Monday, August 31, 2009

MERDEKA TERJENTIK

Salam merdeka!

Keluaran kali ni agak khas bagi aku. Sebabnya aku dedikasikan keluaran ni buat penggemar iklan merdeka yang selalu kita lihat di kaca TV. Ini adalah iklan pilihan aku setelah 52 tahun kita menyambut kemerdekaan. Walaupun post agak lambat, tapi semangat merdeka tu masih ada k!. Jom tengok!

1) Abah Punya
Merdeka Edisi 51

Iklan keluaran Petronas. Menyindir kita tentang hal2 kehidupan seharian bilamana "kalau kita hendak sesuatu, Usaha itu adalah kuncinya".

KATA2 TERJENTIK
"Kalaulah buah cempedak abah ni berdaun emas, kereta kebal pun abah boleh beli"


2) Kisah Iban
Merdeka Edisi 50

Iklan keluaran Maybank. Sangat unik dengan diaolg bangsa Iban dan imej Harimau yg sangat powerful. Mengingatkan bahawa "menabung itu adalah amalan yang baik & sejauh mana kita berada, adat dan warisan harus dijunjung"

KATA2 TERJENTIK
"Ingat..wang bukan segalanya!"


3) Kasut Gombak
Merdeka Edisi 41

Iklan keluaran Petronas. Menyindir kita tentang pendirian masyarakat yang tidak tetap dan selalu tidak mempercayai diri sendiri juga sikap sarkastik tentang barangan tempatan. Masih lagi dijajah, mungkin?.

KATA2 TERJENTIK
"Kasut buatan Gombak juga bagus!"


4) Basikal Param
Merdeka Edisi 46

Iklan keluaran Petronas. Menunjukkan bahawa setiap apa yang kita ada, perlu dikongsi bersama. Seumpama tagline iklan ini "Pahit manis sama dirasa. Satu arah, satu negara"

KATA2 TERJENTIK
"Budak sekarang ni!. Rambut saja sama, makna kawan pun tak tahu!"


5) Muhibbah

Merdeka Edisi 43

Iklan keluaran Petronas. Iklan ini melambangkan muhibbah semua penduduk Malaysia berbilang kaum bak kata tagline nya Di Malaysia perbezaan budaya bukan sahaja diterima, malah dihayati bersama. Konsep 1 Malaysia kan?.


Sebenarnya banyak lagi iklan2 merdeka best2 yang boleh dikongsi dan mempunyai mesej yang sangat mendalam kalau kita betul2 menghayatinya. Kalau korang tengok jugak, kebanyakan iklan bermesej ni datangnya dari Petronas dan aku mengakui, setiap tahun aku akan menantikan iklan2 dari Petronas. 4 dari 5 iklan ni plak adalah arahan Yasmin Ahmad. Jelas yang Yasmin dah melihat konsep 1 Malaysia sudah lama dahulu. Kita pula suka menonton iklan2 arahan beliau dan dalam masa yang sama suka "dijentik" dan "terasa" dengan sindiran dari beliau!.

Kunci penting adalah mengekalkan kemedekaan yang kita ada sekarang. Bukan saja bebas dijajah penjajah tetapi rohani dan jasmani kita juga bebas sepenuhnya!

Indera:--)52 Tahun2 bebas!. Selamat Hari Kebangsaan & Selamat berpuasa!

p/s--)Harga minyak naik lagi menjelang tengah malam. Irony kan??? pfft!!! sangat la WTF!

Sunday, August 30, 2009

ESPERAR A QUE EL VERDADERO AMOR

Wait till the moment comes...
Only time will tell...


Rasa cam terapung2 doe.hehehhe


Indera:--)Actually, aku takde idea nak update apa. Hehehe..sila sepak aku skunk kalu entry ni agak ntah apa2.hahahaha...

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 52!. 1 Merdeka, 1 Malaysia. wink..wink..

