Sunday, September 27, 2009

RAYA INI

Ok. Mood raya masih ada lagi walaupun nearly one week kita dah menyambut Syawal. Wah ayat aku.hohoho

Camne raya korang?
Seronok tak?.

Raya aku cam biasa je. Cam aku post di entry lepas. Kemeriahan tu tetap ada. Bermaafan di pagi raya, jumpa sepupu sepapat dan jumpa kawan2. Bagi ku, raya tahun ni lebih kepada meluaskan networking. Dah nak habis study katanya!.Harosla kena cari lubuk keje segala kan?hohoho.

Seperti tahun yang sudah2, tradisi menziarah rumah sahabat handai tu satu kemestian. Masing2 dah keje dan seronoknya dapat melihat pelbagai jenis kuih muih di atas meja. Aku jarang tengok perhiasan rumah sebab aku bukan Cik Tipah atau Bedah yang nak tau tahun ni langsir warna apa, sofa dah tukar ke blom dan seangkatan dengannya.huahuahua

Kebanyakan kuih yang disajikan adalah kuih2 moden. Tak payah citer jejauh. Rumah aku cukup. Dari mama carries, almond london, swiss choc dan bagai2 lagi. Dah takde dah rempeyek, batang buruk, baulu, suji. Nampak sangat kat umah aku tu kuih tunjuk dowh!.LOL!

Selain penyediaanya yang agak leceh ataupon tak cukup masa nak membuat, kebanyakan tuan rumah lebih senang dengan biskut moden disebabkan ianya mudah diperolehi (beli jer) selain mempunyai shape dan variety yang pelbagai. Selain tu, a simple desserts like asam cherry, gula2 elastik-jujube look like (ntah apa namanya.Ala yang disadur dengan castor sugar tuh), halwa ataupun assorted pickles (ni kes nak nampak banyak!) turut menjadi pilihan. Air bancuh dah takde langsung diganti dengan air ges (camtula adik bongsu aku sebut). Sonang yo!. Tak payah nak menyosah!

Raya moden katanya!



Walau kuih moden terhindang chantek kat atas meja, aku balun jer owh. Tak payah nak banyak bunyik sebab apa yang penting?

Kerjasama lagi?bukan dok!

Apa yang penting adalah tujuan berziarah itu sendiri. Selain bermaafan, kita juga bleh merapatkan silaturahim.Kan?Kan?

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin!!

Indera:--)Korang perasan tak iklan kempen merokok kat tv baru2 ni. Pergh!!!..Terbaekk owh!. Iklan raya Petronas plak seperti wat tribute to Yasmin Ahmad, selain iklan TM yang okay laaa..

6 comments:

D.L Sumunie said...

Betoi la aku pi beraya kat rumah kawan2 semuanya kuih tunjuk..nampaknya semgt gotong royong buat kuih dlm keluarga dah berkurangan atau org msia dah semakin mampu kot. BTW raya kali ni mmg meriah sebab aku suka menyibuk ajer.semua perayaan aku sibuk. sibuk makan..he he he

Tunjuk Bintang said...

jangan lupa ngoi.. mee hoon tu nak letak mana? hahahah... yang penting tunjukbintang n primadona69 jer yang datang bertandang selain 3 dak pompuan yang masih x kawin lagik tu. huhuhuhhu...

Faizal Sulaiman said...

D.L Sumunie --)hahahaha..sibuk makan.hehehehhe.seronok duduk malaysia nih.macam2 perayaan ada:-)

Faizal Sulaiman said...

Tunjuk Bintang--)wah lezer yer kamu.3 budak pompuan yg masih tak kawen.huahuahua..tak baik dowh.mee hoon ada 2. yang singapore style ke yg malay style?hahahahahahhaha

-Encik Manis- said...

Iklan rokok tu...bkn semata2 utk insafkan kt semua jgn isap rokok.Tp juga..jgn main meriam atau mercun guna mulot.Padah akibatnye..hak3.

Faizal Sulaiman said...

Primadona69 --)tula pasal.bila ku teringat kat mulut aunty tuh, aku teringat lawak ko dok.hahahaha

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED