Wednesday, October 31, 2012

Shortie: Seribusatu



Terima kasih, sayang!

Tiga patah kata. Ia seolah ubat yang paling mujarab ketika ini. Ia seolah kunci yang sudah berjaya membuka rasa hatinya. Rasa itu bergelodak. Bergelombang. Berombak. Terbuai dengan asyik. Menyentuh setiap inci naluri perempuannya yang sensitif.

Sufi senyum terkenang-kenang. Hatinya tak usah cakap. Kalau dilonggok ramai lelaki depan mata sekalipun, pasti Mat juga jadi pilihan.  Dia tak tahu apa istimewanya lelaki bernama Mat.  Apa yang pasti, Mat dah meruntuhkan rasa bencinya kepada lelaki sejak hatinya rabik dikoyak oleh Umar.

Ah! Persetankan Umar.
Entah kat mana lelaki tu, dia pun tak tahu.
Entah-entah berjoli sakan membiarkan aku jadi si tongong ingatkan dia seorang!
Hampeh!

Dia tak mahu jadi perempuan cengeng yang hanya tahu menangis bila ditinggal lelaki. Jangan biasakan air mata dengan wanita. Sekali sekala biar lelaki pula tanggung kepedihan bila ditinggalkan.

Semangat feminism nya naik seinci. Kemarahannya pada Umar tidak lama setelah memeluk erat patung anak beruang teddy pemberian Mat. Kad yang diberi Mat juga dicumbunya berkali-kali. Sekejap macam bau oren. Sekejap macam bau strawberry. Tiga kali cumbu, dengan kesan lipstick bau Ralph Lauren pula menusuk-nusuk hidungnya.

Orang dah suka.
Taik kucing pun rasa blackforest cake!

Hai Mat.
Minyak dagu mana kau pakai ni, sampai aku angaukan kau?

Lamunannya pada lelaki tinggi lampai berkumis itu terputus bila nada dering mesejnya berbunyi nyaring.  Hatinya menghamput caci. Nyaris juga dia melatah, tapi hasratnya terbatal bila mengimbas skrin I Phone miliknya. Matanya dibesarkan. Lirik senyumannya juga menguntum girang.

Mat ajak dating!
Dirumahnya!
Ada hidangan special katanya.

Sufi ketawa sendiri. Tawanya seperti budak kecil yang bukan main manjanya. Lalu, dia tak ambil masa yang panjang. Semua baju dalam wardrobe dicuba, akhirnya memilih skinny jeans, baby T krim dengan cardigan berwarna keemasan. Rambutnya ditocang ekor kuda. Wajahnya dioles nipis dengan sentuhan smokey eyes yang dipelajarinya dari dalam majalah minggu lepas.

Tak sia-sia bazir duit beli mekap!

Dia bernyanyi riang sama seperti seorang lelaki yang turut bersiap sepertinya. Rambut digayakan kemas. Susuk tinggi lampai persis seperti sang model menambah asset kelelakiannya walaupun nama dia tidak se-gah hero dalam novel cinta. Mat senyum pandang cermin. Senyumnya sangat menawan berbanding malam-malam yang lain. Dia tahu Sufi akan datang kepadanya.

Menjadi penyerahan terakhir yang ke seribu satu sebelum dia hidup kekal abadi untuk selama-lamanya.

Mat pejam mata. Cuba memadam huruf “i” yang telah wujud sekian lama di hujung nama sebenarnya.

TAMAT

Tuesday, October 30, 2012

Ke Seribu


Percaya atau tidak, ini adalah entry yang ke seribu ditulis sepanjang empat tahun berblogging.

Alhamdulillah. Allah masih beri kekuatan untuk menulis. Lagi dan lagi. Ini adalah kurniaan Allah yang sangat aku syukuri.

Ketika kali pertama aku menulis blog pada August 2008. Masa tu suka-suka. Tapi kalau dah dasar minat menulis, keinginan tu tak berhenti setakat itu. Banyak benda yang aku kongsi waktu itu. Mostly tentang pelajaran dan pengalaman sebagai seorang siswa.

Luckly tak sangka penulisan aku dalam arena berblogging ini sudah jejak sampai 1000 entries.

Entah apa aku repekkan, aku pun kurang pasti. Aku cuma harapkan manfaat yang kalian perolehi baik entry berbentuk kriktikal ataupun cerita pendek yang aku reka. Itu semua tak lebih dari sekadar hiburan dua tiga minit sebelum kita kembali berpijak pada dunia realiti yang kadang-kadang menyakitkan.

Blogging juga buat aku kenal beberapa orang kenalan. Well, some of them stay sampai sekarang. Some of them sudah let go dunia blog dan kembali menjadi manusia private malah sebahagian dari mereka sudah lost contact.

Aku takkan lupa jasa kalian, singgah ke blog ini. Menitip pesan. Melontar komen. Menjadi followers. Memberi kritikan atau sekadar Anon yang berkata sinis lewat entry-entry yang sensitif.  Aku doakan kesejahteraan kalian hidup bahagia dunia dan akhirat.

Terima kasih followers lama. Followers baru dan followers yang sudah meninggalkan aku.

Aku pun tak pasti sampai bila entry di Seindah Dunia Kita ini akan bernyawa. InsyaAllah, selagi hayat dikandung badan, aku akan berkongsi dengan kalian semua.

Well mungkin untuk sepuluh, lima belas tahun lagi agaknya. Kalau panjang umur. Amin!

Terima kasih atas sokongan!


#1 Shortie akan disiarkan esok.

# 2 Gemersik episod 3 akan disiarkan Khamis ini

# 3 Sebuah rebiu buku dari seberang akan disiarkan Jumaat ini :)


#4  Rebiu #BOLA dari akhbar UTUSAN kelmarin. Oh ya. Kalau berkesempatan bolehla korang hadir ke majlis pelancaran antologi #BOLA pada Sabtu, 3 Mac di SilverFish Books, Bangsar dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang.Novel baru FIXI, GERGASI juga dijual pada event tu, InsyaAllah

Monday, October 29, 2012

MAM: Stew Daging Seadanya


Kalbu sangat tajuk entry.


Ini resipi untuk dimakan untuk slot "Masak-Ambil Gambar-Makan"

Haha

Well, beberapa hari lepas, selepas saja mendapat bahagian daging korban, aku tak tahu nak buat apa dengan daging ini. Mak dan Ayah ke kampung lalu meninggalkan anak-anaknya yang lapar (lebih kepada malas sebenarnya) untuk menjamah makanan.

Betapa tidak senonohnya perangai.

Enough said.

Ini adalah resipi simple. Anyone can try out. Nak-nak musim raya haji bila banyak ekor lembu berjaya ditumbangkan.

Jom ushar lagu mana nak buat makanan ni:

Bahan-Bahan
Setengah Kilo Daging Lembu. Direbus sehingga empuk lalu dipotong ikut suka.
Setengah Batang Lobak Merah.Dipotong memanjang
1 Paket Rempah Tumis
1 Biji Bawang Besar
5 Biji Bawang merah
5 Biji Bawang Putih
1 inci halia
10 tangkai lada kering
1 biji tomato. Dipotong enam.
3 tangkai lada besar (hijau atau merah) dihiris
1 setengah sudu Kicap
1 setengah sudu sos tiram
3 batang daun sup/daun bawang. Dihiris nipis
Tiga sudu teh tepung jagung, dilarutkan dalam air.
Garam
Serbuk Perasa dan Gula

Cara-Cara
1.       Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia dan lada kering sehingga lumat
2.       Tumiskan bawang besar, lada besar dan rempah tumis sampai naik bau
3.       Tumis bahan kisar
4.       Masukkan lobak merah. Kacau rata.
5.       Masukkan daging yang sudah dipotong dadu (ikut suka). Sebatikan rempah.
6.       Masukkan kicap dan sos tiram
7.       Masukkan hirisan tomato
8.       Masukkan air rebusan daging sedikit demi sedikit. Pastikan lobak sedikit empuk
9.       Masukkan tepung jagung. Kacau rata bagi memastikan kepekatan kuah stew
1-       Renehkan dan masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
1-   Siap untuk dibaham. Lebih afdol baut dicicah roti dengan kopi O. Phewwwww
Info:
 Daging Lembu (Red Meat) mempunyai kadar protein yang tinggi.
  Lobak Merah jika diamalkan selalu boleh mengelakkan penyakit rabun malam
Cara pemekatan sos dengan tepung jagung sebenarnya telah diamalkan oleh Kulinari Asia, esp masayarakat Cina berkurun lampau
Elakkan mereneh lobak terlalu lama. Bimbang kandungan nutrisinya hilang lalu kita hanya makan serat daripada lobak sahaja.
Sembelihan pada lembu diwaktu korban perlu dilakukan dengan lembut (gentle) bagi memastikan daging haiwan itu tidak keras/liat disebabkan kesan dari sembelihan (rigor-mortis). Ini tak saja digunakan untuk lembu, malah haiwan seperti ayam juga perlu diperlakukan sedemikian. Macam mana nak amalkan? Pastikan alat sembelihan seperti pisau perlu tajam dimana urat merih perlu diputuskan dengan kadar segera bagi memutuskan darah ke saluran otak.

Wednesday, October 24, 2012

Review: Darah Di Mana-Mana (Rumah Dara)

 Misterius Dara

Sudah hampir dua tahun mencari filem dari seberang ini, akhirnya aku menemuinya juga.


Rumah Dara (International Title: ‘Macabre’) yang diarahkan oleh Mo Brothers ini ber genre “Thriller Slasher” merupakan filem thriller yang sama  konsep dengan filem-filem slasher Barat macam “Texas Chainsaw Massacre”, “House of Wax”, “Wrong Turn” atau “Saw”

Silakan, Dimulai

Rumah Dara menghisahkan seorang wanita misteri bernama Dara yang duduk menginap dengan tiga anaknya Adam, Armand dan Maya disebuah banglo mewah di pinggir hutan. Pertemuan Maya dengan enam strangers di bandar telah menyebabkan kenam-enam daripada mereka ini berada dalam keadaan maha bahaya. Dara dan keluarganya adalah pengamal kanibal selain menjual daging-daging mangsa untuk pasaran gelap.


Mangsa sudah siap diracun


 
 Mari kita potong memotong

Filem ini bergerak dengan sangat pantas dimana satu malam saja, Dara dan anak-anaknya ‘melanyak’ mangsa-mangsa yang melawan. Darah tak usah cakap. Kat mana-mana dalam filem ni, pembunuhan kejam dan darah seakan permainan tanpa henti. Apa yang aku suka tentang filem ini adalah set yang sangat cantik. Rumah kepunyaan Dara dihias menarik dengan setting yang sangat misterius!

 Pertarungan!

Well, ia sebuah filem Asia yang gory, mual dengan darah, ngeri juga terkesan dengan lakonan pelakonnya!

#1 Filem ini turut mendapat sambutan menggalakkan di Singapura dengan judul “Darah”

#2 Pelakon utama Sheerefa Danish diangkat Pelakon Terbaik di 2009 Pi Fan Film Festival di Bucheon, Korea.

#3 Filem ni juga menjadi filem Indonesia pertama diharamkan ditayang di Malaysia.