Friday, August 28, 2009

PERMULAAN YANG SUDAH SAMPAI KE PENGHUJUNG

Salam korang!.

Ini adalah schedule entry yg aku siap2 tulis beberapa hari yang lepas. Maklumlah, sebelum sahur idea aku datang mencurah2.hehehehe..

Ok la.Bagi mereka (a few followers) yang mengikuti perkembangan online novel karya aku iaitu Oktober 7, pasti tak sabar2 nak mengetahui titik penghujung cerita tersebut (ye ke ni?). Sabar..tinggal lagi lima bab saja okay. Plus aku tambah satu bab khas untuk gambaran kesinambungan selanjutnya.

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas perhatian korang terhadap pembacaan Oktober 7 dan genre suspense thriller yang aku cuba ketengahkan sehingga ke penyudahnya. Macam korang yang sudah baca sampai ke bab 20, aku sendiri pun tak sabar jugak hendak menghabiskan keseluruhan ceritera nih!.

Sebenarnya Oktober 7 adalah sebuah novel trilogy dan jikalau korang masih nak tahu kisah selanjutnya, silalah undi poll disebelah kanan korang, di blog Oktober7 tu ya!.

Jangan risau tentang penceritaan coz Oktober7-Yang Kembali menjanjikan kisah mendebarkan & penyiasatan simbol-simbol pelik disebuah muzium lama yang membawa kepada titik dendam silam.

So to my 7/10 followers, do enjoy the last moment of the last season of this novel. Harap korang berpuas hati, okay!!!

p/s--)Ada juga tekaan tentang siapa pembunuh sebenar. Just guessing la.hehehe. Poll akan tamat di episod 22 nanti!
Indera:--)Here some hints, Oktober 7-The Return will be set 10 years after Maria's tragedy, focusing on her sister life in an old museum where 10 strangers will be trapped in order to find 1 priceless Death Diadem.

Tuesday, August 25, 2009

DIBIUS IDEA

Salam Ramadan.

Hahaha..canggih tak tajuk entry aku?agagaga..
Pernah tak korang diserang ngan follower@silent reader korang semasa korang ber-blogging?
Mesti pernah kan?.
Aku sendiri pernah mengalaminya dan waktu tu perasaan aku cam down sangat2. Tambahan plak, aku jadi tak tahu nak tulis apa sebab keyakinan diri sedikit berkurangan.

Sumer kisah2 besh dlm hidup aku ternyata perlu ditapis dulu. Aiceh..cam Lembaga Penapisan Filem plak kepala otak aku nih kan?.

So, kat bawah ni aku dah gariskan beberapa guidelines utk diri sendiri ketika menulis blog nih.

1) This is my blog, so why don't I share my own story instead of busying other people history?

2)Don't open the past!. Let's see the future coz it's about mystery. Kan?Kan?

3)Watch out ur language. Salah siket, silap2 orang akan hantar kuman anthrax kat korang. Huhu

4)Ha!. Why don't I post about highly impact educated thingy instead of silly story and simple things?

5) Always be in my safety zone & don't DARE to limit the sky!

Cukuplah lima jer. Masa menulis lima benda alah ni pon, aku rasa nak termuntah hijau doe!!
(Kira leh batal pose aku tak?hahaha)

So, apa pendapat korang?. Be myself OR turn into a PVC? Hohoho..

Adikku, Faris ketika beliau dilanda sawan sengal!

Indera:--)Cuckoo for a while...

Saturday, August 22, 2009

15MALAYSIA

Salam korang.
Puasa tak harini?
hehehehe..

Actually, I'm so thrill today because of this anticipated collaboration between 15 independents filmmakers in a way they express their thoughts about Malaysia. It come fresh, non typical story method, witty plot yet brilliant ideas of combination between all of the storytellers as well as a few well known public figures. You can see for yourself. 15 directors include Yasmin Ahmad, Ho Yuhang, Amir Muhammad, Nam Ron, James Lee, Khairil Bahar, Linus Chung, Desmond Ng, Kamal Sabran, Tan Chui Mui, Woo Ming Jin, Benjy & Bahir, Johan John, Suleiman Brothers and Liew Seng Tat.

Currently, I already watched Chocolate by Yasmin Ahmad (feat. Syarifah Amani and Howard Hon Kahoe), Potong Saga by Ho Yuhang (feat Namwee) and The Tree by Amir Muhammad (feat Dato' Nik Aziz Nik Mat). All three really worth watch and guys.., its free loh!


Indera:--)I just wanna try 38Malaysia short movie making. What subject in Malaysia do you think is simple but easily to remember?

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN

Salam.

Pejam celik..pejam celik, kita dah pon masuk bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh Muslim, iaitu Bulan Ramadhan. (Skemanyer ayat aku!).

Korang eksited tak?

Jujur aku katakan yang aku sangat ter-uja nak menjalani ibadah puasa seperti tahun yang sudah2. Tambahan plak, ini merupakan tahun pertama aku berpuasa sbg blogger dan official last semester student di UiTM Puncak Alam. Masa duduk di rumah sewa dulu, keseronokkan berpuasa berganda-ganda sangat sebab bila tiba nak buka pose ngan sahur, kitorg tapau luar. Siap jalan kaki semata-mata nak gi bazar Seksyen 7 tuh!. Tau2 jela kalau dah gi bazar Ramadan, macam2 nak beli.

Nafsu mang seyesh takle kontrol doe!

So peeps, sempena bulan baik ni, aku sebagai Tuan Tanah blog SDK ni ingin mengucapkan Selamat Berpuasa disepanjang Ramadhan ni. Jangan ada yang "terlupa niat", "termakan", "terminum" ataupun sebarang perbuatan "ter" yg menyebabkan puasa korang terbatal ok!.

Gambar ini diambil masa aku semester 4 during my last day of Advance Food. Masa ni bulan puasa! Grup aku invent Kerepek Petai. Namanya "Pepolicious". Come in 3 different flavor which Hot n Spicy, Ancovies & Original! Sodap!!!

Indera:--)Teringat puasa yang2 yok zaman budak2 dulu.hahahaha

Wednesday, August 19, 2009

SAYA PUNYAI ALASAN UNTUK TERUS HIDUP. ANDA?

Mungkin ini merupakan tajuk entry yang paling panjang, sepanjang aku berblogging. Dalam menjalankan kehidupan sebagai seorang manusia dan anak, aku selalu mendengar keluhan

"hidup ini membosankan"
"untuk apa kita hidup"

Sekadar contoh saja. Sebelum ini pun, aku seringkali dibebani dengan kata2 ini. Namun, persepsi aku berubah apabila mendapat tahu orang yang paling aku sayang, menghidapi penyakit. Serius, buat pertama kalinya aku rasa sangat takut. Bermacam-macam firasat buruk melayang-layang dikepala otakku nih. Ini termasuk kehilangan si dia.

Jujur aku katakan, aku sendiri masih belum puas memberi apa yang aku ada terutama sekali dalam hal2 membahgiakannya.

Dan paling penting, sulit bagi aku melepaskannya buat masa ini. Terlalu banyak dosa aku padanya dan perkara paling awal yang akan aku lakukan apabila aku pulang ke kampung nanti adalah untuk memeluknya erat2. Nak sangat minta maaf kerana aku tiada disaat dia sakit.

Buat ayahanda ku, Sulaiman b Saman, doa saya dikejauhan ini supaya ayah cepat sembuh dan jangan lupa makan ubat. Jaga makan--)Ouh kalu la dia membaca slot ini, ingin saya katakan saya sangat sayangkan ayah dan harapan saya sangat tinggi untuk menggembirakan ayah!.
Kini, baru aku dapat rasakan yang aku memang mempunyai alasan untuk terus hidup dan paling utama, jangan periskan hidup kita yang singkat ini. Mungkin Tuhan sudah membuka mata ku untuk melihat dunia dengan lebih terbuka dan lebih sensitif.

My father and my stepmom. My biological mom died when I was 13. I don't want the tragedy repeat again. Really hurt my feelings!


Anda pula bagaimana?

Indera:--)Tak sabarnya nak balik kampung raya ni!. Oh Tuhan, panjangkanlah umurnya!

Sunday, August 16, 2009

TIGA LAGU

Salam readers.

Harap2 korang sihat hendaknya. Korang pernah tak tersenym bila terdengar satu2 lagu, lebih2 lagi bila dengar buat pertama kali?


Well, untuk entry kali ni, aku nak berkongsi 3 lagu yang aku baru dengar dan aku dah tersenyum macam orang kureng siuman.hahahaha

Okay..OST Bohsia ni memang aku baru saja dengar. Ketinggalan kan?. Well lagu ni sarat dengan humor, slang remaja2 zaman skunk dan lirik yg straight-foward. Lagu pun catchy dan part paling besh bila Hani menyanyi "Aku bukan bohsia..bukan bohsia..bukan bohsia!"

METER SENYUM:-)
Lu pikir lu seksi, kau korek hidung..
Tengok perut dah berisi, sudah tergantung..
(toing..) hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
sorong papan tarik papan baru nak mintak tolong!
(hoi..) menyesal konon, sekarang baru lu nak pikir dan termenung..

p/s-Siap ada "Toing" tuh. Lawak tol!


2) Enjut (Noraniza Idris ft. Cat Farish)
Cam biasa Kak Ani tetap maintain her music concept in this song biarpun berkolaborasi dgn Cat Farish-FC. Enjut yg dibikin dengan nafas segar membuatkan lagu ni tak jemu didengar banyak kali. Suprisingly, in this song, diorg campur siket elemet music kuda kepang di dalamnya.

METER SENYUM:-)
Part Kak Ani nyanyi..
"Enjut..enjut..enjut
alalamak aii enjut
Enjut ramai2 enjut"

p/s-Seyesh aku senyum sebab fikiran ku kuning bila dengar part ni.hahaha..Sangat tidak senonoh dowh aku!


3) Seumur Hidup-Dafi
Why Dafi??.Okay lagu ni sangat fresh dan mengingatkan aku dengan konsep album Yusry-Dekat Padamu. Elemen campuran ska menjanjikan irama catchy lagu ini. Memula aku dengar, memang cam lagu Yusry, Warna Kehidupanku

METER SENYUM:-)

"Yang arif izinkanku membuat pengakuan..
bersalah ke atas semua
tuduhan yang disabitkan

Tak guna peguam bela
kerana cukup nyata kujatuh cinta dengan
niat maka hukumlah ku
bersamanya seumur hidup"

p/s-Cam dalam court plak.hahahah..Haih..bahagia seh dengar lagu nih!

Indera:--)Tak salah dengar lagu sambil tersengih-sengih. Tapi make sure takde org tengok tau!

Thursday, August 13, 2009

A YEAR:- SPECIAL EDITION!

Salam.

Harini disebabkan satu hari suntuk aku takde class, cam biasa aku menyibukkan diri dengan mencari beberapa artikel dan koleksi2 artikel-journal utk next assignments. Takpe buat in advance pon. Tak rugi kan?. Pada masa yg sama, aku sibuk ber YM'ing selain Facebooking dan Youtubing.hahaha. Buka2 blog..,baru aku perasan yg harini adalah 1st anniversary blog aku!

So, dengan tangkas dan gigihnya aku buat entry khas sempena 1st year blog kesayangan aku nih. Sebenarnya, banyak kenangan manis yg aku dah explore sepanjang jadi blogger nih. Aku start jadi blogger ni pun disebabkan pelawaan classmate aku. Seyesh, pada awalnya aku tatau langsung camne nak blogging, upload pics, upload vids dan menapis contents2 yang sedia utk di publish. To Miss Kedondong, thank you so damn much!

Ok..jum browse through apa yg aku dah buat sepanjang 1 tahun ber-blogging nih!


Ni 1st day aku blogging. Isu pasal pelajar UiTM buat bantahan pasal quota 10% kemasukan non-Bumi. Masa ni n3 aku panjang berjela2 dan folower aku baru ada 2 org.hahaha. Nampak sgt aku tak pandai nak attract reader doe!


Antara isu2 yang dah ditulis. Masa ni seronok sgt coz ramai clasmate aku surf page ni untuk drop some of their point of view. Kadang2 jadik perang kat sini!



Masa awal2 aku menulis, banyak content aku mengandungi downloadble entries. Masa tu hanya fikir untuk seronok2 dan memenuhi permintaan kawan2 yg nak certain2 lagu. Selain tuh, ada gak movie & drama cambest yg aku upload spt La Vie En Rose, Kekasihku Seru ngan Ponti, Anak Remaja.



Antara "keseronokan" menjadi blogger adalah dibebani ngan tag!, selain buleh dapat award. Pernah sekali aku buat tag panjang gila sampaikan boleh kata the whole night tu aku menghabiskan masa buat tag!. Satu experience yg seronok sgt!



2 project short-film aku yg berjaya di upload.Hohoho. Dua2 video ni hanyalah untuk presentation subject2 aku jew. Skunk ni, aku sgt2 rindu nak wat filming lagi.hahahaha




Blog ni juga menjadi tempat aku review sesuatu filem @ drama yg dah aku tonton. Kebanyakannya berbaloi jugakla. Filem yg dah aku tonton termasuk The Curious Case of Benjamin Button, Talentime, Upin-Ipin, The Confession of A Shopaholic, Queens of Langkasuka, Harry Potter& HBP, Setem dan drama Nur Kasih.




Antara topics yg menjadi tumpuan dan kegemaran commentators. Kebanyakan topics are all about battle of the sexes.


Alhamdulilah, dalam masa setahun blogging ni, macam2 pelajaran yang aku dapat tentang pelbagai makna antara bloggers dan followers. Blogger bukan saja "ditugaskan" utk menyampai maklumat, tetapi haros mempunyai creativity zone supaya apa yg disampaikan menarik minat readers & followers utk meninggalkan komen. Tak salah kalau bercerita tentang peribadi, tetapi harus diingat jgn sampai pembaca @ follower muak plak.

Dlm berblogging, ada juga masa kita dikritik oleh commentators. Aku sendiri pernah menghadapinya dan it was like living in uncomfortable situations. Buat sumer benda jadi salah. Tetapi, jangan cepat mengalah dan melatah. Biasalah..,tak sume org suka topik yg kita bincangkan. Take it as a learning process and in a postive way. Make sure, lepas2 tu jangan ulangi kesilapan yg sama dan berhati2 lah ketika menulis.

Selain tu, adab mem"follow" juga penting. Ada dikalangan kita yang membuat andaian "aku folo blog ko, ko wajib folo blog aku". Itu satu attitude timbal balik yg sangat tak releven. Bagi aku, aku tak berapa kisah sgt tentang hal ni. As long as we keep on tracking each other sudahlah. Takde paksaan dalam istilah following. Tetapi ada blogger yg ambil peduli hal ni. Penting bagi mereka melihat isi sesuatu entry sebelum follow the blog.

Lastly, thank you so much to all my followers yg selama ini browse through page ni dan tak segan2 memberi komen. Kepada yg terasa dengan bacaan kali ni @ yg sudah2 tu, aku minta maaf bebanyak. Blog ni pon baru je setahun.hahaha.Masih banyak yg perlu diimprove.

Indera:--)Huhu..panjang seh entry kali nih!. Aku penah terfikir.."sampai bila aku nak blogging?"

Wednesday, August 12, 2009

GAM

Salam.
Ini bukan citer pasal hisap gam ke apa okay. Mungkin aku agak ketinggalan utk review subjek ini, tapi aku tak kiralah. Tetap nak review jugak.hahaha..

Korang tahu tentang filem Dukun?. Ye..filem yg khabarnya mengambil cebisan kisah pembunuhan kejam yg dilakukan oleh Mona Fendey sekitar tahun 1993 lampau sehingga menarik minat 1 Malaya ketika itu. Masa tu, aku baru darjah 3 & suprisingly habis sume suratkhabar2 utama aku selongkar demi mahu mendapat butiran perjalanan kes berprofil tinggi sepanjang sejarah Malaysia ketika itu.

Selepas Mona dijatuhi hukuman gantung pada 2001 lepas, ada ura2 1produksi local kita nak membikin filem based on that true event.
Dan tahu2 jer, pada 2006, filem Dukun arahan Dain Iskandar Said, dilakonkan oleh Umie Aida, Adlin Aman Ramlie, Avaa Vanja, Elyana, Faizal Hussien & Soffi Jikan ni dah siap jew. Waktu tu dah kuar website bagai ngan teaser lagi & planning nak tayangkan filem ni kalu tak silap sekitar Disember tahun yg sama.


Scary doe tgk muka Umie Aida dlm poster nih. Mau tak demam kura!


Alih2, perjalanan filem tu utk ditayangkan senyap camtu je. Aku tak mahu la nak jadi jugementalist sebab aku suda folow perkembangan filem seram ni sejak 2006 lagi. Malahan majalah Hype! sudahpun membuat beberapa review utk filem ni. Mungkin ini melibatkan sensitivity beberapa pihak. Furthemore, Mona's famous quote just before she had hanged to her death, "Aku takkan Mati (I will never die) dijadikan tagline dlm filem ni.



Tetapi keputusan lain yg aku dengar bahwa filem ni akan digam terus dari ditayang. Dengan kata lain dibanned tayangannya di Malaysia. Tapi kan, aku sure..,kalu filem yang dibanned ni, demand dr pasaran gelap tentu tinggi. Tgk la citer Bukak Api tuh. Filem tu pon dibanned tayangannya lama dulu, but for the past 4 years back, filem tu boleh gak dijumpai di pasaran gelap. Malahan ada plak yang rajin download ke youtube. Hehehe..

Indera:--)Filem Muallaf pon nampaknya mengalami nasib yang sama.

Monday, August 10, 2009

PERIHAL GENTLEMEN

Isnin tu permulaan hari
Cam biasalah pagi Isnin, aku ada kelas pagi. Bersiap awal bagai sebab aim aku satu je.

Aku tak nak berebut-rebut masa naik lif ke tingkat 8, bilik kuliah aku tuh. Sampai2, lebih kurang 8.05 am dan seperti yang aku agak, nampakla berebut students nak naik lift.

Kat tepi dinding lift tu adala tulis...

"Pelajar tingkat 1,2,3 digalakkan menggunakan tangga"

Tapi aku tertanya-tanya..berapa orang students yang kesah pasai arahan tu?. Tak ramai wa cakap lu. Ada yang sanggup tunggu lift nih semata2 nak naik tingkat 3. Ada pulak yang "bijak pandai", tunggu kat mana2 tingkat, pastu masuk lift (tak kirala lift tu nak naik@turun).
Tau2 je, nampakla beberapa orang kat groundfloor bila lift tu sampai bawah. Sakit hati seh!



Tu belum kira nak bagi laluan kat students2 pompuan yg berebut-rebut camla kelas diorang lari ke Bidor nuh!. Honestly, ada gak a few girls yang baik. Tunggu turn and masuk dlm lift tu ngan well behave. Tapi most of them mang ganas tak hengat kalu bab2 berebut-rebut ni.

Aku masih leh ingat pagi tadi masa sorg budak pompuan dengan selambanya melanggar bahu aku (not even say sorry@ekskius me ke), wat derk je potong line nak masuk lift tu. Last2 aku gak geget jari tak dapat masuk.

Satu aku nak tanya, bergunakah lagi phrase "Ladies first" @ "Men should be gentlemen" diguna pakai kalau org lelaki sendiri selalu je terkena time2 rebut camni? (cthnya bus rapid KL atau lift). Korang rasa camne?

Indera:--)Aku selalu tak bagi muka kalu ada girls yg kena berdiri atas bus. Lebih2 lagi yg berwajah cun2 nih. Ketepikan soal gentlemen sbb aku rasa kebanyakan girls yg aku jumpa berdiri tuh, sihat2 walafiat belaka! Tak tua mahupun mengandung:-)

Saturday, August 08, 2009

PERAM:-EDISI CHINESE WHISPER

Ok peeps. Peram memeram kembali lagi dengan edisi Chinese Whisper. Korang tau apa tu Chinese Whisper?. Ok la here some hints, ianya merupakan antara permainan kegemaran kanak2 lebih2 lagi sewaktu mereka masih kecil. Kecik2 dulu korang mesti pernah main permainan ni. Chinese Whisper juga disebut Broken Telephone oleh sesetengah negara.


Permainan ini seronok dijalankan dalam kumpulan kecil. Lagi ramai ahli yg participate, lagi seronok kerana impaknya dapat dirasai di akhir permainan itu kelak.

Sebagai contoh Kanak2 A menerima maklumat

"Baju ibu saya bewarna merah dan ibu saya gemar memakainya".

Kanak2 A pon membisikkan maklumat itu kepada Kanak2 B & Kanak2 B membisikkan maklumat itu kepada peserta seterusnya, bergantung kepada jumlah pemain dan jangan terkejut jikalau di akhir permainan, ayat tersebut boleh bertukar kepada:-

"Emak saya seorang yang cantik"

Dalam dunia kanak2, ianya merupakan satu permainan yang menyeronokkan. Tetapi, bayangkan kalau fenomena Chinese Whisper ni berlaku dalam hidup korang?.

Serius..tak kelakar langsung!

Tak yah cerita jauh2 la. Aku nak tanya korang.

Apa reaksi korang bila korang sendiri menerima berita yang tak betul mengenai diri korang?. Peram ke tak peram perasaan tu?

Indera:-)Pergh ayat aku..seyesh skema kan?. Nak muntah?dipersilakan laaa..

Friday, August 07, 2009

PENCHURI, PERAMPOK DAN PENCHOPET

Hola2! Kali ni aku nak review buah tangan terbaru pengarah fevret aku, Kabir Bhatia, Setem. Seyesh filem ni merupakan 1 filem action-packed-comedy yg sangat berbaloi utk ditonton. Tudiah! Sekali lagi ya...BERBALOI! Nak tau kenapa?

1) Citer ni fast movementnya. Tak de langsung babak buang masa@slot bosan coz treatment ceritanya sangat pantas. Character well developed n suprisingly ada beberapa pelakon2 senior wat cameo dlm citer ni. (Seyesh aku terferanjat gilavavi ngan cameo Azwan Ali dlm filem ni!)

2) Lawak dlm citer ni sgt menggeletek dan bijak. Tidak nampak bodoh seperti sesetengah filem yg kita pon tau filem sapa.

3) Filem ni leh dikategorikan sbg filem berbilang bangsa. Sebab pe?. Sebab dlm filem ni ada kaum India, Cina, Inggeris dan Melayu sendri dan memainkan peranan memasing dgn baik ketika perjalanan catch and release setem tuh. Siap ada sekumpualn pendatang Indonesia lagi yer!.

4) Pelakon2 sume sgt in to the character. Paling best bila tgk Boss Lim ckp cina loghat Penang. Selain persembahan Bront Palarae yg nampak sgt2 psiko bagai!. Afdlin dan Rashidi plak cam biasa memang tak menghampakan!

5) Kesan efek yg sgt real. Congrats to team Nuorog yg berjaya membikin efek kelongsong peluru dan setem melayang-layang cam nampak real gila! Syabas..syabas!!



Overall, kalu sapa betol2 obvious, citer ni ada siket2 persamaan ngan Ocean 13 ngan National Treasure. Tapi dengan cara local kita lah. Endingnya btol2 twist dan quite impress me a lot. So buat produksi Tayangan Unggul especially Kabir Bhatia, congratulations!!. Tak sabar seh nak tunggu filem Ku Seru (lanjutan siri Kekasihku Seru)

Indera:--)Guys n Girls out there, spent2 la time tgk filem ni. Worth every penny!

Thursday, August 06, 2009

OBSESI KEMBAR

Entry kali ni aku nak bercerita pasal ke-obessan aku pada genetik kembar. Kat kampung aku dulu ada la kembar seiras perempuan sebaya dengan aku. We all yang masa tu kecik2 lagi very the jakun okay dengan pasangan kembar tu. Sebabnya we all sorts of asking them the same question everyday sampai budak dua tu cam nak muntah jawap soklah sama.

Sonok tak jadi kembar?

Hahaha..Sampaila pada 1 saat aku tau yg salah sorang course mate aku ada kembar. Memula masa dia tunjuk gambar dia kat aku, aku tak dapat beza mana satu kakak, mana satu adik. Tapi lama2 kita pun tahu a bit differences through a big..big observation. Observation katanya!.hahaha.

Observation yg macam mana? Aaa ini yg kita tatau!(aku tiru dialog Khir Rahman dlm citer Los n Faun!)

Setau aku, mempunyai pasangan kembar ni merupakan 1 cabaran besar bagi parents diorang. Ye la..bila si adik sakit, si abang @ kakak pulak sihat walafiat jer, dan pusingan ganti2 tu akan berlarutan sampai parents tu dah jadik terbiasa dengan situasi camtu. Tu blom tgk lagi kalu kembar2 tu ada sort of "sense". Contohnya si adik takle berjauh dengan abang@kakak & sebaliknya. Kadang2 leh jatuh sakit owh. Itu yang aku dengar la. Biasanya, kalu kembar seiras.., si adik lebih pandai dari kembarnya. Sejauh mana tu aku tatau la. Tapi setakat ni, aku dah jumpa ramai dah.

Tapi semua yang lahir normal (bukan kembar) tentu sukar nak membezakan kembar yang korang jumpa buat kali pertamanya. Tak caye?cuba ko teka mana satu adik, mana satu kakak kat gambar nih? ahahahaha...


cute kan depa nih??

p/s:--)Pic courtesy my classmate Hazirah Mahmud.Thanks a lot sis!!

Indera:--)Keinginan ku utk mendapatkan kembar semakin meluap2.hahaha

Tuesday, August 04, 2009

USAI SUDAH

Finally i can update my blog freely. The connection turn back to normal. Thanks la pihak kolej yang akhirnya, setelah hampir dua minggu aku berusaha gigih turun naik buat report dengan jayanya. Ceh wah..camla aku ni penting sangat.hahaha..(gigih katanya!)

So ngan adanya internet ni, leh la aku cari journal banyak2 untuk thesis as well as ngan so many ass-ment yang memerlukan journal carian internet. Projek talk n seminar aku plak berkemungkinan akan ditunda pada 10hb Oktober ni--lepas raya. Adess... Pening kepala sebab maybe tarikh yg kami tetapkan sebelum tu bertembung dengan program modul wajib UiTM. Harap2nya, program talk n seminar yang kami rancangkan tu akan menjadi kenyataan dan berjalan lancar kelak...

InsyaAllah.



Gambar tidak bermotif.Saja2 letak.boleh?hehehe

Indera:--)Harap2 nya pasni takde gangguan lagi. Menyusahkan betol! Ouh ya..my frens yang nak sangat g MTV World Stage 15 hb ni just cross ur finger supaya tarikh talk tu leh ditunda.bahahaha

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED