.
Senyumnya sangat menawan berbanding malam-malam yang lain. Dia tahu Sufi akan
datang kepadanya.
Menjadi penyerahan terakhir yang
ke seribu satu sebelum dia hidup kekal abadi untuk selama-lamanya.
Mat pejam mata. Cuba memadam
huruf “i” yang telah wujud sekian lama di hujung nama sebenarnya.
TAMAT
5 comments:
mat dah mati ke achane?
hebat abiang. heheh
hanaahmad---> pandai awak.
ahem!
hehehe
aiyooo..potong stim mahhh....
hahah
acap
asyraf ahmad---> hahahahaha
terima kasih baca, cap! :D
[url=http://onlinecasinose25.com ]internet casino [/url]sea's roar and Tintoretto's painting. But this afternoon no such http://sverigeonlinecasino.net/ online casino free spins online casino there for supper. The men came and late at night departed for
Post a Comment