#4 Filem Rumah Dara adalah lanjutan daripada koleksi Filem Pendek (Filpen) seram dari Indonesia iaitu Takut: Faces of Fear dengan segmen “Dara” pada tahun 2008

Tuesday, October 23, 2012

Shortie: Malu



Dollah urut kepala yang entah kenapa, pening. Isterinya Zabedah yang mengerti sudah siap-siap ke dapur, bancuh kopi pekat manis dengan pisang goreng buat cemil-cemilan [1] di petang hari. Zabedah sudah sedia maklum kalau Dollah duduk berteleku lama, muka habis cemberut, pasti ada perkara yang sedang serang fikirannya.

Dia dah bersama Dollah dekat tiga puluh tahun, maka perangai suami yang seorang itu sudah masak dek pengetahuannya. Maka, tak sampai tiga minit dia terkocoh di dapur, dia sudah menatang dulang lalu dibawanya ke ruang tamu tempat suaminya duduk termenung.

“Bapaknya. Kalau dah si Reza yang nak, buat apa kita nak tegah? Dia dah suka.” Ujar Zabedah cuba memberi pendapat. Dollah menguntum senyum ketika melihat ketangkasan isterinya menuangkan kopi dan menghidang ubi rebus dengan sambal tumis bilis, yang juga kegemarannya.

Dia orang kampung. Maka seleranya sejak dari kecil sudah diasuh sebegitu. Emak dan bapanya hanya petani, menjual sayuran di pecan sehari. Dia dan adik beradiknya tak boleh mintak banyak. Paling kuat diberi beras India yang perlu dibasuh berkali-kali bagi menghilangkan baunya yang tengik. Hari-hari makan ikan kering bakar dicicah air asam. Untung sedikit, bapanya akan membelikan ikan basah di pasar. Mewah sikit dijamunya pula dengan ayam kampung atau daging lembu. 

Itupun dua kali setahun.

Jadi dalam keluarga sederhana itu, dia tak boleh mintak macam-macam. Dia dan adik beradiknya yang lain perlu belajar mandiri untuk meneruskan kelansungan hidup yang adakalanya menyakitkan untuk diterima.

“Reza tu kadang-kadang ikut kata hati. Dah dinasihat. Tapi degil juga.” Dollah mula bicara. Dicuit sedikit ubi rebus dengan sambal bilis. Dimamahnya perlahan. Rasa lemak dan pedas bersatu dalam derianya yang semakin tua dipanjat usia.  Zabedah diam tak menjawab. Sedikit tak banyak, dia bersetuju dengan kata-kata Dollah. Reza kadang-kadang terburu untuk mengejar erti kebahagiaan. 

Adakala dia dan suami sudah habis usaha untuk pastikan Reza ketemu pengisi hati yang sesuai.


Dia kenal benar dengan Reza. Darah dagingnya juga.

Tak susah nak jaga Reza masa masih kecil. Dengar cakap. Patuh.  Hormat orang tua. Tapi bila dah semakin dewasa, Reza dah tak sama macam dulu. Suka buat hal ikut kepala sendiri. Cakap Dollah tak mahu dengar. Nasihat Zabedah dah terbang melayang entah kemana.

Sudahnya Reza ikut kata hati. Lari berkahwin dengan Laura. Entah siapa perempuan itu, Dollah dan Zabedah tak pasti. Cuma mereka tahu Laura bukanlah perempuan yang baik-baik.

Salah ke seorang ibu beri nasihat pada anak andaikata pilihan yang dibuat si anak itu salah?

Mana kau tahu salah? Siapa tahu dia boleh bahagia?

Naluri keibuan aku mengatakan begitu. Sembilan bulan dia mendiami rahim aku. Segala apa yang dia rasa, aku juga rasai. Keperitan dia. Kesakitan dia. Sebahagian jiwa aku ada pada dirinya.

Reza dah pergi. Buat satu keputusan tak matang. Satu keputusan yang dah memalukan keluarga.

Mana mau diletak muka? Mana mau diletak nama bila anak tok imam pedajal, bawak lari anak dara orang entah kemana?

Malu!

TAMAT

 1. Frasa Jawa yang memberi maksud “makanan ringan”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR