Monday, August 31, 2009

MERDEKA TERJENTIK

Salam merdeka!

Keluaran kali ni agak khas bagi aku. Sebabnya aku dedikasikan keluaran ni buat penggemar iklan merdeka yang selalu kita lihat di kaca TV. Ini adalah iklan pilihan aku setelah 52 tahun kita menyambut kemerdekaan. Walaupun post agak lambat, tapi semangat merdeka tu masih ada k!. Jom tengok!

1) Abah Punya
Merdeka Edisi 51

Iklan keluaran Petronas. Menyindir kita tentang hal2 kehidupan seharian bilamana "kalau kita hendak sesuatu, Usaha itu adalah kuncinya".

KATA2 TERJENTIK
"Kalaulah buah cempedak abah ni berdaun emas, kereta kebal pun abah boleh beli"


2) Kisah Iban
Merdeka Edisi 50

Iklan keluaran Maybank. Sangat unik dengan diaolg bangsa Iban dan imej Harimau yg sangat powerful. Mengingatkan bahawa "menabung itu adalah amalan yang baik & sejauh mana kita berada, adat dan warisan harus dijunjung"

KATA2 TERJENTIK
"Ingat..wang bukan segalanya!"


3) Kasut Gombak
Merdeka Edisi 41

Iklan keluaran Petronas. Menyindir kita tentang pendirian masyarakat yang tidak tetap dan selalu tidak mempercayai diri sendiri juga sikap sarkastik tentang barangan tempatan. Masih lagi dijajah, mungkin?.

KATA2 TERJENTIK
"Kasut buatan Gombak juga bagus!"


4) Basikal Param
Merdeka Edisi 46

Iklan keluaran Petronas. Menunjukkan bahawa setiap apa yang kita ada, perlu dikongsi bersama. Seumpama tagline iklan ini "Pahit manis sama dirasa. Satu arah, satu negara"

KATA2 TERJENTIK
"Budak sekarang ni!. Rambut saja sama, makna kawan pun tak tahu!"


5) Muhibbah

Merdeka Edisi 43

Iklan keluaran Petronas. Iklan ini melambangkan muhibbah semua penduduk Malaysia berbilang kaum bak kata tagline nya Di Malaysia perbezaan budaya bukan sahaja diterima, malah dihayati bersama. Konsep 1 Malaysia kan?.


Sebenarnya banyak lagi iklan2 merdeka best2 yang boleh dikongsi dan mempunyai mesej yang sangat mendalam kalau kita betul2 menghayatinya. Kalau korang tengok jugak, kebanyakan iklan bermesej ni datangnya dari Petronas dan aku mengakui, setiap tahun aku akan menantikan iklan2 dari Petronas. 4 dari 5 iklan ni plak adalah arahan Yasmin Ahmad. Jelas yang Yasmin dah melihat konsep 1 Malaysia sudah lama dahulu. Kita pula suka menonton iklan2 arahan beliau dan dalam masa yang sama suka "dijentik" dan "terasa" dengan sindiran dari beliau!.

Kunci penting adalah mengekalkan kemedekaan yang kita ada sekarang. Bukan saja bebas dijajah penjajah tetapi rohani dan jasmani kita juga bebas sepenuhnya!

Indera:--)52 Tahun2 bebas!. Selamat Hari Kebangsaan & Selamat berpuasa!

p/s--)Harga minyak naik lagi menjelang tengah malam. Irony kan??? pfft!!! sangat la WTF!

7 comments:

Shamimi said...

Plg suka iklan abah punya.
Iklan seumpanya mmg menhayat hati sesiapa jua.

Faizal Sulaiman said...

shamimi--)aku pon suka juga yang tu. seyesh!one of my fav la!

f said...

i miss yasmin ahmad~!!!

Faizal Sulaiman said...

F --)selamat singgah blog saya!!!
me too!!!huhuhuh

NUke_Rude said...

hm. bagus da content blog ko skang ni bro.

truskan membuat entry2 camni. aku suka. hahaha.

:D

Faizal Sulaiman said...

NUke_Rude --)trimas2 bro.hehehe
keep reading ya!

The Moon Hapiz said...

tgk pas nie ad lagi x iklan merdeka kyg besh2x...

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED