Filpen arahan Rewan Ishak (aku pernah tonton VC Peswat:
Mirage; arahan beliau satu ketika dulu)
ini di tayang semasa musim kemerdekaan di saluran Astro My Hometown
saluran 318 lalu.
Jujur aku katakan, aku selalu terlepas untuk tonton filem
pendek ini. Kalau dapat tonton pun semasa babak Ali-Umar-Roslan melepas jeritan
di Wang Kelian. Lepas tu tamat. Maka peluang kedua diberi The Cinematic Society menerusi fenpej FB tak sekali-kali aku lepaskan!
Filpen ini bercerita tentang banyak perkara tentang
kehidupan. Paling nyata tema “Hidup Bukan Untuk Derita” dendangan Ahmad Jais, selain sikap keberanian untuk
mencuba sesuatu yang kita rasa kita nak cuba sepanjang hidup kita. Watak Ali (Iedil
Putra) sebenarnya banyak persamaan dengan aku semasa kecil. Bercita-cita nak
buat filem. Malah rujukan Rewan pada watak Ali pada filem yang ditontonnya sama
seperti filem kegemaran aku iaitu Layar Lara, XX Ray, Perempuan Isteri dan …
dan Selubung.
Watak Ali, begitu dekat dengan diri aku sebenarnya.
Umar yang datang dari bandar, bertemu kawannya Roslan,
seorang cikgu Bahasa Kebangsaan yang
sangat cintakan bahasa kebangsaan, lalu telah menganggap Perlis sebagai “rumahnya”
selain tempat asalnya di KL. Satu yang menarik tentang watak Umar ketika dia
bercakap dengan Ali dan Roslan
“Sebab tu semua benda yang kita ingat, kita kena simpan” Umar Ghazi
Filpen ini bercerita pada 3 individu berbeza latar dimana
mereka bertemu di satu tempat lalu berkenalan dan dari perbezaan itu lahirlah
perkataan akrab diantara mereka. Filem ni gak banyak bermain dengan warna yang sangat smart dan cun!
Tak rugi jika korang menontonnya!
"Bukankah kecurigaan itu telah terbunuh ketika kita bersapa?" #UsmanAwang #PasportEkspress #RewanIshak
#Promo untuk cerpen esok, jam 7 pagi. Berdasarkan sebuah kisah benar :)
5 comments:
tonton dimana ya?
tq... nice... sgt suka...
zul---> sama2 bro :)
best bro.....nostalgia..
Fendy ---> haaa tau takpa!
thanks singgah bro!
Post a Comment