Wednesday, September 16, 2009

WHISTLING GIRL!

Nak beralih angin kejap.

Bukan pe, ramai blogger dok post entry pasal raya., so aku nak ubah haluan plak.

Internet cam biasala slow nak mam, tapi aku dengan gigihnya mengupdate blog.hahahaha..Tak ble bla statement!

Ramai antara kita memang suka dengan muzik. Hiburkan hati yang duka & lara, katanya. Muzik bukan saja bertindak sebagai "penenang" dikala sunyi, tetapi dalam sesetengah negara, amalan penggunaan muzik sebagai terapi dalam merawat pelbagai masalah pisikologi, sangat mengagumkan.

Aku sendiri suka dengan muzik. Teringat masa sekolah kinja2 dulu2. Kalau minat dengan satu2 lagu tu, sanggup nih pi belek suratkhabar ruangan pojok2 lirik, semata2 nak carik!.hahaha.

Tapi skunk ni dah lain dah. Semuanya dah di hujung jari jer.

Apa pulak kena dengan topik di atas? ngeee...


Ok la, human whistling (bukan wrestling) adalah teknik bunyi yang di buat, dengan secara berhati-hati, yang dikawal selia oleh udara. Ia kemudiannya mengalir melalui satu lubang yang sangat kecil lantas menghasilkan satu bunyi nyaring. Bersiul, dalam bahasa mudahnya.
Dalam nyanyian pulak, teknik whistle tone vocal ini digunakan secara meluas, lebih2 lagi dalam cara lontaran suara ataupon sesi pembelajaran kod2 vokal. Ia juga merupakan antara kod vokal tertinggi dalam nyanyian (huh!. Discovery Channel nyer)

Contoh terbaik penyanyi luar yang sangat sukses dalam membikin teknik vokal whistling ini adalah Mariah Carey. Korang tgk masa dia "tarik" untuk lagu2 balada yang cambest seperti My All, Without You, Hero, etc. Kalau dia tak jerit kat ujung2 tu.., kira tak sah kan?. Dia bukan setakat memekik yer. Bunyi nyaring vokal dia tu..sangat menerujakan! Gossebumps sangat!

Kat Mesia kita pon ada gak penyanyi yang leh wat teknik vokal whistling ni. Especially girls la. Contoh paling best adalah Idayu (AF berapa ntah?!. Masa Mawi butak tu jadi juara.hehehe). Dalam lagu Kasih Terpisah, teknik jeritan whistling beliau sudahpun mencapai Oktaf 5, antara level vocal tertinggi dalam Mesia ni!

Selain Idayu, penyanyi Nikki juga mempunyai kebolehan yang sama. Sama seperti Idayu, aku sangat kagum dengan ternik ton vokal whistling Nikki. Cuba dengar lagu Cantik. Fuh! gila owh dia terik!

Tapi setiap yang baik, ada juga buruknya. Ramai specialist vocal berpendapat, teknik whistle tone harusla dikawal dengan super-duper-hati-hati. Kira sapa ada kebolehan ni, depa perlu jaga dengan sangat gilababas cermat anugerah suara mereka. Bukan pe, ditakuti akan merosakkan tali vokal sekaligus memerlukan masa plak untuk recover.

Contoh cambest adalah penyanyi Christina Aguilera. Biasala..orang feymes. Dia dok pulun road tour selagi ada. Nyanyi tak hingat dunia bagai, last2 ntah kat show mana.., tali vokal dia rosak owh. Nearly 3-4 weeks gakla minah tu berkampung kat spital sebab nak betolkan kotak suara dia yang dah jadi cam suara nenek kebayan tu!. LOL

Selain tu, kalu korang perasan, cara Mama Carey (eh..teringat kuih raya plak!) menyanyi pon dah tak menjerit polong cam dulu dah. Boleh kata semua lagu2 beliau zaman skunk ni agak slow, rentak R&B cam Beyonce pon ada owh.hohoho.

Korang pernah cuba wat whistle tone nih?. Aku agak mesti korang menjerit kan?kan? hahaha

Indera:--)Ada ke penyanyi lelaki Malaysia yang leh wat whistle tone ni?.adakah dia...??

4 comments:

epol said...

btol2..dah nak raya nie hampir semua org pos citer sal raya kan..hehehe

nway,tak semua org yang bersuara nyaring tgi nie best..kekadang leh jadi annoy lak (sebab nyaring sgt)..nway,mariah carey tetap terbest utk suara kategori nie..hehe

**tak knal sape idayu..jap af tu ape ek?? :ppp

Faizal Sulaiman said...

epol--)hahaha..epol ko mang sekepala ngan aku la weh.hohoho

ada yg best dgr, ada yg pecah telinga dgr.huhuhu

idayu?hohoho..ke demo wat2 tak kena?agagagaga

Tunjuk Bintang said...

ko belum dengar suara aq lagi.. mesti menangis ar.. jom mandi air terjun hari 24hb ni... leh kita menjerit dalam air ramai2. jangan kentot plak!

Anonymous said...

idayu the great vocal buat masa ni kat m'sia,
dia kaya dengan teknik, die leh apply sume teknik nyanyian n aplikasikan dlm plbagai tone suara.
die da g awal oktaf ke-7 tu..

*hazami the only pnnyi lelaki yg leh buat whistle kat m'sia-4 oktaf

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED